Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Kereta baharu, klasik Ford di KLIMS Posted: 08 Nov 2013 10:14 AM PST KERETA Klasik Ford Model A tahun 1928 ini akan turut dipamerkan di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 15 November ini. KUALA LUMPUR 8 Nov. - Pengeluar kereta dari Amerika Syarikat, Ford Motor Company (Ford) bakal mempamerkan dua model baharu pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS), selain memaparkan beberapa barisan produk yang menggambarkan masa dahulu, hari ini dan masa depan. KLIMS 2013 akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bermula 15 November ini. Ford dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini menyatakan, pengunjung yang mengunjungi tapak pameran Ford berpeluang untuk melihat warisan inovasi automotif Ford. Jelas kenyataan itu, selain pameran, terdapat daripada pertunjukan menarik, peraduan, permainan, kemunculan artis dan banyak lagi. Ford akan menampilkan sebanyak 11 buah kenderaan termasuklah model klasik, kereta muscle Ford dan jentera-jentera global berprestasi tinggi. Barisan 11 kenderaan impresif Ford yang akan dipamerkan termasuklah model klasik Ford Model A tahun 1928; model ikonik dan legenda, Ford Mustang Shelby GT500, selain model masa hadapan, Ford Fusion Hybrid," menurut kenyataan itu lagi. Pada pameran yang sama, Ford akan melakukan prebiu dan menerima tempahan terawal untuk model kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Ford EcoSport dan varian Fiesta 1.0L EcoBoost baharu sebelum dilancarkan pada tahun depan. Tambah kenyataan Ford, pameran Ford akan menonjolkan dedikasi syarikat untuk menawarkan pelanggan dengan kenderaan-kenderaan yang menerajui segmen masing-masing, selamat, cekap dan seronok untuk dipandu tanpa mengorbankan aspek prestasi atau pengendalian. Para pelanggan yang membuat tempahan dan membayar deposit tempahan awal kenderaan sebanyak RM500 untuk mana-mana model Ford di pameran Ford di KLIMS, bakal menerima hadiah istimewa, sehingga stok masih ada. Selain itu, Ford melalui KLIMS 2013 juga akan mempamerkan rangkaian penuh kenderaan One Ford. Ini termasuklah versi Ford Ranger yang telah diubah suai, selain model paling laris di dunia1, Ford Focus serba baharu, Ford Kuga dan banyak lagi. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |