{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Megabait

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Megabait


Kuasa kamera kompak

Posted: 10 Nov 2013 09:55 PM PST

Oleh: ASHRIQ FAHMY AHMAD
ashriq.ahmad@utusan.com.my

PowerShot merupakan antara siri kamera kompak keluaran Canon yang terkenal menghasilkan kualiti imej terbaik.

Kini, barisan kamera tersebut dipertingkatkan dengan empat siri baharu iaitu PowerShot G16, PowerShot S120, PowerShot SX510 HS dan PowerShot SX170 IS.

Ke empat-empat siri kamera tersebut terbahagi kepada dua iaitu PowerShot G16 dan S120 dan PowerShot SX510 dan SX170 IS.

PowerShot G16 dan S120 merupakan model terbaik dalam siri tersebut dengan kelebihan pemfokusan automatik (AF) terpantas dalam sejarah kamera kompak.

Antara kelebihan lain bagi PowerShot G16 adalah penggunaan pemproses imej DIGIC 6, rakaman berterusan 12.1 rangka sesaat (fps) dalam resolusi penuh untuk mod P dan 5.7 fps untuk mod AF selain kelebihan lain iaitu mod Star Shooting, Background Defocus (mod HDR).

Dijana oleh pemproses terbaru DIGIC 6, sensitiviti kedua-dua kamera tersebut dipertingkatkan bagi merakamkan imej dengan baik biarpun berada didalam keadaan cahaya yang kurang.

Dilengkapi bersama HS SYSTEM Canon dan gabungan CMOS 12.1 megapiksel dengan sensitiviti tinggi bersama pemproses imej DIGIC 6 direka khas untuk prestasi ultra-laju serta menghasilkan kualiti imej yang luar biasa.

Kedua-dua kamera tersebut turut disertakan bersama lensa baharu dengan kadar pemfokusan lima kali ganda dan boleh ditambah sehingga 10 kali ganda bersama aplikasi baharu Canon, ZoonPlus.

PowerShot G16 memiliki lensa cerah f/1.8 (W)-f/2.8/(T) yang mampu beraksi dengan baik biarpun berada dalam keadaan cahaya yang samar-samar atau kesan 'bokeh' (kabur belakang subjek yang dirakam) dengan sangat baik.

Manakala bagi PowerShot S120, Canon telah mempertingkatkan aperture kepada f1.8 dan penggunaan skrin sesentuh 3.0 inci untuk operasi yang lebih kasual dan ringkas.

Antara aplikasi baharu yang unik terdapat pada kedua-dua kamera tersebut adalah mod 'Star Shooting' bagi mereka yang gemar merakamkan imej langit malam.

Mod itu membolehkan anda merakam imej langit dipenuhi bintang dalam dua pecahan mod iaitu 'Star Nightscape' atau 'Star Trails' atau video 'Star Time Lapse'.

Bagi menjadikan pengalaman merakam imej lebih menyeronokkan serta menaik taraf kualiti imej rakaman, Canon turut mempertingkatkan kesan khas (filters) kreatif sedia ada.

Sebagai contoh aplikasi 'Background Defocus' yang mana memberikan kesan 'bokeh' yang mana hanya ditemui pada kamera refleks lensa tunggal (DSLR).

Untuk memudahkan perkongsian imej pegun dan video di laman sosial seperti YouTube, Facebook dan Flickr atau ke komputer dengan lebih mudah dan pantas, Canon turut menyediakan kelebihan WiFi.

Pengguna telepon pintar boleh menggunakan aplikasi CameraWindows yang boleh diperolehi di Apple App Store dan Google Play Store untuk memuat naik imej dengan segera daripada kamera.

PowerShot G16 dan S120 juga boleg dioperasikan didalam air dengan menggunakan sarung khas WP-DC52 dan WP-DC51.

Seterusnya, PowerShot SX510 HS dan SX170 IS yang mana merupakan antara peneman terbaik anda ketika mengembara ke serata pelusuk dunia.

Direka bagi anda yang mementingkan versatiliti serta kelebihan pemfokusan yang lebih jauh, PowerShot SX510 HS dan SX170 IS turut dilengkapi penderia CMOS dengan 12.1 megapiksel dan lensa optikal 24milimeter (mm) dengan pemfokusan 30 kali ganda dan boleh ditingkatkan sehingga 60 kali ganda menerusi ZoomPlus.

Terakhir, PowerShot SX170 IS pula merupakan kamera kompak dengan kadar 16.0 megapiksel, lensa optikal 28 mm dengan 16 kali ganda pemfokusan yang boleh dimiliki pada kadar harga berpatutan.

PowerShot SX170 IS dijana oleh pemproses imej DGIC 4 memberikan kamera tersebut kelebihan ketika merakam video termasuk video berdefinisi tinggi penuh (Full HD), kesan bunyi stereo dan juga terminal HDMI serta aplikasi video 'Super Slow Motion'.

Cipta kelainan dengan Galaxy Note 3

Posted: 10 Nov 2013 09:55 PM PST

Oleh MASZUREEN HADZMAN

MENERUSKAN legasi telefon pintar penuh gaya, Samsung Malaysia Electronics (SME) baru-baru ini sekali lagi tampil dengan pilihan terbaru Samsung Galaxy Note 3.

Bagaikan membawa sebuah komputer di dalam poket, itulah yang boleh dikatakan bagi telefon bimbit pintar terbaru keluaran Samsung ini.

Dengan menggunakan pemprosesan 2.3 Ghz Quad-Core, sememangnya memberi anda kuasa terbaik bagi sebuah telefon pintar.

Tindakan Samsung menambah baik perisian sebelum ini melihatkan komitmennya dalam menghasilkan telefon mudah alih yang direka untuk kemudahan manusia.

Menurut Pengarah Urusan SME, Kwon Jae Hoon, Galaxy Note baru ini merupakan kesinambungan evolusi Samsung sebelum ini.

"Ia menyampaikan pengalaman baru dari segi reka bentuk yang lebih nipis dan ringan dengan skrin lebih besar, tetapi tampak lebih kompak. Ia lebih berkuasa dan bateri tahan lebih lama.

"Rekaannya lebih cantik dan ia memberi pengalaman yang lebih baik daripada semua segi," katanya pada majlis memperkenalkan peranti tersebut di ibu negara baru-baru ini.

Buat pertama kalinya, Note 3 mempunyai belakang yang bertekstur dan boleh didapati dalam warna hitam, putih dan merah jambu.

Fungsi S Pen diperkasakan dengan kemampuan berbilang tugasan yang lebih canggih.

Sementara itu, Samsung Galaxy Note 3 turut memperkenalkan fungsi S Pen yang digunakan sebagai 'kunci' yang dapat membuka ciri-ciri Note 3.

Jelasnya, S Pen mempunyai lebih banyak fungsi, bukan saja untuk menulis atau melukis.

Apabila S Pen disentuh pada skrin dan butang ditekan, satu menu dengan pilihan lima tugasan khas dipaparkan yang membolehkan pengguna menulis nombor telefon atau alamat untuk membuat panggilan, disimpan dalam telefon, menghantar e-mel atau mencari pada peta; membulatkan maklumat untuk disimpan atau melukis kotak untuk membuka aplikasi tertentu.

S Note juga dikemaskini dan lebih intuitif dan senang disusun selain lebih mudah untuk menulis maklumat.

Note 3 juga mempunyai multiwindow yang lebih baik di mana aplikasi sama boleh dibuka dalam dua tetingkap berasingan.

Penambahbaikan lain termasuk peningkatan kuasa bateri kepada 3200 mAh supaya Note 3 tahan lebih lama. Contohnya, video boleh dimain empat jam lebih lama, iaitu peningkatan kira-kira 40 peratus, kata Park.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat