{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Politik

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Politik


Pemilihan CEC DAP belum sah

Posted: 07 Nov 2013 10:57 AM PST

Oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA
badrul.isa@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Kedudukan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan September lalu belum sahih selagi Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih tidak mengiktirafnya secara rasmi dan bertulis.

Bekas Pengerusi DAP Cawangan Sungai Pelek, Tan Tuan Tat sehubungan itu berharap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak cuba memperdaya ahlinya terutama kaum Cina dengan memberi tanggapan bahawa status CEC ketika ini adalah sah.

"Pembentukan CEC yang baharu juga tidak boleh dianggap sebagai sah selagi pihak ROS tidak mengiktiraf kesahihan pemilihan semula CEC yang diadakan pada 29 September lalu itu.

"Malah sehingga kini, Guan Eng masih belum menghantar kepada ROS laporan lengkap pemilihan semula tersebut serta senarai jawatankuasa baharu termasuk senarai nama kesemua 2,576 perwakilan sah yang berhak hadir dan mengundi. Juga senarai kehadiran serta senarai semua cawangan yang bertauliah sehingga 15 Disember tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar dekat sini hari ini.

DAP mengadakan pemilihan semula CEC dalam kongres khas parti tersebut selepas diarah berbuat demikian oleh ROS.

Ini ekoran pemilihan CEC DAP tahun lalu, menimbulkan keraguan kerana didakwa wujud penyelewengan selepas parti itu dikatakan gagal memberi notis kepada 753 delegasi yang merupakan ahli sah untuk mengundi dalam pemilihan tersebut.

Sementara itu menurut Tuan Tat, tindakan DAP mengadakan pemilihan semula CEC tanpa mengikut Perlembagaan parti itu sendiri juga harus dipersoalkan.

Ini kerana mengikut Perlembagaan, pemilihan semula hanya boleh diadakan dalam kongres kebangsaan parti, bukan kongres khas seperti yang dilaksanakan September lalu.

"Mengapa DAP tidak dapat mengikut Perlembagaan mereka sendiri sedangkan dalam parti itu terdiri ramai peguam berkualiti seperti yang dicanangkan oleh Pengerusi DAP, Karpal Singh. Jika benar mereka berkualiti, kenapa isu CEC ini masih belum selesai hingga kini?

"Sikap kepemimpinan DAP ini seolah-olah sengaja mahu supaya ROS mengambil tindakan membatalkan pendaftaran DAP sekali gus membolehkan mereka menubuhkan parti baharu dengan jawatankuasa dan kepemimpinan parti baharu itu nanti terdiri daripada kroni dan barisan yang sama," katanya.

Beliau turut berharap ROS dapat meneliti setiap aduan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP sebelum ini berhubung penyelewengan dan penipuan semasa pemilihan semula CEC lalu.

"Diharapkan ROS tidak takut untuk bertindak sekiranya didapati wujud salah laku semasa pemilihan semula CEC lalu meskipun Karpal dan Guan Eng cuba menggertak untuk menyaman ROS," katanya.

Pemimpin Pas perlu sedar niat tersembunyi Karpal

Posted: 07 Nov 2013 10:57 AM PST

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Seluruh kepemimpinan Pas perlu sedar niat tersembunyi Karpal Singh di sebalik kenyataannya yang menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftarannya.

Presiden Jalur Tiga Malaysia (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berpendapat, Karpal sebenarnya mencabar Perlembagaan yang telah memperuntukkan Islam sebagai agama Persekutuan selain mencabar kedudukan raja-raja Melayu sebagai pelindung terakhir kepada Islam dan orang Melayu di negara ini.

''Ketika isu cadangan Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menggugurkan perkataan Islam kepada pertubuhan-pertubuhan seperti Pas, ahli dan penyokong Pas membantah keras, mencemuh dan menyatakan bangkangan yang serius terhadap cadangan itu.

''Menyorot kembali peristiwa tersebut, rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam dan berketurunan Melayu sudah tentu ingin melihat satu bentuk tindakan yang keras kepada Karpal, sekurang-kurangnya sepadan dengan apa dilakukan oleh ahli dan penyokong Pas terhadap Tun Dr. Mahathir pada ketika itu,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Karpal yang menyarankan semua parti politik berasaskan kaum dan agama dibatalkan pendaftarannya.

Walau bagaimanapun, Penasihat DAP, Lim Kit Siang sebagaimana yang dipetik menerusi portal propembangkang, Malaysiakini mendakwa kenyataan Karpal itu telah diputar belit.

Mengulas lanjut, kata Hasan, semua ahli Pas tidak perlu ragu untuk mempertahankan kesucian Islam dan sesiapa sahaja yang mencabar maruah parti itu adalah tidak wajar untuk dijadikan teman seperjuangan sekali gus mengambil pendirian keluar daripada pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, aktivis Pas, Mohd. Riza Kamaruddin berkata, Pas perlu mengambil pendirian lebih tegas kerana parti itu kini dilihat terlalu lemah untuk menyatakan prinsip dan maruah daripada terus 'dipijak' oleh DAP.

''Melihat kepada polemik yang berlaku terhadap isu ini, saya menyeru kepada seluruh ahli Pas agar menilai sendiri siapa sebenarnya Karpal yang sering menyakitkan hati para pendokong Pas dan sudah tiba masanya mereka menyatakan prinsip dan sikap mereka betapa sebenarnya Karpal ini anti-Islam dan anti-Melayu.

''Pas pula seakan tidak pernah serik dan kelihatan tidak pernah kesal terhadap apa jua pukulan maut dari kenyataan Karpal ini yang secara langsung atau tidak mempersoal dan menyindir dengan sinis terhadap mereka,'' katanya.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia, Datuk Nakhaei Ahmad pula berkata, kenyataan Karpal itu telah melanggar prinsip hak asasi manusia.

Sehubungan itu, Pas katanya wajar menuntut agar Karpal berhenti memimpin DAP kerana telah menjadi ancaman kepada parti itu sendiri.

''Pas tidak boleh lagi berlembut sebaliknya perlu membuat pendirian tegas sekiranya mahu terus kekal dalam pakatan pembangkang,'' katanya yang juga bekas Naib Presiden Pas.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat