Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Angin puting beliung Helen kini bergerak ke India Posted: 20 Nov 2013 09:36 AM PST NEW DELHI 21 Nov. - Taufan kuat kini sedang bergerak ke negeri tenggara India, Andhra Pradesh hari ini, selepas sebulan berlakunya ribut pemusnah yang telah mengakibatkan kira-kira satu juta penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka. Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMA) menasihati kerajaan negeri supaya memindahkan penduduk bagi mengelakkan mereka daripada dibadai angin puting beliung Helen, selepas ramalan menyatakan bahawa ia akan bergerak ke beberapa daerah di Andhra Pradesh esok. "Angin puting beliung itu akan mengakibatkan berlakunya hujan lebat di selatan Andhra Pradesh pada 21 November, kata agensi tersebut. - AFP |
33 terkorban serangan pengebom berani mati di Baghdad Posted: 20 Nov 2013 09:35 AM PST BAGHDAD 21 Nov. - Serangan pengebom berani mati menggunakan kereta di beberapa buah kawasan perumahan penganut Syiah di sini hari ini, telah mengakibatkan 33 orang terkorban. Kejadian itu juga turut mencederakan 70 yang lain, sebulan sebelum berlangsungnya pilihan raya umum negara tersebut. Sekurang-kurangnya lapan letupan melibatkan tujuh buah kereta berlaku di kawasan perumahan yang terletak di tengah Baghdad kira-kira pukul 7.30 pagi waktu tempatan (1.30 tengah hari waktu Malaysia). - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |