{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Ahli UMNO perlu elak buat kenyataan terbuka

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

PUTRAJAYA 16 Nov. - Semua ahli UMNO diingatkan agar tidak mengeluarkan secara terbuka sebarang kenyataan yang belum tentu kesahihannya bagi mengelakkan wujud perspektif tidak baik terhadap parti.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) berkata, ingatan itu penting bagi mengelakkan wujudnya tanggapan umum bahawa ahli parti sendiri tidak yakin dengan pendekatan yang disediakan oleh parti dalam menangani setiap aduan yang dilaporkan.

''Saya harap kalau ada dakwaan lepas ini, ahli perlu mengemukakan kepada ibu pejabat kerana kita mempunyai pendekatan dan saluran khusus bagi menyiasat setiap aduan atau tuduhan yang dilaporkan itu.

''Janganlah kita mengeluarkan sebarang kenyataan yang belum tahu betul atau tidak kerana tindakan itu memberi perspektif tidak baik kepada parti," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia peringkat Wilayah Persekutuan di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed didakwa mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan integriti kira-kira 145,000 perwakilan UMNO di peringkat bahagian semasa pemilihan parti itu bulan lalu.

Ditanya adakah Nur Jazlan membuat laporan kepada Lembaga Disiplin UMNO berhubung isu itu, Tengku Adnan yang juga Menteri Wilayah Persekutuan berkata, setakat ini tidak ada sebarang aduan yang dibuatnya.

''Walaupun saya tidak ada dalam Lembaga Disiplin UMNO tetapi sebagai Setiausaha Agung UMNO, saya boleh bertanya kepada lembaga.

''Saya berkeyakinan bahawa sehingga kini tidak ada laporan yang dibuat oleh Nur Jazlan," katanya.

Karpal didesak minta maaf

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

Oleh MUZDALIFAH MUSTAPHA
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 16 Nov. - Dewan Muslimat Pas hari ini mendesak Karpal Singh meminta maaf berhubung kenyataan beliau menyarankan pendaftaran parti politik dan badan profesional berdasarkan agama dan kaum termasuk Pas dibatalkan kerana merbahayakan negara.

Dalam kenyataan melalui laman sosial Facebook, dewan itu menegaskan, Karpal perlu memohon maaf atas dua perkara iaitu;

n Pertama kerana mempunyai pendirian yang langsung tidak menghormati sensitiviti dan dasar perjuangan parti rakan dalam pakatan pembangkang iaitu Pas yang jelas meletakkan Islam sebagai dasar seperti terkandung dalam Perlembagaannya.

n Kedua, kerana berbohong mengatakan beliau tidak pernah mengaitkan Pas dalam kenyataan yang dibuat.

''Dewan Muslimat menganggap ia adalah satu pelanggaran sikap pakatan yang sangat serius dan tidak selari dengan semangat saling menghormati dalam Pakatan Rakyat.

''Bahkan ia tidak sesuai ditonjolkan oleh mana-mana pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat yang sepatutnya sudah jauh lebih matang dalam memahami hasrat keseluruhan rakyat,'' kata kenyataan itu.

Kenyataan tersebut sebagai reaksi kepada pendedahan Dewan Pemuda Pas Pusat, semalam yang mendakwa mereka mempunyai bukti Karpal berbohong dalam isu itu.

Naib Ketuanya, Dr. Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mendedahkan, bukti tersebut terkandung dalam cakera padat rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat yang dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang 5 November lalu.

Dalam kenyataannya juga, Dewan Muslimat Pas kesal dengan pendirian Karpal dan pembohongan yang beliau lakukan serta menganggap ia melunturkan kredibiliti beliau di mata rakyat Malaysia khususnya umat Islam yang menyokong Pas.

''Dewan Muslimat mendesak agar Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat segera bersidang bagi menangani masalah ini sebelum tindakan lebih tegas diambil oleh pihak Dewan Muslimat bersama Dewan Pemuda,'' kata kenyataan itu lagi.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah berkata, Karpal adalah seorang pemimpin yang mempunyai sikap tidak berhati-hati dan sudah banyak kali menyentuh sensitiviti Pas.

Sehubungan itu, beliau mahu Pengerusi DAP tersebut berhenti bersikap demikian.

Mohd. Amar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai Karpal tetapi dalam nada tegas menyatakan pandangannya mengenai pemimpin DAP itu sudah disiarkan akhbar ini pada 7 November lalu.

"Saya sudah komen dalam Utusan Malaysia hari itu dan disiarkan di muka depan. Itulah Karpal Singh, awak boleh baca jadi saya tidak mahu komen apa-apa lagi," katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini hari ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat