{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pemotoran

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pemotoran


Volvo kembali mengancam dengan V40

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

Oleh FAIRUS KASSIM
ekonomi@utusan.com.my

V40 merupakan model segmen B yang besar untuk kelasnya dengan rekaan yang cukup sporty dan aerodinamik.

Sudah agak lama Volvo suram dengan model-model baharu di pasaran tempatan sejak kebelakangan ini, namun jenama berkenaan kembali menghangatkan suasana dengan memperkenalkan model V40 baru-baru ini.

Model segmen B berkenaan merupakan model kereta terkecil yang dimilikinya tetapi besar untuk kelasnya dengan rekaan yang cukup sporty dan aerodinamik.

Rekaan luarannya cukup menarik dengan bahagian hadapan yang lebar sekali gus melambangkan kekukuhan dan paling menonjol adalah garisan beralun pada bahagian belakang bermula dari bumbung ke lampu dan terus ke bampar yang cukup seksi.

Kereta baharu ini boleh dikelaskan dalam kategori sport hacthback kerana memiliki ciri-ciri kelas berkenaan, antaranya bumbung yang rendah, reka bentuk tirus, ekzos berkembar dan enjin berkuasa turbo.

Menggunakan enjin 1.6L turbo, kereta ini cukup bertenaga untuk memecut dari tahap pegun dan pemandu pasti yakin untuk memintas selain disokong oleh transmisi enam kelajuan automatik dengan pilihan manual geartronik.

Menjadi tradisi Volvo, aspek keselamatan merupakan juga telah ditambah baik pada model ini dengan sistem pengesan titik buta (BLIS) di bahagian cermin pandang sisi telah dipertingkat daripada menggunakan kamera sebelum ini kepada sistem radar yang lebih luas jangkauannya.

Lampu merah berdekatan cermin sisi akan menyala jika terdapat kenderaan lain di sebelah pada kedudukan titik buta pemandu.

Ketika memandu V40 baru-baru ini, didapati sistem penyerap hentaknya telah dilaras ke tahap keras untuk corak pemanduan sport sekali gus menyebabkan ruang kabin agak bising tetapi prestasinya sangat baik dengan kurang melambung ketika melalui jalan beralun.

Kawalan sterengnya pula tidak keras dan keselesaan seolah-olah seperti memandu kereta sedan. Sangat mudah untuk meletakkan kenderaan ini kawasan parkir yang sempit. Butang kawalan 'cruise' pada stereng juga mesra pemandu.

Turut dilengkapi dengan sistem henti enjin secara automatik ketika kereta berhenti untuk menjimatkan minyak. Sistem ini berfungsi ketika suhu luar di bawah 25 darjah sahaja iaitu pada waktu awal pagi dan malam.

Ruang kabin masih mengekalkan imej model Volvo sebelum ini. Waktu malam adalah paling sesuai menilai keunikan kabin V40 dengan tombol gear lutsinar yang memancarkan cahaya, lampu di bahagian kaki dan warna jingga pada setiap butang kawalan pada papan pemuka menghiasi suasana kabin.

Pada meter kelajuan pula terdapat meter ekonomi (eko) yang menggunakan jarum bagi mengimbangi meter rpm yang turut menggunakan jarum. Agak pelik sedikit kerana apabila jarum rpm ke atas, jarum eco turun ke bawah, mata pemandu agak terganggu dengan pergerakan berkenaan. Mungkin meter eco lebih sesuai menggunakan paparan digital bagi melambangkan teknologi terkini.

Secara keseluruhannya, memandu V40 pasti memberikan pengalaman yang menarik. Cukup selesa dan mesra pemandu dengan panel merehat tangan dengan fabrik lembut di bahagian tengah, butang hidup enjin, ruang meletak minuman di depan dan penumpang belakang, kerusi kulit yang selesa, sistem audio yang bagus dan bonet yang agak luas untuk kelasnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat