{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pemilihan jawatankuasa Pemuda UMNO Rompin

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

KUANTAN 15 Nov. - Pemilihan semula Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Rompin akan diadakan esok berikutan terdapat masalah teknikal yang berlaku pada pemilihan 23 Oktober lalu.

Setiausaha UMNO Bahagian Rompin, Datuk Wan Kadri Wan Mahusain berkata, arahan tersebut dikeluarkan oleh UMNO Pusat supaya pemilihan tersebut diadakan dengan menyaksikan semua jawatan dalam sayap itu dipilih semula.

Menurutnya, terdapat masalah teknikal berlaku tetapi menafikan berlaku kecuaian semasa proses pemilihan itu berlangsung.

"Sehubungan itu, pemilihan tersebut akan diadakan di Dewan Besar Muadzam Shah, Rompin bermula pukul 10 pagi dengan memilih semula barisan pemimpin yang bertanding dalam pelbagai jawatan Pemuda UMNO bahagian tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Wan Kadri, proses pemilihan berkenaan akan diuruskan sepenuhnya oleh Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat bagi memastikan tiada masalah timbul nanti.

Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO negeri, Datuk Seri Abdul Jabbar Ibrahim berkata, pihaknya tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut tetapi diberitahu bahawa proses pemilihan berkenaan dilakukan sepenuhnya oleh UMNO Pusat.

Pada pemilihan lalu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Ibam, Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz dipilih sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Rompin menewaskan ADUN Tioman, Johari Hussain.

Nur Jazlan dinasihat muhasabah diri

Posted: 15 Nov 2013 10:11 AM PST

KUALA LUMPUR 15 Nov. - Tanggapan Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed serong terhadap sebanyak 145,000 perwakilan UMNO adalah tidak adil dan merupakan dakwaan yang serius.

Bekas Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, Nur Jazlan perlu bermuhasabah diri dengan meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.

Berikut adalah kenyataan penuh Aminah berhubung perkara itu:

l Nur Jazlan perlu mohon maaf kepada kesemua 145,000 perwakilan UMNO di peringkat bahagian kerana telah memperlekehkan maruah mereka di khalayak ramai. Nur Jazlan telah memberi tanggapan bahawa kesemua 145,000 orang ini hanya memilih pemimpin yang mengamalkan politik rasuah.

l Nur Jazlan perlu sedar bahawa kekalahan beliau adalah kerana sikapnya yang kurang disenangi oleh ahli-ahli UMNO. Wang bukanlah faktor kekalahan beliau sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Nur Jazlan perlu muhasabah diri serta meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan peribadi.

l Nur Jazlan secara sukarela perlu menghadap Lembaga Disiplin kerana beliau telah memperlekehkan 145,000 perwakilan dengan amalan politik rasuah. Ini satu dakwaan yang amat serius dan tidak perlu hingga dipanggil bagi membuktikan beliau seorang ahli UMNO yang berjiwa besar.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat