{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


MB jadikan Sg. Limau DUN angkat

Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT

Mukhriz Mahathir (dua dari kanan) bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua UMNO Bahagian Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (bersongkok) melihat pelan perumahan Projek Perumahan Aman Makmur di tapak perumahan Dulang, Yan, Kedah, semalam. - Bernama

JERAI 1 Nov. - Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau akan menjadikan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sebagai DUN angkat beliau sekiranya Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kecil kawasan itu, Isnin ini.

Mukhriz berkata, sebagai Menteri Besar, beliau berjanji akan memberi perhatian sewajarnya untuk mengangkat pembangunan di kawasan tersebut ke tahap lebih tinggi demi kepentingan penduduknya.

"Pembangunan di seluruh Kedah akan turut dirasai di kawasan ini dan semua penduduk di sini. Saya mahu bagi tumpuan kepada DUN Sungai Limau.

"Jika Barisan Nasional (BN) menang pada 4 November ini, calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim yang berwibawa akan menjadi wakil rakyat, tetapi juga saya yang akan berada di belakang menyokong beliau," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis Anugerah Usahawan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Sekolah Kebangsaan Sungai Limau di sini yang turut dihadiri Ahmad Sohaimi dan Pengerusi Lembaga AIM, Dr. Zubir Harun.

Dalam majlis tersebut, seramai 10 Sahabat AIM terdiri daripada usahawan wanita berjaya menerima anugerah AIM yang disampaikan oleh Mukhriz.

Sementara itu, bercakap di Matang Buloh lewat malam tadi, Mukhriz berkata, langkah menjadikan Sungai Limau sebagai DUN angkat itu selari dengan slogan Pas iaitu 'Kekal', kerana penduduk DUN Sungai Limau akan turut memiliki seorang ADUN Menteri Besar seperti sebelum ini semasa Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar Kedah selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.

"Pihak lawan menggunakan slogan Kekal, saya cuba nak faham apa maksudnya, dahulu kerana ADUNnya bekas Menteri Besar...kalau nak kekalkan dengan calon Pas sekarang, maka DUN ini akan dapat wakil rakyat mewakili pembangkang.

"Maka itu, satu perbezaan yang begitu ketara sekali dan tidaklah bersifat kekal. Oleh kerana itu, saya cadangkan kalau diberikan mandat ini kepada BN, barulah akan ada seorang ADUN yang juga daripada parti memerintah dan saya sendiri melantik diri saya sebagai ADUN angkat... maka itu paling terdekat kepada mengekalkan keadaan yang terdahulu," katanya.

Buat transformasi maruah

Posted: 01 Nov 2013 11:27 AM PDT

Oleh AZELI ALI
azeli.ali@utusan.com.my

Rahmad Isahak

PULAU PINANG 1 Nov. - Pengundi Melayu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau disaran melakukan transformasi maruah atas nama Islam dengan mengundi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil 4 November ini sebagai hukuman kepada Pas.

Bekas ahli DAP, Rahmad Isahak berkata, mandat yang diberi kepada calon BN, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim merupakan fardu kifayah dan bukan strategi politik semata-mata.

Ini kerana menurutnya, kedudukan orang Melayu masih terpelihara dalam BN dengan UMNO menjadi peneraju Kerajaan Pusat dan pada masa sama masih menjaga kepentingan kaum lain di negara ini.

"Berbeza dengan pembangkang kerana kerusi Melayu di Parlimen hanya 40 peratus dengan Pas memiliki 31 kerusi berbanding DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menguasai 58 kerusi.

"Kedudukan Pas dalam pembangkang juga lebih kepada pemberi kerana mereka dilihat sering dipergunakan oleh DAP untuk mendapatkan sokongan orang Melayu sedangkan DAP sendiri meminggirkan orang Melayu di dalam parti itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Rahmad yang juga Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) menjelaskan, biarpun UMNO sering dikecam terutama oleh Pas, apa yang pasti kepemimpinan UMNO tidak pernah membenarkan komponen BN memperdagangkan agama Islam dan Melayu seperti yang dilakukan Pas selama ini.

Tambahnya, tindak-tanduk pemimpin Pas itulah yang membuatkan timbul desakan dari akar umbi parti itu agar hubungan Pas dalam pakatan pembangkang dikaji semula.

"Sebagai bekas ahli DAP, saya sendiri tidak pernah mendengar pemimpin Pas membantah tindakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang cuba menarik sokongan Melayu dengan slogan kepimpinan ala Khalifah Umar Abdul Aziz atau pentadbiran Amar Maaruf Nahi Mungkar.

"Jadi saya yakin selagi Pas masih bersekongkol dengan DAP, imejnya sebagai sebuah parti Islam akan tercalar dan memberi impak buruk kepada ahli-ahlinya yang fanatik dan taksub dengan parti itu," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat