{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Pendidikan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Pendidikan


Transformasi Sekolah Amanah berjaya

Posted: 10 Nov 2013 10:26 AM PST

Oleh Norizan Abdul Muhid
pendidikan@utusan.com.my

Murid SJKT Kangkar Pulai membuat demonstrasi kebolehan robot ciptaan mereka ketika lawatan dan taklimat media mengenai perkembangan Sekolah Amanah anjuran Yayasan Amir di sekolah itu di Johor, baru-baru ini.

Sejak beberapa tahun lalu, Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kangkar Pulai, Johor, S. Santhakumari dan barisan kakitangannya menghadapi kesukaran dalam melakukan perubahan untuk meningkatkan pencapaian sekolah.

Usaha yang digerakkan juga lebih sukar tanpa penglibatan ibu bapa yang tidak berminat untuk menyertai apa sahaja program yang digerakkan oleh sekolah selain hanya mengikuti perkembangan pencapaian anak mereka melalui laporan kad penilaian akademik sahaja.

Namun, apabila terpilih antara 10 buah sekolah perintis Sekolah Amanah di bawah program Yayasan Amir tahun 2011, pemikiran Santhakumari dan seluruh warga SJKT Kangkar Pulai berubah dan pada hari ini, mereka sedang menikmati hasil transformasi yang baharu sebahagian dilaksanakan di bawah program tersebut.

Baharu dua tahun digerakkan di bawah program Sekolah Amanah, sekolah tersebut telah mengalami pelbagai perubahan dan paling ketara menurut Santhakumari, kedatangan murid ke sekolah meningkat dengan cemerlang, suasana bilik darjah kini lebih 'bising' berbanding sebelum ini dan yang paling menggembirakan para guru adalah sambutan ibu bapa dalam setiap program sekolah.

''Segalanya sudah nampak mudah dan lebih baik berbanding sebelum ini kerana murid kelihatan teruja dan seronok untuk ke sekolah, hubungan antara murid dengan guru lebih rapat, kami mudah bergurau antara satu sama lain berbanding dahulu seperti ada jurang, termasuk juga dengan ibu bapa.

"Program Sekolah Amanah mengajar saya dan guru-guru agar menekankan keseronokan pembelajaran bukan lagi hanya guru sahaja memberi kerana pada waktu ini, guru hanya menjadi penasihat atau fasilitator dan selebihnya, murid memainkan peranan," katanya.

Beliau ditemui dalam majlis lawatan ke sekolah itu dan taklimat media mengenai perkembangan Sekolah Amanah anjuran Yayasan Amir yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan LeapEd Services, John D. Chacko.

SJKT Kangkar Pulai merupakan salah sebuah daripada 13 buah Sekolah Amanah di negara ini yang diterajui Yayasan Amir iaitu sebuah yayasan di bawah Khazanah Nasional Berhad (Khazanah).

Objektif penubuhan Sekolah Amanah adalah untuk meningkatkan pembangunan modal insan di samping melahirkan pemimpin masa hadapan.

Sekolah Amanah adalah sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan terpilih yang diurus secara usahasama oleh sektor swasta dan pentadbir-pentadbir sekolah di bawah naungan Kementerian Pendidikan.

Dari segi pengurusan sekolah, Kementerian Pendidikan memberi kebebasan kepada pentadbir, guru-guru dan pihak swasta dalam bidang-bidang tertentu seperti kurikulum, kewangan dan perolehan, pengurusan kakitangan serta carta aliran pelaporan di samping menyediakan garis panduan akauntabiliti bagi mengelak pertindihan tugas.

Yayasan Amir melantik LeapEd Services, sebuah penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan yang diasaskan di Malaysia untuk menggerakkan program dan melatih guru-guru di sekolah terpilih dalam tempoh lima tahun bagi mencapai standard yang diperlukan.

Selain berjaya meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah, menurut Santhakumari, peratus pencapaian keseluruhan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sekolah itu turut meningkat walaupun baharu setahun program itu digerakkan iaitu dari 56.14 peratus tahun 2011 meningkat kepada 66.18 tahun lalu.

"Gred purata sekolah (GPS) UPSR juga sudah mula menampakkan perubahan iaitu 2.26 pada 2011 turun kepada 1.84 tahun lalu, malah pencapaian kokurikulum murid juga meningkat dengan cemerlang antaranya termasuklah menjadi johan pertandingan syarahan bahasa Malaysia peringkat negeri dan johan Science Fair For Young Children," katanya.

Perubahan positif dan kecemerlangan SJKT Kangkar Pulai turut dikongsi salah seorang bapa murid, R. Manimaran, 41, yang mengakui perubahan turut berlaku ke atas anaknya, Mukeshakumar, 10, yang kini lebih berkeyakinan dan gemar memulakan perbualan berbanding sikap pendiam sebelum ini.

"Dulu anak saya lebih suka mendiamkan diri dan tidak mengambil bahagian dalam bilik darjah tetapi sekarang sejak sekolah terpilih sebagai Sekolah Amanah, sikap negatif anak sudah berubah malah dia seolah-olah tidak mahu langsung terlepas apa sahaja aktiviti yang diatur oleh sekolah," katanya.

Sementara itu menurut John D. Chacko, antara matlamat pengenalan Sekolah Amanah adalah memberi kemahiran kepada murid untuk berfikir, membina dan membuat keputusan selain mewujudkan suasana pembelajaran yang tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata.

Kata beliau, sepanjang lima tahun program itu akan menekankan kepada penyediaan model transformasi pendidikan di sekolah, berkongsi dengan guru pelan praktis pembelajaran, program bertindak sebagai rujukan setiap praktis pembelajaran dan akhirnya sekolah akan bertindak sendirian melaksanakan model pembelajaran yang ditetapkan.

Pupuk kepentingan jaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan

Posted: 10 Nov 2013 10:26 AM PST

Seorang guru bersama beberapa murid membaca akhbar Utusan Malaysia tajaan Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya dalam Karnival 3K di SK Presint 9 (1), Putrajaya, baru-baru ini.

Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya menganjurkan Karnival 3K di Sekolah Kebangsaan (SK) Presint 9(1), Putrajaya baru-baru ini untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan menjaga kebersihan, kesihatan dan keselamatan mereka di sekolah.

Timbalan Pengarah jabatan itu, Farizah Ahmad ketika berucap merasmikan karnival tersebut berkata, program 3K bertujuan memastikan semua sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isu berkaitan dengan kebersihan, keselamatan dan kesihatan sekolah.

"Kita berharap aktiviti yang dijalankan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak khususnya para murid di sekolah.

''Program 3K ini sesuai dijalankan kerana dapat mencetuskan kesedaran kepada generasi muda tentang kepentingan menjaga kebersihan dan keceriaan persekitaran selain dapat menimbulkan tanggungjawab dalam diri setiap individu,'' katanya.

Selain mencapai matlamat program, ujarnya, melalui karnival ini secara tidak langsung pihak sekolah dapat menjalin hubungan dengan komuniti setempat.

Sempenan karnival itu juga, Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Putrajaya menaja 500 naskhah akhbar Utusan Malaysia yang diedarkan kepada murid, ibu bapa dan guru.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat