Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 03 Nov 2013 10:34 PM PST Oleh ASHRIQ FAHMY AHMAD MERUPAKAN kesinambungan siri ToughpadTM FZ-A1 (Android) 10 inci dan ToughpadTM FZ-G1 (Windows 8 Pro) 10 inci, kini Panasonic kembali mempertaruhkan Toughpad siri baharu, ToughpadTM JT-B1 dengan paparan skrin seluas tujuh inci. Tablet Toughpad merupakan gajet yang direka khas misi kritikal dan pekerjaan yang memerlukan pergerakan pantas terutamanya di dalam bidang logistik, utiliti, telekomunikasi, pembinaan, kesihatan dan tidak ketinggalan ketenteraan. ToughpadTM JT-B1yang dikuasai oleh Android merupakan antara peranti yang dicipta khas untuk keperluan pelbagai operasi. Menurut Pengarah Kumpulan Toughbook Asia Pasifik, Satoshi Mizobata, sebagai peneraju dalam menghasilkan komputer hampir 20 tahun, Panasonic Toughbook telah membina reputasi yang amat baik bermula daripada penyelesai masalah kepada tenaga pakar dan perkhidmatan bertaraf dunia. "Hasil daripada reputasi tersebut kami berjaya mempertingkatkan keyakinan pelanggan terhadap kualiti, kebolehan dan juga prestasi produk yang dihasilkan. "ToughpadTM JT-B1 merupakan tambahan terbaik bagi keluarga besar Panasonic yang mana lebih kompak, ringan, rekaan yang lebih ergonomik, tinggi daya ketahanan, dan memiliki ciri-ciri keselamatan yang terkini," katanya. ToughpadTM JT-B1 merupakan antara tablet yang memiliki ketahanan setanding dengan komputer riba Toughbook Panasonic yang mana berbeza dengan tablet lain. Antaranya ToughpadTM JT-B1telah melepasi ujian jatuh dari ketinggian 150 sentimeter (sm) dan menerima 'rating' MIL-STD-810G dan juga senarai IP65 untuk daya rintang terhadap habuk dan air. Malah, keperluan usahawan masa kini terhadap isu keselamatan komputer yang tidak terdapat di pasaran tablet menjadikan ToughpadTM JT-B1 dilengkapi bersama ciri-ciri keselamatan dalam bentuk perisian dan juga perkakasan. Selain itu ToughpadTM JT-B1 juga turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan tambahan seperti IPsec VPN, perlindungan 'root' dan juga pengurusan peranti. Kelebihan tersebut adalah untuk memastikan ToughpadTM JT-B1 sesuai untuk digunakan dalam urusan jabatan kerajaan, industri terkawal seperti kewangan dan institusi kesihatan. ToughpadTM JT-B1turut dilengkapi bersama kelebihan Bluetoot,h pilihan integrasi jalur lebar 3G dan kelebihan NFC (Near Field Communication). Manakala keupayaan bateri yang mampu bertahan selama lapan jam apabila tablet tersebut digunakan secara berterusan memudahkan penggunanya untuk melaksanakan urusan seharian. ToughpadTM JT-B1kini boleh ditemui di pengedar sah Panasonic, untuk maklumat lanjut berkenaan tablet tersebut layari laman web www.panasonictoughbook.asia. |
ASM wujudkan kajian mega sains Posted: 03 Nov 2013 10:34 PM PST DR. Abang Abdullah Abang Ali antara yang terlibat sebagai Ketua Pasukan Petugas Kajian Megasains, mengetuai bidang perumahan -Gambar hiasan. Akademi Sains Malaysia (ASM) mewujudkan satu kumpulan kajian yang akan melihat masa depan beberapa sektor penting berkaitan sains di negara ini menjelang 2050. Ketua Pegawai Eksekutif ASM, Dr. Ahmad Ibrahim berkata, fasa pertama kajian mega sains itu diperkenalkan pada 2011 melibatkan bidang tenaga, air, kesihatan, pertanian dan biodiversiti yang mana laporan mengenainya telah pun di serahkan kepada kerajaan. "Kita meneruskan kajian mega sains untuk lima sektor lagi iaitu perumahan, infrastruktur, alam sekitar, elektrik dan elektronik serta pengangkutan untuk menilai masa depannya sehingga 2050," ujarnya ketika di temui di ibu pejabat Utusan Melayu baru-baru ini. Yang turut hadir Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Othman Mohamad dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Hassan Mohd. Noor dan beberapa pengarang lain. Menurut Dr. Ahmad, pihaknya menyasarkan sehingga 2050 bagi menilai bagaimana bentuk cabaran, risiko dan sumbangan sains kepada negara sepanjang tempoh tersebut. Beliau berkata pada peringkat lima sektor terawal awal, pihaknya terpaksa menyediakan dana dalam untuk membiayai kajian tersebut. Bagaimanapun di bawah presiden baharu Tan Sri Dr. Ahmad Tajudin Ali, ASM berpeluang memberi taklimat mengenai lima sektor berikutnya kepada Kabinet pada tahun lalu, dan hasilnya kerajaan bersetujuan menyalurkan sumbangan RM10 juta untuk tujuan tersebut. Menurutnya lagi, kajian setiap sektor akan diketuai oleh pakar masing-masing dengan ahli kumpulannya terdiri daripada pelbagai kepakaran. Beliau memberi contoh, kajian mengenai air menjelang dekad akan datang perlu bagi menilai sejauh mana rakyat Malaysia memanfaatkan sumber semula jadi tersebut. "Kita dapati 75 peratus penggunaan air ( di negara ini) adalah untuk tujuan pertanian, dan diperoleh secara percuma. "(Oleh itu) apakah masa depan permintaan dan bekalan air pada masa akan datang,'' ujarnya. Dalam pada itu beliau memberitahu, ASM akan mengadakan kerjasama rapat dengan media tempatan untuk terus mempromosi bidang sains di negara ini menerusi pelbagai program yang dianjurkan. Ini termasuk melibatkan lebih ramai felo ASM untuk terlibat berkongsi kepakaran masing-masing seperti program pertukaran idea yang diadakan sebelum ini. ASM kini mempunyai 240 felo yang merupakan pensyarah, saintis dan penyelidik khususnya dari institusi pengajian tinggi dan bekas penjawat awam yang telah bersara yang terdiri daripada pelbagai kepakaran. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |