{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pemilihan Timbalan Presiden panas

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

Mohamad Sabu, Mohd. Amar

SHAH ALAM 22 Nov. - Siapakah yang akan menjadi Timbalan Presiden Pas dan siapa pula yang bakal mengisi tiga kerusi Naib Presiden parti itu?

Persoalan tersebut akan terjawab esok apabila hari ini seramai 1,129 perwakilan Muktamar Tahunan Pas Ke-59 membuang undi.

Bagaimanapun pengundian hanya melibatkan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden sahaja kerana pengundian untuk jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat dibatalkan ekoran masalah teknikal pada kertas undi.

Perkara itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi yang menyatakan pengundian untuk jawatan tersebut akan diadakan esok.

Bagi kerusi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu atau Mat Sabu berdepan satu lawan satu dengan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Malah kehangatan pertembungan antara Mohd. Amar dan Mohamad turut dirasai pengamal media apabila bertebaran khidmat pesanan ringkas (SMS) meminta perwakilan sama ada mahu melihat Pas diterajui golongan ulama atau kem Anwarinas.

Begitupun, Mat Sabu tetap tenang sepanjang tempoh pengundian malah sempat beramah mesra dengan pengamal media yang membuat liputan muktamar di Stadium Malawati.

Tidak kurang menarik perhatian ialah persoalan sama ada ketiga-tiga penyandang Naib Presiden iaitu Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar mampu mengekal jawatan masing-masing atau tidak selepas menyaksikan pertandingan lima penjuru.

Ini berikutan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man disebut-sebut sebagai calon pilihan untuk menduduki salah satu daripada jawatan Naib Presiden.

Seorang lagi calon yang dikatakan mewakili golongan ulama ialah Datuk Abu Bakar Chik.

Usul kepemimpinan ulama ditolak Pemuda Pas

Posted: 22 Nov 2013 11:24 AM PST

SHAH ALAM 22 Nov. - Dewan Pemuda Pas menolak usul mempertahankan kepimpinan ulama dalam muktamar sayap parti itu semalam kerana perkara tersebut berkaitan soal teknikal dan bertentangan Perlembagaan parti.

Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, Perlembagaan parti tidak menetapkan sebarang profesion atau kelayakan diperlukan untuk jawatan Presiden dan Timbalan Presiden Pas.

Usul ini ditolak kerana masalah teknikal dan tidak berbangkit soal Dewan Pemuda Pas tidak menyokong kepimpinan ulama.

Kalau usul itu hendak diluluskan, ia memerlukan pindaan Perlembagaan parti dan masih banyak perlu diperbincangkan," katanya ketika ditemui pemberita semasa Muktamar Tahunan Pas ke-59 di Stadium Malawati di sini hari ini.

Semalam, Muktamar Dewan Ulama sebulat suara meluluskan usul supaya Pas pusat memasukkan satu fasal yang memperuntukkan jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan sekurang-kurangnya salah seorang Naib Presiden terdiri daripada ulama.

Bagaimanapun, dalam Muktamar Dewan Pemuda Pas semalam, usul menyokong kepimpinan ulama ditolak kerana ia melibatkan penjawatan dan perkara itu bertentangan dengan Perlembagaan parti.

Tegas Suhaizan, biarpun usul itu ditolak, Dewan Pemuda Pas akan sentiasa menyokong kepimpinan ulama dan Majlis Syura Ulama untuk menaungi parti itu.

Dalam pada itu, mengulas mengenai kemenangan beliau sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas, Suhaizan berkata, beliau mempunyai kelebihan kerana telah melibatkan diri lebih lama dalam Pemuda Pas berbanding calon lain.

Suhaizan Kaiat yang juga Ketua Pemuda Pas Johor muncul pemenang dalam pemilihan semalam selepas mengalahkan Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad dan peguam, Zulhazmi Sharif.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat