{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Jangan halang saya bertanding jawatan DAP - Janice Lee

Posted: 21 Nov 2013 09:28 PM PST

Oleh KHAIRULANUAR YAHAYA

AMPANG 22 Nov - Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai daripada DAP, Janice Lee Ying Ha hari ini mengumumkan untuk bertanding Jawatankuasa DAP Selangor pada 15 Disember depan.

Janice dalam sidang akhbar di pejabatnya di Taman Muda di sini berkata, walaupun telah dipecat daripada DAP, beliau masih lagi ahli parti itu kerana kes pemecatan beliau masih dalam peringkat rayuan.

"Saya sudah menghantar surat kepada pemimpin DAP Selangor agar hasrat saya untuk bertanding tidak dihalang kerana kita ahli DAP. Jika mereka larang kita akan membuat aduan kepada pihak berkenaan," kata Janice.

Tegas Janice, pemecatan keahlian beliau dan pembantunya, Dorothy Chong tidak sah kerana Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tan Kok Wai kerana mempunyai percanggahan kepentingan.

Dalam sidang akhbar itu Janice mendesak agar Kok Wai yang juga Naib Pengerusi DAP menerima surat saman dari peguamnya berkaitan dakwaan memfitnah sehingga menyebabkan peluang beliau untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) terjejas.

"Kalau Kok Wai tidak mahu menerima surat saman ini kita akan mengiklankannya dalam surat khabar dan kos berkenaan akan dimasukkan dalam kos peguam," kata Janice.

Dalam sidang akhbar itu Janice sekali lagi mendakwa terdapat amalan berbeza-beza terhadap tindakan disiplin dalam DAP

"Dalam laporan Suruhanjaya Diraja Untuk Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock ada menyatakan bahawa ADUN (DAP) Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah telah meluluskan peruntukan kerajaan negeri kepada syarikat yang dikaitkan dengan pak cik ADUN (DAP) Kuala Kubu Bharu Lee Kee Hiong, Lee Wye Wing.

"Adakah amalan seperti ini dibenarkan dalam DAP? Kenapa dalam kes saya diambil tindakan tetapi dalam kes kedua-dua ADUN ini tiada tindakan disiplin diambil?" soal Janice. - UTUSAN ONLINE

4 ahli MT dilantik wakili sayap

Posted: 21 Nov 2013 11:32 AM PST

Oleh HUSSAINI AMRAN, MUZDALIFAH MUSTAPHA dan ROSALINDA MD. SAID
pengarang@utusan.com.my

NAJIB Tun Razak mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam tadi. Turut kelihatan ialah Muhyiddin Yassin dan Tengku Adnan Tengku Mansor. - UTUSAN/FAUZI BAHARUDIN

KUALA LUMPUR 21 Nov. - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pelantikan empat ahli Majlis Tertinggi (MT) yang baharu bagi mewakili sayap Wanita, Pemuda dan Puteri.

Menurutnya, lantikan yang dibuat mengikut Perlembagaan parti itu melibatkan Naib Ketua Wanita, Datuk Azizah Mohd. Dun; Penolong Setiausaha Wanita, Datuk Rosni Sohar; Naib Ketua Pemuda, Khairul Azwan Harun dan Naib Ketua Puteri, Zahida Zarikh Khan.

Beliau berkata, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Bendahari UMNO, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan kekal memegang jawatan yang disandang sebelum ini.

Kita juga mengambil keputusan supaya kesemua Menteri Besar dan Ketua Menteri dijemput untuk turut hadir dalam MT supaya mereka dapat memberi pandangan.

Mengikut Perlembagaan parti, Presiden mempunyai kuasa melantik sembilan lagi ahli MT tambahan. Nama-nama mereka akan diumumkan awal minggu depan, tidak malam ini," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat MT UMNO di Ibu Pejabat UMNO, Menara Datuk Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil; Ketua Puteri UMNO, Mas Ermieyati Shamsuddin dan Tengku Adnan.

Najib turut mengumumkan pelantikan Pengerusi Badan-badan Perhubungan UMNO negeri.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, UMNO menubuhkan sebuah jawatankuasa khas yang dipengerusikan Muhyiddin bagi meneliti cadangan penambahbaikan terhadap proses pemilihan UMNO.

Jawatankuasa tersebut ditubuhkan untuk menerima cadangan penambahbaikan tanpa mengorbankan prinsip fundamental iaitu pemilihan dilakukan oleh bilangan ahli yang ramai," ujarnya.

Selain itu, menurut Najib, sebuah lagi jawatankuasa khas yang dipengerusikan Datuk Seri Azmi Khalid diwujudkan bagi meneliti segala bantahan berkaitan proses pemilihan parti baru-baru ini.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat