Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Sweden mahu kurangkan tentera ke Afghanistan Posted: 07 Nov 2013 10:02 AM PST STOCKHOLM 8 Nov. - Sweden merancang untuk mengurangkan bilangan anggota tentera yang ditugaskan ke Afghanistan, tidak lama lagi. Kerajaan berkata, pihaknya akan mengekalkan seramai 300 kontinjen kuat di Afghanistan sehingga Mei, tetapi misi mengurangkan 50 kontinjen akan dibuat sehingga akhir tahun 2014. - DPA |
Posted: 07 Nov 2013 10:57 AM PST Gambar bertarikh 28 Oktober 2004 merakamkan Yasser Arafat dikelilingi beberapa orang doktor dari Tunisia, Mesir dan Jordan di pejabatnya di Ramallah, Tebing Barat. Saintis Switzerland yang menjalankan ujian forensik ke atas mayat Arafat mengesahkan pemimpin Palestin itu mati diracun. - REUTERS PARIS 7 Nov. - Saintis Switzerland yang menjalankan ujian ke atas sampel yang diambil daripada mayat bekas Presiden Palestin, Yasser Arafat, mendapati mayat Arafat memiliki tahap radioaktif polonium 18 kali lebih tinggi daripada biasa. Kumpulan saintis itu menyatakan mereka yakin 83 peratus bahawa pemimpin Palestin itu telah diracun dengan polonium. Laporan setebal 108 muka surat oleh Pusat Universiti Legal Medicine di Lausanne yang diperolehi secara eksklusif oleh al-Jazeera itu, mendapati tahap polonium yang tinggi pada pelvis dan tulang rusuk Arafat, selain di tanah yang menjadi tempat organ-orangnya mereput. Saintis dari Switzerland, Perancis dan Rusia itu mendapatkan sampel tersebut pada November lalu selepas menggali kubur Arafat di Ramallah. Dave Barclay, saintis forensik terkenal yang juga pesara detektif, memberitahu al-Jazeera bahawa dengan keputusan itu, beliau yakin Arafat telah dibunuh. "Arafat meninggal dunia akibat diracun dengan polonium. Kami telah pun tahu punca kematiannya, tetapi kami tidak tahu siapa yang meracunnya. "Tahap polonium pada tulang rusuk Arafat ialah 900 milibecquerel iaitu 18 atau 36 kali lebih tinggi daripada tahap biasa," katanya. Balu Arafat, Suha Arafat, turut menerima salinan laporan itu di Paris, kelmarin. Laporan itu, bagaimanapun hanya mengandungi maklumat berhubung ujian yang menyebabkan kematian Arafat, tetapi tidak kepada persoalan tentang bagaimana dia diracun. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |