Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Serangan hendap militan bunuh 5 pegawai polis Posted: 05 Nov 2013 10:10 AM PST GAUHATI, India 6 Nov. - Kira-kira 30 anggota militan bersenjatakan senapang menyerang sekumpulan pegawai polis di timur laut India, semalam mengorbankan lima anggota polis. Majistret daerah, Chinmay Gotmare berkata, militan tersebut yang menggunakan senapang jenis AK-47 dan beberapa senjata lain, menyerang para pegawai berkenaan berhampiran perkampungan Bangajakona di negeri Meghalaya ketika sedang mengambil banduan untuk dipindahkan. Tiada pihak mengaku bertanggungjawab berhubung serangan tersebut. - AGENSI |
Lima penganut Ahli Sunnah mati ditembak Posted: 05 Nov 2013 08:52 AM PST KARACHI 6 Nov. - Seorang lelaki bersenjata menembak mati lima menganut Ahli Sunnah Wal Jamaah di sini semalam, sehari selepas enam penganut minoriti Syiah mati dibunuh di bandar yang sama. Polis berkata, kesemua mereka yang dibunuh merupakan anggota pergerakan Deobandi atau pun kumpulan ekstrem yang diharamkan. ``Mereka menjadi sasaran kerana mazhab yang dipegang, kata pegawai polis, Muneer Shaikh kepada AFP. Ujar Muneer lagi, kejadian pembunuhan itu berlaku di satu kawasan di Karachi, namun beliau enggan mengulas sama ada serangan tersebut bermotifkan balas dendam. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |