Utusan Online - Rencana
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Rencana |
Gagasan Penyatupaduan Nasional Posted: 10 Nov 2013 10:26 AM PST Bismillahi Rahmani Rahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera. Segala puji milik ALLAH Subhanahu Wata'ala. Selawat dan kesejahteraan ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Demikian juga ke atas ahli keluarga dan para sahabat Baginda, seterusnya ke atas para Tabiin dan para ulama; semoga memperoleh ihsan daripada ALLAH Subhanahu Wata'ala sehingga ke hari kebangkitan. 2. Kongres ini membuka ruang membolehkan Beta dapat bersama ahli-ahli Majlis Profesor Negara. Peserta Kongres terdiri dari kalangan cendekiawan yang diiktiraf dengan status Profesor. Di era Kesultanan Melayu, Raja yang arif lagi bijaksana, meletak nilai tinggi kepada ilmu, menghargai budaya mesyuarah serta mendampingkan diri dengan ulama dan ilmuwan, membolehkan Raja mendapat seelok nasihat - secerah pandangan, lalu mengupayakan Raja menyempurnakan amanah secara adil - secara saksama; dan istana pula dapat berfungsi sebagai forum percambahan minda, tapak perkembangan ilmu serta pusat penyebaran agama. 3. Dalam tempoh 56 tahun mencapai kemerdekaan, Negara telah berjaya mencatatkan prestasi pencapaian ekonomi membanggakan, didukung oleh dua faktor utama. Pertama, kemurahan rahmat ILAHI menganugerahkan bumi ini dengan pelbagai kekayaan. Kedua, jentera pentadbiran yang bijak, merangka dan melaksanakan program pembangunan secara mampan lagi berwawasan. The Global Competitiveness Report 2013, mengkategorikan Malaysia dari segi daya saing, berada di tangga 24 daripada 148 negara yang dinilai. Dari segi kemudahan berurus niaga, Malaysia berada di rangking keenam, merupakan satu-satunya negara Islam yang berada di tangga sepuluh teratas. Soal selidik Legatum Institute London, meletakkan Malaysia di ranking keempat puluh empat terkaya dari 142 negara yang dilakukan kajian. 4. Pendapatan per kapita 32,438 ringgit, menempatkan Malaysia di tangga kedua di kalangan negara ASEAN. Peratus rakyat miskin turun daripada lebih 50 peratus dalam tahun tujuh puluhan kepada 1.7 peratus dalam tahun 2012. Program pendidikan adalah program Dasar Ekonomi Baru yang paling berjaya. Bilangan tenaga profesional dan pengurusan Melayu dilaporkan mengatasi kaum Cina dan India, sementara bilangan doktor, jurutera dan arkitek Melayu berada dalam nisbah yang hampir sama dengan bukan Melayu. Ekuiti korporat Bumiputera meningkat dari 2.4 peratus dalam tahun 1970 kepada 23.5 peratus dalam tahun 2011. Angka dan data pencapaian ekonomi ini adalah cerita kejayaan sebuah negara. 5. Pencapaian tersebut turut dipengaruhi oleh dua faktor lain. Pertama keadaan negara yang aman; kedua iklim politik yang stabil. Keamanan dan iklim politik yang stabil telah memberikan Malaysia kelebihan mendahului kebanyakan negara di rantau ini terutama untuk memberi keyakinan kepada pelabur asing. Bermula dari Pilihan Raya Umum Kedua Belas (PRU 12), kestabilan politik semakin mendapat perhatian dan diberikan pelbagai tafsiran. Tafsiran yang dirumuskan dipengaruhi barometer penyukat yang diguna pakai Menilai kestabilan politik berlandaskan hanya kepada keputusan pilihan raya, terlalu simplistik pendekatannya. Begitu juga pemikiran yang mengaitkan sentimen perkauman, sebagai faktor yang mempengaruhi pola pengundian, terlalu impulsif dan permukaan sifatnya. Meskipun, parti yang membentuk Kerajaan pasca PRU 12 dan PRU 13 tidak menguasai dua pertiga majoriti, namun ia tidak mencetuskan sebarang sengketa yang menjejaskan kestabilan politik. Urusan harian negara terus berfungsi secara normal. Malah senario pasca pilihan raya memperlihatkan bahawa warga Malaysia telah mempamerkan sifat kematangan menghayati semangat demokrasi. 6. Dinamik politik yang sedang berlaku hendaklah dijadikan cermin untuk melihat wajah sebenar negara yang telah merentasi usia 56 tahun. Dalam negara yang begitu berbilang, perpaduan warga amat mempengaruhi kestabilan politik. Senario semasa menuntut kepada perlunya dirangka formula perpaduan yang lebih relevan. Hari ini Majlis Profesor memilih untuk turut membincangkan subjek perpaduan, dijadikan tema Kongres dengan istilah yang dicanggihkan oleh tiga kata kunci Gagasan Penyatupaduan Nasional. Bahawa subjek Penyatupaduan Nasional, kini begitu terapung di laut fikir, menggerak lidah ke tasik kata. Penyatupaduan Nasional ketika ini bagaikan rangkai kata yang kalut berlegar di minda warga, semakin diperkatakan, semakin dijadikan subjek perbualan, semakin dijadikan tema seminar - tema diskusi. Penyatupaduan Nasional pada hakikatnya adalah satu kemestian bagi sesebuah negara; demi memastikan kelangsungan hayat sesebuah negara, seperti mana perlunya kehadiran oksigen di atmosfera untuk meneruskan talian hayat, kehadirannya diambil secara lewa, tetapi ketiadaannya akan menyemputkan nafas. 7. Pengupayaan sesuatu bangsa ditentukan ketika bangsa berhadapan cabaran besar. Dalam buku, A Study of History, Arnold Toynbee merumuskan kajian mengenai asas kelahiran 21 tamadun; bahawa faktor utama membina tamadun yang gemilang ialah pengupayaan bangsa menghadapi cabaran, lalu bangsa terdorong menyatukan kekuatan, menggabung sepenuh tenaga - merangkum sepenuh usaha untuk sama-sama mengatasi cabaran, baik yang berbentuk alam semula jadi atau peristiwa besar seperti peperangan, tekanan ekonomi, bencana alam dan perubahan pemerintahan. Tiga kata kunci, menyatukan, menggabung, merangkum adalah kata kunci yang menegaskan aspek penyatupaduan. 8. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu disusuli dengan pembentukan Malaysia dimungkinkan kerana kejayaan mengolah resipi penyatupaduan; resipi penyatupaduan yang diolah dalam semangat penyatuan dalam kepelbagaian. Terbina persefahaman - terjalin kerjasama, bukan sahaja di kalangan pelbagai kaum dan pelbagai penganut agama, malah merangkumi komponen-komponen lain, empat Negeri Bersekutu, lima Negeri Tidak Bersekutu, dua Negeri Selat; Raja dan rakyat bersatu suara - bersatu langkah - bersatu matlamat untuk membina satu warga kepada sebuah negara merdeka. Lalu lahirlah sebuah negara tanggal 31 Ogos 1957, dalam gegak gempita histeria laungan MERDEKA!. Yang dilahirkan ketika itu adalah sebuah negara baru yang mempunyai kedaulatan ke atas warga dan wilayah, tetapi warga bangsa belum wujud. 9. Membangunkan warga bangsa masih menghadapi pelbagai cabaran, malah cabaran yang dihadapi untuk membina warga yang teguh bersatu - kukuh berpadu, kini menghadapi ujian lebih besar - ujian bertambah rumit. Pelbagai istilah penyatuan diperkenalkan - pelbagai slogan direka cipta, pelbagai logo dilakar, pelbagai lirik dikumandangkan. Ia masih tidak memperlihatkan impak keberkesanan menurut yang diimpikan. Malah slogan ke arah membentuk satu warga bangsa, lebih banyak menimbulkan kontroversi, lebih mengundang kontradiksi; semakin dipolemikkan - semakin dipolitikkan. 10. Dalam pengembaraan menerokai subjek penyatupaduan nasional, kanta hendaklah berpandangan jauh, lensa hendaklah berpenglihatan luas. Kanta dan lensa jangan disalut ilusi warna, hingga rumput kering dipandang segar, ayir keroh dilihat jernih. Perbuatan sedemikian akan meletakkan diri dalam budaya penafian. Budaya penafian akan meletakkan minda dalam alam artifisial, lalu mendorong minda melakukan tafsiran salah, disusuli dengan gerak kerja kurang bijaksana. Negara bukan teater rekaan, dengan lakonannya dikawal skrip yang tegar. Negara adalah teater hidup, teater dinamik yang terus berubah. Setiap warganya pemegang watak; pemegang watak yang tidak terikat kepada setiap koma - setiap noktah. 11. Ketika menyusun langkah ke arah mencapai impian gemilang, imbaslah kembali memori lama, selaras dengan kata pedoman orang tua, tersesat di hujung jalan, baliklah ke pangkal jalan. Negara ditubuhkan dan warga disatukan, berpaksikan semangat penyatuan dalam kepelbagaian; semangat yang termaktub dalam dokumen penting, dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan. 12. Tiga konstituen utama terlibat dalam merangka Perlembagaan Negara, Raja-Raja, Kerajaan Inggeris dan Parti Perikatan, menangani subjek-subjek sensitif, rumit lagi pelbagai, antaranya isu-isu agama, kaum, bahasa dan negeri; di samping merangka institusi-institusi utama negara, perundangan, kehakiman dan eksekutif, yang perlu mengambil tanggung jawab melayarkan sebuah bahtera merdeka. Mengolah formula penyatupaduan, memerlukan kesediaan berundur sebelum mara, memerlukan keberanian menerima realiti, memerlukan ketegasan mempertahankan prinsip. 13. Oleh itu amatlah bertepatan untuk diimbau kembali peristiwa bersejarah, bertarikh 10 Julai 1957, ketika Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra (Almarhum), atas nama Ketua Menteri, membentangkan usul penggubalan Perlembagaan di Majlis Perundangan Persekutuan. Beta memilih petikan tertentu ucapan tersebut dalam Bahasa ia diucapkan, agar semangat dan intonasinya dapat diberikan apresiasi sewajarnya. Petikan; I marvel that our progress towards independence has been so swift and smooth. I cannot recall any other dependent country which has achieved independence in such a cordial and friendly atmosphere. We have been able to make progress in such a remarkable fashion in spite of the fact that ours is a plural community. The characteristics, beliefs and cultures of our people vary greatly, and I believe that we are only now able to stand on the threshold of independence because of their tolerant and friendly attitude towards one another and their acceptance of Malaya as the object of their absolute loyalty...... At varying periods of our country's history, the Sultans of the Malay States entered into treaties with Great Britain. The Treaties provided, on the one hand, certain rights and concessions for Great Britain in return for protection to be accorded to Their Highnesses and protection for the interests and rights of the Malays. This protection was entered in the various State Constitution and Enactments and in the Federation of Malaya Agreement of 1948. The position which the Malays enjoyed under this Treaty has never been contested by any person or class of persons or communities for it has not interfered or obstructed other communities in the enjoyment of their possessions or the right to live their lives. The affluence of others has not helped the Malays but on the other hand it has caused them so much economic setback that they were driven out of the main towns and villages of this country. The sum total of the Malay plight was that they have suffered in the field of economy as well as education... The early Chinese settlers have been in this country for many hundreds of years. In the early days they came here to trade and later to like this country and decided to settle down, and they were absorbed by the country and followed local customs and spoke the Malay language, while at the same time retaining some of their own culture and traditions... The Indians also came to the Federation to seek wealth in the country and they found employment in the Government service or in estates. They too have made their contribution for which we are grateful. Men and women of many other races have also come to Malaya,..... ...the desire by all races for Independence brought UMNO and MCA together,....The Indians led by MIC then joined the Alliance and for the first time in the history of Malaya, a majority of the people were united politically with one aim in view - the achievement of Merdeka. With regard to citizenship, I must emphasise that the basic principle which it is proposed to accept is that all persons who regard the Federation as their home and who wish to take advantage of what this country has to offer must owe undivided loyalty to the Federation and must be prepared to participate in the duties of citizenship. The cornerstone of the new proposals is undivided loyalty to the Federation.. For the future well-being of our country, we expect and demand the undivided loyalty of all who wish to call themselves Malayans Ucapan diakhiri dengan kata-kata harapan: "Let us make it work and build for ourselves and our descendants a shangrila whereby we can all live in peace, happiness and prosperity". 14. Inspirasi sesebuah Perlembagaan dicerminkan secara eksplisit melalui mukadimah yang dipaparkan dan secara implisit dalam peruntukan-peruntukan yang dimaktubkan. Woodrow Wilson mengingatkan bahawa Perlembagaan Negara bukan sekadar dokumen guaman. Pada hakikatnya, ia mengandungi semangat dan roh negara, ia mencerminkan persetujuan-persetujuan yang di capai secara bersama ketika negara memperoleh kemerdekaan. Perlembagaan sesebuah negara sui generis sifatnya, ia itu berada dalam kelas tersendiri, berakar di bumi yang ia tumbuh. Perlembagaan Negara berperanan sebagai carta dan kompas, sauh dan layar kepada sebuah bahtera merdeka. Ia menggariskan rangka asas organisasi negara, fungsi kerajaan dan tata urus keadilan. 15. Setelah menghalusi Perlembagaan Negara, setelah mengamati ucapan Tunku, Beta menyifatkan, ucapan tersebut sebagai kata pengenalan yang merangkumkan keseluruhan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan. Ia memperlihatkan semangat persefahaman - ia mempamerkan kesediaan berkompromi - ia memanifestasikan kata sepakat. Perlembagaan Persekutuan digubal bersumberkan warisan sejarah, satu kesinambungan mengekalkan tradisi ketika mengharungi modenisasi. Termaktub, aspek warisan berkerajaan - aspek sejarah bernegara, berpayungkan Raja, bertiangkan Islam, bersalut budaya dan bahasa peribumi. Tujuh wasiat Raja-Raja Melayu dianyam secara tersirat dalam dokumen yang tersurat. Ia memberi jaminan keadilan saksama kepada semua pihak yang berpegang kepada semangat di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Jika difahami, dihormati, dihayati dan diamalkan tanpa penyimpangan, semangat yang tersirat dalam Perlembagaan Negara, adalah formula penyatupaduan paling berharga. 16. Perlembagaan hendaklah kekal ditafsirkan berasaskan semangat yang menghormati kata sepakat yang telah dipersetujui. Kata sepakat yang telah dipersetujui, amatlah penting diperingatkan sepanjang masa, selaras dengan peringatan yang pernah dizahirkan oleh Paduka Ayahanda Beta, Hakim Raja Tan Sri Azlan Shah ketika dianugerahkan Ijazah Doktor Persuratan oleh Universiti Malaya, pada 30 Jun 1979; Petikan: " ...bahawa Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum, berbilang bangsa, berbilang agama, berbilang adat resam. Tetapi walau bagaimanapun, kita perlu ingat, dan jika kita tidak ingat, maka kita seharusnyalah diperingatkan, bahawa dalam negara yang semuanya berbilang itu, mestilah ada suatu asas di mana kita mesti menumpukan perhatian. Dalam konteks ini, Malaysia telah wujud hasil dari cantuman tiga wilayah, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Persekutuan Tanah Melayu pula diasaskan atas tapak kesultanan Melayu Melaka...; Perkataan 'Negeri Melayu Bersekutu', 'Negeri Melayu Tidak Bersekutu' dan 'Persekutuan Tanah Melayu' masih wujud dalam undang-undang kita. Dengan lain perkataan, negara Malaysia adalah berteraskan kepada sejarah Melayu, evolusi politik Melayu, nasionalisme Melayu yang hidup subur dan kepulauan Melayu yang mempunyai sejarah kebudayaan Melayu....Faktor-faktor dan hakikat inilah yang melahirkan Negeri-negeri Melayu, Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya Malaysia". 17. Ucapan Yang Teramat Mulia Tunku mengandungi pelbagai peringatan berhubung asas penubuhan negara; peringatan keramat yang wajib diteliti semula dalam mencari formula penyatupaduan nasional. Bahawa tuntutan kemerdekaan negara adalah aspirasi bersama - usaha bersama, diperjuangkan secara bersama oleh semua kaum. Ucapan tersebut menegaskan aspek toleransi dan sikap muhibah. Ucapan tersebut menegaskan soal ketaatsetiaan tidak berbelah bagi kepada Persekutuan Tanah Melayu. Tunku menegaskan perkataan absolute loyalty, mengulangi enam kali perkataan undivided loyalty. The cornerstone of the new proposals is undivided loyalty to the Federation. Perkataan absolute loyalty to the Agong diulang dua kali oleh Tan Siew Sin ketika berucap menyokong usul. Ucapan Tunku, menghargai peranan kaum Cina dan kaum India, terutama peranan membangunkan ekonomi Tanah Melayu. Tunku mengalu-alukan kalangan yang memilih menetap di negara ini, dan menghargai sikap mereka, walaupun mengekalkan tradisi dan budaya asal masing-masing, mereka bersedia menerima budaya dan adat istiadat setempat, bertutur bahasa Melayu, mempamerkan budi pekerti yang menjunjung semangat di mana bumi dipijak - di situ langit dijunjung. 18. Tunku mengakui terdapat kepelbagaian konstituen, yang tidak terbatas kepada konstituen agama, kaum, budaya dan bahasa tetapi merangkumi aspek-aspek agama, Raja-Raja, Kerajaan Negeri, Kehakiman, Suruhanjaya Pilihan Raya, serta pencapaian ekonomi dan pendidikan. Perkara-perkara tersebut kini masih terus dipolemikkan; jika gagal ditangani, merupakan penghalang kepada usaha penyatupaduan. Kongres ini sebaiknya hendaklah mengupas setiap isu yang berpotensi menghalang penyatupaduan. Berpandukan ucapan Yang Teramat Mulia Tunku, Beta memilih untuk menyentuh lapan perkara yang perlu dilawati semula. 19. Pertama: Agama; Yang Teramat Mulia Tunku menyatakan; "..Islam should be declared the religion of the FederationTheir Highnesses are the Heads of the religion in their own States and although they have agreed to authorize the Yang Dipertuan Agong to reperesent them in any acts, observances or ceremonies agreed by the Conference of Rulers as extending to the Federation as a whole, Their Highnesses felt that establishment of a Federal Ministry for Muslim Religious Affairs would affect adversely their position as Heads of Muslim religion in their own States. If necessary, a Muslim Department of Religious Affairs will be set up as part of the establishment of the Yang Dipertuan Agong. 20. Agama Islam, agama Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Komponen pertama Rukun Negara menetapkan aspek Kepercayaan kepada Tuhan. Sementara komponen kelima Rukun Negara menetapkan aspek Kesopanan dan Kesusilaan. Selaras dengan semangat yang termaktub dalam Perlembagaan dan semangat yang terkandung dalam Rukun Negara, keperluan agama lain, selagi tidak menyentuh sensitiviti dan kesucian Islam dan selagi tidak bercanggah dengan undang-undang negara, tidak boleh dihalang. Tatasusila menghormati agama lain - tatasusila tidak menghina agama lain - tatasusila tidak mencampuri urusan agama lain adalah tatasusila yang wajib dipatuhi, selaras dengan maksud yang terkandung dalam ayat tiga hingga enam Surah Al Kaafiruun: "Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah, Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah, Dan kamu tidak pernah (pula) menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah, Untukmulah agamamu, dan untukkulah agamaku" 21. Perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan - secara terbuka berpotensi mencetuskan berlakunya tragedi buruk. Agama adalah perkara amat sensitif, terlalu cepat menyinggung rasa - terlalu mudah menyentuh emosi. Ambillah iktibar dari peristiwa hitam yang pernah berlaku di masa lalu. 22. Peristiwa Natrah tercatat kuat dalam memori bangsa kerana rusuhan yang berlaku pada 12 Disember 1950 di Singapura. Orang Melayu berasa pilu. Akhbar-akhbar tempatan menegaskan pentingnya diperbetulkan laporan tidak tepat media Barat. Media Barat melaporkan orang Islam bertindak agresif, tidak menghormati keputusan mahkamah mengembalikan Natrah (yang beragama Islam) kepada ibu bapanya (yang beragama Kristian); 18 terbunuh, 173 cedera, apabila tentera menembak para perusuh yang terdiri dari orang Melayu. Cerita sebenar di sebalik rusuhan, adalah kemarahan orang Melayu terhadap akhbar Straits Times ketika itu, secara provokatif, berulang kali menyiarkan gambar Natrah, melutut di hadapan patung Virgin Mary. Umat Islam bertanya, bagaimanakah perasaan penganut Kristian jika melihat seorang kanak-kanak Kristian dipakaikan telekung dan dipaksa bersolat. 23. Kedua: Institusi Raja: Ketika merangka formula membentuk kerajaan merdeka, Yang Teramat Mulia Tunku amat menghayati bahawa sistem pemerintahan berteraskan Raja terlalu berharga untuk ditiadakan. Tunku lalu menyarankan; "...We propose that the Supreme Head of the Federation should be called the Yang Di Pertuan Agong.will be appointed by the Rulers from among themselves to sit on the Throne in turn for a period of five years That first choice is perhaps of vital importance to this country. The person chosen should be one who will command the love, respect and absolute loyalty to the Malayan peoples. Therefore in making their choice the Rulers must set aside all sentiments but instead be guided by a desire to do right by the people and the country. 24. Tanah Melayu yang merdeka, memilih untuk memeterai sistem pemerintahan beraja, perlanjutan adat dan kesinambungan budaya yang dijelmakan dalam acuan kontemporari. Raja tidak sekadar dikekalkan di peringkat negeri, malah telah diperkenalkan satu lagi lapisan pemerintahan beraja dengan mewujudkan seorang Ketua Utama Negara bergelar Yang Dipertuan Agong; Raja kepada seluruh Persekutuan. Secara harfiahnya gelaran tersebut bermaksud 'Dia Yang Terulung Di Kalangan Kami; ia itu 'primus inter pares'. 25. Raja adalah payung kedaulatan negara untuk memberi naungan saksama kepada setiap warga tanpa mengira kaum - tanpa mengira agama - tanpa mengira kabilah politik. Raja yang bersemayam di takhta pemerintahan adalah lambang kuasa, berperanan sebagai tonggak kestabilan - sumber keadilan, teras perpaduan - payung penyatuan. Oleh itu amatlah penting bagi Raja bersifat berkecuali, memastikan berada di atas segala polemik politik agar institusi Raja diterima dengan hati terbuka bila diperlukan berperanan menurunkan suhu panas yang mendidihkan lava-lava persengketaan. 26. Perkara yang tersirat di dalam Perlembagaan akan menjelmakan ujian ketika berlakunya situasi kejutan yang tidak ada duluan (precedent). Ketika menghadapi saat-saat sedemikian, hikmah kebijaksanaan Raja yang bertakhta di atas politik dan bersemayam di atas birokrasi, berperanan amat penting untuk melakukan analisis secara tepat, lalu merumuskan penyelesaian secara bijak, adil lagi saksama. 27. Dalam perkara-perkara, termaktub secara nyata, bahawa Raja bertindak atas nasihat, Duli-Duli Baginda hendaklah menerima nasihat tersebut; tetapi Raja juga tidak harus rasa tertekan dan tidak semestinya memberikan perkenan jika nasihat yang disembahkan bercanggah dengan tuntutan syarak, bercanggah dengan semangat Perlembagaan, bercanggah dengan undang-undang dan bercanggah dengan keadilan hingga memungkinkan berlakunya penindasan dan kezaliman. Apabila Raja dirujuk, Duli-Duli Baginda hendaklah memberikan pandangan secara bebas, tanpa ragu - tanpa pilih kasih; dan dalam perkara Raja perlu bertindak atas budi bicara, Duli-Duli Baginda hendaklah menyempurnakannya dengan hikmah kebijaksanaan demi membuktikan Raja bersifat adil lagi saksama, sebagai penimbang tara yang bebas kepada cabang-cabang legislatif, eksekutif dan kehakiman, sekali gus memperkukuhkan mekanisme semak dan imbang, demi menjamin berlangsungnya tadbir urus negara yang baik. 28. Dalam menghadapi senario semasa, Institusi Raja turut mengamati secara teliti dinamik politik yang sedang berlaku, menetapkan paksi yang mengupayakannya melakarkan ruang peranan yang lebih relevan dalam era yang semakin berubah; sekali gus membantu membina imej institusi takhta yang kekal dinamik, bertenaga menangani tuntutan dan keperluan semasa, terutama dalam memenuhi peranan sebagai instrumen kesatuan dalam kepelbagaian. 29. Raja adalah simbol penyatuan; Raja kepada setiap warga. Di peringkat awal kemerdekaan, setelah ditabalkan, Yang Dipertuan Agong berangkat melakukan lawatan ke negeri-negeri, memberi peluang kepada warga di setiap negeri dan di segala peringkat, merasakan Yang Dipertuan Agong adalah Raja kita. Lawatan Diraja tersebut sangat simbolik - sangat signifikan, berupaya merangkaikan hubungan dua hala di antara Ketua Negara di peringkat Persekutuan dengan pemimpin dan warga di peringkat negeri. Kebelakangan ini atur cara simbolik lagi bermakna ini sudah tidak diamalkan lagi. 30. Institusi Raja pernah berhadapan ujian getir dalam tahun-tahun lapan dan sembilan puluhan, ketika orang Melayu begitu ghairah, merasakan dirinya cukup gagah - cukup hebat. Namun hukum alam, menetapkan bahawa panas tidak semestinya sampai ke petang. Ketika dilambung ombak globalisasi, warga perlu bijaksana mengimbangkan antara tuntutan tradisi dan permintaan terhadap pemodenan, supaya air tempayan tidak terlalu cepat dicurahkan kerana mendengar guruh di langit. Institusi Raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan - payung mahkota negara. Ia mungkin pelita lama tetapi kekal memancarkan cahaya. Pelita lama jangan terlalu cepat mahu dibuang kerana riak melihat fajar yang sedang menyingsing, ingatlah hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila senja mendakap malam, warga mula teraba-raba, hilang haluan diselubungi kegelapan malam, kerana pelita lamanya sudah tiada lagi. 31. Majlis Raja-Raja adalah badan syura yang unik. Setiap Raja yang berangkat menghadiri mesyuarat Majlis, berserta Yang Dipertua Negeri, diiringi Menteri Besar dan Ketua Menteri masing-masing. Yang Dipertuan Agong berangkat pada hari terakhir mesyuarat, diiringi Perdana Menteri. Badan syura ini, merupakan badan yang dapat menggabungkan wakil negeri dan wakil Persekutuan, berbincang dalam suasana mesyuarah yang tertib, sopan, beradab lagi bertamadun. Kehadiran Menteri Besar dan Ketua Menteri, disandarkan kepada jawatan rasmi tanpa identifikasi politik. Memandang ke hadapan, peranan badan syura ini boleh dipertingkatkan - diperluaskan agar berfungsi sebagai forum perundingan yang dapat mencantumkan pelbagai konstituen yang mewakili kafilah-kafilah politik yang berbeza. Potensi badan syura ini sebagai instrumen penyatupaduan sewajarnya dioptimumkan. 32. Ketiga: Bahasa; Yang Teramat Mulia Tunku menegaskan; "...It is very important that our people should converse with one another in one common language and there can also be no doubt that the common language must ultimately be the Malay language. Article 152 provides that no person shall be prohibited or prevented from learning and using his own language" 33. Tunku menzahirkan penghargaan kepada masyarakat pelbagai kaum yang berusaha menguasai Bahasa Melayu, menerimanya secara natural sebagai lingua franca ketika negara belum pun merdeka, ketika bahasa Melayu belum lagi ditetapkan sebagai Bahasa Kebangsaan, ketika bumi ini mempunyai infrastruktur pengembangan bahasa Melayu yang masih terbatas. Ironinya, setelah negara mencapai kemerdekaan, di sebalik kehadiran infrastruktur untuk memudahkan warga menguasai Bahasa Melayu, bagaikan ada agenda terselindung pihak tertentu, terdapat mereka yang bertaraf warga negara di bumi ini, menikmati pelbagai keistimewaan - menerima pelbagai anugerah - dikurniakan pelbagai gelaran, tetapi bersifat angkuh - berlagak sombong, tidak mengendahkan, malah ada kalanya mempersendakan Bahasa Kebangsaan Negara. 34. Sekolah yang sepatutnya menjadi tapak penyatupaduan nasional semakin hilang peranannya. Sekolah Kebangsaan semakin berimej sekolah Melayu, malah ada yang semakin mirip berimej sekolah agama. Dari 7,667 sekolah rendah di Malaysia, 1,293 adalah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 523 Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. Lebih 650,000 pelajar berada di sekolah vernakular, 95 peratus anak-anak keturunan Cina memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan 55 peratus anak-anak berketurunan India memilih Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. 35. Kebangkitan negara China sebagai ekonomi kedua terbesar dunia telah mengangkat status bahasa Mandarin dalam urusan perdagangan dunia. Nilai perniagaan Malaysia China meningkat dari 74.2 bilion dolar Amerika pada tahun 2010 kepada 90 bilion dolar Amerika pada tahun 2011. Hari ini, 20 peratus penduduk dunia bertutur bahasa Mandarin. Dalam tahun 2010, di serata dunia, lebih 100 juta orang bukan keturunan Cina, mempelajari bahasa Mandarin. Oleh itu, pendirian terbuka dan pragmatik Kerajaan dalam isu pendidikan wajar difahami dan perlu dilihat secara positif. 36. Sekolah beraliran Mandarin tidak menghadapi kekangan untuk dibina di negara ini; 49 peratus daripada 2,700 sekolah Cina yang beroperasi di Asia Tenggara, terletak di Malaysia. Dasar terbuka Kerajaan ini sepatutnya dihargai dengan menunjukkan sikap patriotik terhadap negara, turut membantu usaha penyatupaduan, turut bersama menyemaikan semangat kenegaraan - turut bersama membina semangat kesetiaan kepada negara. Amat mendukacitakan apabila dilaporkan bahawa lebih 30 peratus pelajar dari sekolah vernakular gagal menguasai tahap minimum Bahasa Malaysia, meskipun enam tahun berada di bangku sekolah. Anak-anak berketurunan Cina dan India adalah warga Malaysia. Adalah satu ironi apabila warga kepada sebuah negara, tidak menguasai bahasa kebangsaan negaranya. 37. Keempat: Perkara 153; Yang Teramat Mulia Tunku telah memperingatkan fakta sejarah dengan menyatakan; "Everybody seems to have forgotten that there is a clause in the Federation of Malaya Agreement which gives to the High Commissioner the special responsibility of safeguarding the special position of the Malays and the legitimate interests of other communities; corresponding power is given to the Sultans of old Unfederated Malay States. The facts are that unless the Malays are protected there will be no place for them in Malaya. This is proved to be so in Singapore and Penang. Again to those who are nervous about their future, I would say - study closely Article 153 of the Federal Constitution. They will find that the Yang Dipertuan Agong is also required to safeguard their legitimate interests.. ...under Article 153 there will be certain preferences accorded to Malays when candidates are under consideration for first appointment. But once an officer has been recruited to the permanent establishment these preferences cease to apply and there will be complete equality of treatment. 38. Tan Siew Sin semasa perbahasan turut menyuarakan pendirian: Petikan: " The Constitution has accepted the principle of equality of opportunity for all who regard this country as their real home and the object of their undivided loyalty. It has however also continued to provide for what has been called the special position of the Malays. Some Chinese quarters regard this as a contradiction of the main principle and hence unjust. I beg to differ from them. In the first place, the principle of the special position of the Malays has already been embodied in the Federation of Malaya Agreement. The Malays therefore cannot be expected to give up what they already have in the same way that they do not expect the other communities to give up their existing rights. Far more important, however, is the indisputable fact that as a race the Malays are economically backward and well behind the other races..... The main object of this provision is to ensure that the Malays do not lose the little they already have, and if possible be given a reasonable handicap to enable them to catch up with the other races. An economically depressed Malay community in a prosperous Malaya will not mean a peaceful Malaya. An economically depressed Malay community will never be able to achieve the desired degree of cooperation with the substantially more prosperous non Malay communities. It has also been asked why it has not been explicitly stated that this provision is only temporary. I would remind our critics that the Malays are a proud and sensitive race. They are also an intelligent race, and I know that they appreciate the significance and implications of this provision far better that most people realise". 39. V.T. Sambanthan antara lain telah memperingatkan: "We hear it spoken Sir, of first-class citizen one who is badly provided with roads, has a leaky roof over his head, cannot even get a doctor on a rainy day even if his child is badly ill? Is that person, be he in the kampung or estate or new village, the first-class citizen or is it he who has a bungalow in the Federal Capital, one, possibly in the Cameron Highlands and a couple more at a seaside resort who is a first-class citizen, I ask. The basic issue is that we are trying to correct differences in the community. An imbalance exists, and it exists for various reasons... ..The special position of the Malays will only touch the fringe of the Malays, These basic improvement not only of the Malays but of the Chinese, Indians, will come from the economic programmes of the new Government... We have got to be careful; we have got to remember that a cry, if it is wrongly made, will be followed by counter-cry, that suspicion begets suspicion, and trust begets trust This is a country of various communities brought together by political, social and economic reasons Let us live as brothers. The traditions of Malaya are the highest traditions.... the traditions of brotherhood, of happy and peaceful living amongst each other". 40. Perkara 153, disifatkan tidak mengamalkan kesaksamaan, di sebaliknya dianggap instrumen penindasan terhadap bukan Melayu. Perkara 153 turut dipertikaikan oleh orang Melayu yang merasakan darah Melayunya tidak memberi erti apa-apa kerana hidupnya terpinggir dan tersisir, ibarat ayam di tepian lesung, mengharapkan rezeki dari antah yang tumpah. 41. Hari ini agihan, kaedah pengagihan, ketirisan sumber, pembaziran sumber, adalah isu-isu yang lantang disuarakan. Ketidakseimbangan agihan kekayaan, mengukuhkan hujah bahawa penyatupaduan nasional tidak sekadar berdenominasikan kaum, tetapi turut berkait dengan status sosioekonomi yang memisahkan kumpulan berpendapatan tinggi dengan kumpulan berpendapatan rendah, dikumandangkan dengan kata-kata, 'Yang kaya bertambah kaya - yang miskin bertambah miskin'. Orang Melayu di peringkat bawahan, yang mencari seteguk air di waktu pagi - sesuap nasi di waktu petang, yang menanggung beban hutang untuk menghantar anak ke Universiti pasti bertanya, sudah hilangkah azimat Perkara 153, sementara orang bukan Melayu di peringkat bawahan turut bertanya, bagaimanakah kepentingan sah kaum-kaum lain turut dipelihara. Lalu kita diingatkan dengan nasib Pak Utih, dari desa yang dijanjikan dengan kemakmuran tetapi masih menanti dengan doa seperti yang digambarkan dalam puisi nukilan Usman Awang pada tahun 1954; Usman Awang, penyair-pemikir yang menjadi mata dan suara kepada masyarakatnya. 42. Kerajaan mengakui bahawa dari 54 bilion stok yang diperuntukkan kepada Bumiputera sejak 1971, yang kekal di tangan Bumiputera hanyalah dua bilion ringgit. Hanya satu juta dari 12.7 juta tenaga kerja di Malaysia yang membayar cukai pendapatan. Data dalam Laporan Model Ekonomi Baru menunjukkan, 80 peratus isi rumah berpendapatan kurang 5,000 ringgit sebulan; di kalangan 40 peratus isi rumah berpendapatan kurang 2,000 ringgit sebulan, 77.2 peratus adalah Bumiputera. 75 peratus penabung Amanah Saham Bumiputera memiliki purata 611 ringgit seorang. Laporan KWSP menunjukkan 78.6 peratus penyimpan, berpendapatan kurang 3,000 ringgit sebulan. Akhbar melaporkan permintaan Presiden CUEPACS agar Bank membekalkan lebih banyak nota sepuluh ringgit dalam mesin ATM, memberikan petanda bahawa pada masa tertentu, sebilangan pemilik kad ATM, tidak pun mempunyai baki minimum 50 ringgit dalam akaun masing-masing. 43. Apabila dibaca dan diulang baca, Perkara 153 dan ucapan Tunku, ternyata telah berlaku penyimpangan di antara apa yang dimaktubkan dengan apa yang dilakukan. Pendirian Tunku dalam Perkara 153 amat terang lagi bersuluh. Perkara 153 tidak bersalah dan tidak melakukan sebarang dosa kepada warga bangsanya. Yang bersalah dan yang patut di hukum adalah kalangan mereka yang telah menyalah tafsir dan merampas (hijack) peruntukan Perkara 153 untuk tujuan-tujuan sempit. Apa juga kepincangan yang telah berlaku, hendaklah diakui secara jujur agar segala penyimpangan dari semangat asal Perlembagaan dan semangat asal Dasar Ekonomi Baru tidak diulangi lagi. Langkah lebih berkesan perlu diperkenalkan agar cerita kejayaan ekonomi dapat diterjemahkan dalam bentuk kemakmuran dan kesejahteraan majoriti warga. 44. Pada masa yang sama, orang Melayu wajib berusaha untuk mengiakan pengiktirafan Tan Siew Sin, bahawa Melayu adalah bangsa yang pintar dan bermaruah, bahawa Melayu memiliki harga diri dan digniti. Orang Melayu hendaklah memiliki minda - memiliki jati diri, memastikan bangsanya tidak dilihat lemah, memastikan bangsanya tidak perlu dipapah sepanjang hayat. Ia harus bermula dalam minda Melayu, dalam jiwa Melayu, dalam semangat Melayu, dalam denyut jantung dan denyut nadi orang Melayu. Ia harus dimulakan dengan tidak mengamalkan budaya haruan memakan anak, Ia harus dimulakan dengan budaya yang tidak terlalu cepat untuk bermegah mewah. 45. Kelima: Hubungan Negeri dengan Persekutuan. Yang Teramat Mulia Tunku menyatakan, ..the question of relations between the Federation and the States, I bel(ieve this to be one of the most difficult problems with which we shall be faced. In any Federation it is inevitable that the component parts of the Federation should not always see eye to eye with the central authorities. It has been our task to ensure not only that the States will have a measure of autonomy but also in matters of national interest the Federal authorities will have the power to take all necessary action and it is my hope that we succeeded in providing at any rate for some years to come the framework within which the State and Federal Governments may be able to work together to their mutual benefit and for the good of all. The great advantage of the new proposals in that once a policy has been decided with the agreement of all the State Government and the Federal Government then that policy will be followed throughout the country as a whole. ..on the form of the financial provisions, ..the Federation must continue to make large grants to the States. that the Constitution itself should include provisions safeguarding the financial position of the States. Such safeguards will be particularly important in years to come because we must expect that sooner or later the Government of a State will be formed by a political party which is in opposition to the party in power in the Federal Parliament ..and it is proposed to write in to the Constitution that the State Governments will be entitled as of right to receive certain grants and other sources of revenue". 46. Tunku mempamerkan sifat negarawan berpandangan jauh. Tunku memperingatkan bahawa tanpa negeri tidak tertubuh Persekutuan. Tunku turut mempersiapkan minda, akan berlaku keadaan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, dikuasai oleh parti politik yang berlainan. Malaysia dianggotai tiga belas negeri dan Wilayah Persekutuan. Ketua kepada sembilan negeri adalah Raja-Raja berdaulat, sementara empat negeri dipertanggungjawabkan kepada Yang Dipertua Negeri. Kerajaan Negeri dilantik oleh dan terletak di bawah payung naungan Raja Pemerintah dan pengawasan Yang Dipertua Negeri. Amalan mengetepikan status Negeri adalah amalan yang boleh ditafsirkan sebagai tidak menghormati kedaulatan Raja dan tidak menghormati institusi Yang Dipertua Negeri. Hubungan di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kini menjelmakan dimensi baru; ia semakin memeningkan kepala kakitangan awam yang berkhidmat di negeri-negeri. Mereka kini menghadapi dilema ketika memenuhi tanggung jawab untuk mengimbangkan kesetiaan, di antara Pihak Berkuasa Negeri dengan Pihak Berkuasa Persekutuan, terutama di kalangan mereka yang ditempatkan di negeri yang dikuasai oleh kumpuan politik yang berlainan parti dengan Kerajaan Persekutuan. 47. Konsep Federal isme berasaskan Perkara-Perkara 73 hingga 95E Perlembagaan Persekutuan wajib difahami - wajib dihormati. Kelainan politik, di antara Negeri dan Persekutuan jangan sampai menjejaskan hubungan warga, hingga memungkinkan warga kembali bersifat parokial kenegerian, lalu menghindar dari tercapainya semangat muafakat dan hasrat berpadu. Formula perhubungan dan orientasi baru antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri wajib diperkenalkan dalam order politik terkini, demi tidak menyulitkan kakitangan awam menyempurnakan tugas, demi memastikan rakyat tidak menjadi mangsa pertelingkahan politik. Perlu ada garis yang jelas di antara hubungan yang dipengaruhi kekangan politik, atas dasar parti dengan parti, dibezakan dengan hubungan kerja, antara kerajaan dengan kerajaan. 48. Dua tahun kebelakangan ini, ada negeri yang memilih tema sambutan Hari Kebangsaan berbeza dengan tema yang ditetapkan di peringkat nasional. Keadaan ini amat tidak sihat dan hendaklah dihentikan. Hari Kebangsaan adalah hari memperingati peristiwa bersejarah negara. Sambutan Hari Kebangsaan adalah peristiwa yang melambangkan penyatupaduan. Warga hendaklah memisahkan emosi ketaksuban politik dengan peristiwa paling bersejarah dan paling bermakna kepada negara. Terokailah kaedah yang dapat mengikis perselisihan. Untuk itu, mungkin perlu difikirkan mekanisme perundingan agar pemilihan tema Hari Kebangsaan diputuskan secara bersama di antara wakil Negeri dengan wakil Persekutuan. 49. Keenam: Kehakiman; Kehakiman adalah institusi penting untuk memastikan wujudnya mekanisme semak dan imbang, agar negara terjamin ditadbir urus berlandaskan undang-undang. Institusi Kehakiman menjunjung amanah untuk menentukan keadilan tidak tercicir. Yang Teramat Mulia Tunku menekankan pentingnya dipertahankan standard keadilan yang tinggi; "We are determined to ensure that the present high standard of justice is maintained after Merdeka Day" ucap Tunku. 50. Walaupun pada umumnya orang politik bersifat possessive kuasa, V.T. Sambanthan mencerminkan sifat negarawan berwawasan jauh ketika membahaskan subjek kehakiman. Petikan: " ..I am no lawyer, Sir...We thought that the Judiciary should not be in danger of being put into pressure by any political party. But then with the clauses of the Reid Commission you would have perhaps had a state of affairs where a judge may be afraid to speak his own mind if it went counter to the desires of the ruling party. Therefore we said, let us remove this, let us make the Judiciary far above political parties, let us make it independent. That is why we said that the removal of judges should not be within the pale of Parliament.." 51. Amalan dan standard kehakiman di era pasca merdeka, adalah antara yang dihormati baik di dalam begitu juga di luar negara. Peristiwa pada tahun lapan puluhan merupakan titik hitam kepada Institusi Kehakiman Negara. Ketua Hakim Negara dan lima Hakim Mahkamah Agong digantung jawatan; disusuli dengan pemecatan Ketua Hakim Negara dan dua Hakim Mahkamah Agong. Asas dan cara pemecatan dilakukan telah menjejaskan reputasi Institusi Kehakiman. Mengembalikan reputasi institusi kehakiman agar diyakini berpendirian bebas lagi berkecuali hendaklah dibuktikan melalui amalan kehakiman yang mendukung prinsip tanpa gentar - tanpa pilih kasih. Mahkamah yang diragukan reputasinya akan mendorong berlakunya lebih banyak amalan yang mempersendakan undang-undang. 52. Ketujuh: Pilihan raya; Hasrat memperkenalkan kaedah memilih Kerajaan melalui pilihan raya dirintis oleh Henry Gurney dengan dua tujuan utama; Pertama: sebagai langkah mempersiapkan Tanah Melayu berkerajaan sendiri. Kedua: memenuhi tuntutan rakyat yang mahukan demokrasi, sekali gus dapat mengalih sokongan rakyat dari terpengaruh dengan perjuangan Parti Komunis Malaya. 53. Hasrat Gurney tertangguh seketika kerana Raja-Raja Melayu lebih mengutamakan usaha untuk menamatkan darurat. Semasa berlangsungnya Persidangan Kesepuluh Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 February 1950, Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah telah menitahkan pandangan bahawa pendidikan yang cukup adalah prasyarat penting sebelum memperkenalkan pilihan raya untuk mengelak dari tercetusnya kekacauan. Baginda juga mengingatkan, tanpa pendidikan dan pemahaman yang cukup, demokrasi boleh dimanipulasikan oleh pihak yang berkepentingan dan berkesudahan dengan memberi kuasa kepada pemerintahan bersifat diktator. Yang Teramat Mulia Tunku menegaskan pentingnya Suruhanjaya Pilihan Raya bersifat bebas lagi berkecuali. Pandangan Majlis Raja-Raja dan pendirian Tunku bersama rakan-rakan dalam Perikatan, tertera dalam Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. 54. Sistem dua parti mula berakar kukuh dalam Pilihan Raya Umum Kedua Belas (PRU 12). Sistem dua parti bertambah rendang dalam Pilihan Raya Umum Ketiga Belas (PRU 13). Era monopoli politik telah berakhir. Sistem dua parti adalah fenomena yang normal dalam sebuah negara maju. 55. Perkara yang perlu diberikan perhatian adalah kesan akibat pasca Pilihan Raya, sekiranya ia membawa kesan negatif terhadap perhubungan di antara warga disebabkan isu yang digunakan oleh calon dan parti semasa berkempen. Sehingga PRU 13, sentimen perkauman dan sentimen agama masih kedengaran. Akibatnya, apa juga usaha ke arah penyatupaduan terbatal (nullified) dan terjejas. Pilihan Raya tidak hanya berlangsung setiap lima tahun sekali. Pilihan raya kecil turut diadakan apabila berlaku kematian atau peletakan jawatan. Selepas PRU 12, berlangsung 16 pilihan raya kecil, enam di peringkat Parlimen sepuluh di peringkat Negeri. Dalam tempoh enam bulan pasca PRU 13, sudah dua pilihan raya kecil peringkat Negeri diadakan, satu di Terengganu dan satu lagi di Kedah. 56. Pilihan raya kecil sebenarnya tidak kecil, ia melibatkan penyertaan nasional, ia membabitkan pimpinan politik dari setiap negeri, ia melibatkan jentera pentadbiran negara, ia event yang mendapat perhatian seluruh negara. Isu yang dibangkitkan dan kejadian yang berlaku semasa berkempen, jika tidak menghormati adab dan tatasusila, jika menyalakan bara perkauman, jika menghembuskan sentimen agama, pastinya menambah sulitkan usaha untuk penyatupaduan, laksana santau yang mengembalikan bisa pertelingkahan. 57. Kelapan: Perkhidmatan Awam; Yang Teramat Mulia Tunku secara jelas menggariskan; " I need not remind Honorable Members of the importance which the Alliance Government attached to maintaining an efficient and contented civil service. To this end the Service must feel that it is not subject to political interference and that it can tender advice without fear of the consequences. Only in this way can it be expected to attract into the Service and retain the men and women of the high caliber that will be needed. ..appointments, promotions and matters of discipline will be controlled by independent statutory bodies whose members are not associated closely with any political party and in whom the Civil Service and the general public can have confidence". 58. Kata-kata tersebut hendaklah dijadikan pegangan utama penjawat awam. Sifat profesional - sifat berkecuali perkhidmatan awam teramat penting. Perkhidmatan Awam sewajarnya menjadikan teladan akan sifat kebijaksanaan Bendahara Melaka yang dapat membezakan antara yang betul dengan yang salah, antara keadilan dengan kezaliman, sebelum melaksanakan sesuatu arahan demi memastikan tata urus pentadbiran, berteraskan udang-undang dipatuhi, terutama urusan yang melibatkan wang negara. Perlu ada disiplin pemisah antara kesetiaan kepada negara, kesetiaan kepada warga dengan kesetiaan kepada individu. Berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara, bukan sahaja masih banyak kepincangan yang berlaku, malah ia berlaku berulang kali. Perkhidmatan Awam wajib mengamalkan prinsip yang tidak bersekongkol dengan amalan yang salah. Jenayah rasuah dan salah guna kuasa jangan sama sekali dilindungi. Jawatan adalah amanah - tugas adalah ibadah. Kukuhkan iman dan percayalah bahawa rezeki ditentukan oleh ILAHI. Menegakkan kebenaran memerlukan iman yang kukuh, tidak goyang ketika diuji. 59. Para ilmuwan adalah kumpulan yang memiliki pengaruh dan berupaya mencerminkan modul supaya dapat dijadikan rujukan dalam hasrat mahu membina gagasan penyatupaduan nasional. Ia hendaklah dipamerkan melalui amalan minda yang terbuka, bersedia menerima kelainan - berupaya menyerap kepelbagaian. Budaya keterbukaan yang diamalkan di Madrasah Nizamiyah di Baghdad di era Kerajaan Abassiyah mungkin dapat dijadikan contoh. Madrasah tersebut merupakan antara institut pengajian tinggi yang paling berjaya dalam sejarah dunia Islam, setaraf dengan apa yang dikenali sebagai universiti pada hari ini. Madrasah Nizamiyah berperanan sebagai tapak memunculkan ilmuwan tersohor yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, antaranya Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali. 60. Para ilmuwan di Madrasah tersebut diberikan kebebasan melakukan penyelidikan di bidang yang diminati walaupun terdapat percanggahan pendapat dengan pihak yang membiayai dana. Penaung kepada Madrasah Nizamiyah ialah Nizam al-Mulk - wazir tersohor dari Parti Saljuk, di bawah pemerintahan Sultan Malik Shah. Nizam al-Mulk bersedia memberikan perlindungan politik kepada sarjana yang berfikiran progresif, walaupun berbeza pendirian dengan beliau. Para ilmuwan di Madrasah Nizamiyah diberi tajaan, sama ada mereka menyokong atau tidak menyokong Kerajaan. Suasana keilmuan sedemikian telah membolehkan dua pihak yang berbeza pegangan politik dapat bekerjasama, dapat bersama mencari kebenaran, seperti yang diperlihatkan oleh Imam al-Ghazali dan Imam as-Shirazi, kelainan pegangan politik tidak menghalang mereka mengembangkan kerjaya ilmiah di Institusi Pengajian Tinggi yang sama. 61. Nizam al-Mulk mengamalkan budaya perbincangan terbuka di samping mengalu-alukan penyelidikan yang kritikal dan percambahan minda, agar dapat menemui mutiara berharga, selaras dengan seruan yang terkandung dalam Sunah Rasulullah Sallallahu Alai Wassalam menurut yang diriwayatkan oleh Ibn Abi Syaibah, bermaksud: "Hikmah itu umpama barang Mukmin yang hilang, carilah daripada sesiapa pun yang menemuinya" 62. Beta percaya para cendekiawan di Kongres ini, bersedia meneliti subjek penyatupaduan, dengan dimensi yang luas lagi menyeluruh, melakukan analisis berasaskan fakta yang tepat dan sumber yang sahih, serta merumuskan penemuan berteraskan kebenaran. Kebenaran itu hanya dapat ditegakkan atas prinsip keberanian menyatakan yang hak, betapa pahit sekalipun. Sifat sedemikian adalah sifat yang wajib diamalkan oleh setiap insan berilmu, kerana para ilmuwan yang dikenali sebagai ulama di dalam Islam, adalah pewaris para tabiin, berperanan sebagai penyuluh daripada kegelapan. 63. Semoga ALLAH Subhanahu Wata'ala melimpahkan petunjuk kepada Kongres ini untuk menemui hikmah yang sangat diperlukan dalam hasrat merangka formula Gagasan Penyatupaduan Nasional. Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. |
Siapa raja, pengguna atau peniaga? Posted: 10 Nov 2013 10:26 AM PST Oleh Rohami Shafie CUTI persekolahan akhir tahun menjelang tiba. Siapa lagi yang paling gembira semasa cuti persekolahan kalau tidak murid-murid dan para pelajar. Waktu cuti inilah pelbagai perancangan dibuat oleh ibu bapa untuk bersama-sama dengan anak-anak. Ada yang sudah merancang untuk melancong tidak kiralah sama ada di dalam mahupun di luar negara. Bagi yang bercadang melancong ke luar negara, ada di antara mereka ini sudah membeli kelengkapan persekolahan seperti baju dan seluar sekolah, beg, kasut dan alat tulis. Persiapan awal membolehkan ibu bapa tidak kelam kabut" membeli belah di saat-saat akhir. Maklumlah, bukan semua ibu bapa sanggup bersesak-sesak untuk membeli barangan dan pakaian persekolahan di saat-saat akhir. Baru-baru ini disebabkan tidak mahu bersesak-sesak membeli pakaian persekolahan di saat-saat akhir, saya berkesempatan singgah di sebuah kedai pakaian sekolah. Semasa menunggu anak-anak mencuba" pakaian mereka,, saya berbual-berbual dengan jurujual, tentang harga pakaian. Dia menyatakan harga pakaian buat masa ini masih murah tetapi apabila cuti persekolahan nanti terutamanya menjelang sesi persekolahan tahun hadapan, harga pakaian persekolahan akan meningkat. Dua alasan yang diberikannya. Pertama, permintaan tinggi ketika itu dan kedua matawang Malaysia mengalami penurunan berbanding Yuan. Di sebabkan barangan dan pakaian persekolahan diimport dari negara China, maka mahu tidak mahu harga pun terpaksa dinaikkan. Bagi sehelai baju, saya dimaklumkan oleh jurujual tersebut, dianggarkan harga meningkat di antara RM2 hingga RM3, manakala bagi beg sekolah, harganya meningkat 15 peratus! Memang benar matawang kita mengalami penurunan berbanding Yuan pada masa kini berbanding awal tahun, namun penurunan ini tidaklah begitu ketara sehinggakan terpaksa menaikkan harga pakaian dan beg dengan begitu tinggi sekali. Saya terfikir sejenak betapa peritnya bagi keluarga yang mempunyai ramai anak dan pada masa sama berpendapatan rendah. Maka, tidak hairankanlah ramai yang tertunggu-tunggu bonus tahunan diumumkan oleh majikan masing-masing bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak. Bagi yang mempunyai anak yang ramai melebihi lima orang, dianggarkan mereka terpaksa mengeluarkan wang melebihi seribu ringgit demi keselesaan anak-anak. Tidak kisahlah demi pelaburan pendidikan anak-anak, namun apa yang ingin saya utarakan adalah sikap peniaga yang cuba mengambil kesempatan ke atas pengguna. Alasan bahawa mata wang kita mengalami penurunan berbanding Yuan tidak boleh diterima sama sekali. Ini kerana harga dinaikkan melebihi penurunan matawang kita. Persoalan di sini sebagai pengguna apakah kita mampu melawan" peniaga? Kita sering mendengar kata-kata, pengguna sentiasa betul dan perlu dilayan sebagai raja" tetapi dalam konteks Malaysia, adakah ia boleh digunapakai? Di Malaysia, siapa raja", peniaga ataupun pengguna? Malang sekali, meskipun kita mempunyai banyak persatuan pengguna, tetapi akhirnya yang akan menang" adalah peniaga. Peniaga sewenang-wenangnya memberi pelbagai alasan untuk menaikkan harga. Alasan mudah seperti harga minyak naik dan harga gula meningkat digunakan berulang kali semata-mata untuk menaikkan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga. Tidak terkecuali alasan yang lebih canggih", matawang kita mengalami penurunan dan permintaan semakin meningkat, maka mahu tak mahu harga dinaikkan. Yang menjadi mangsanya tidak lain tidak bukan pengguna. Pelbagai alasan boleh diberikan hanya untuk merasionalkan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan. Inilah masalahnya apabila sikap tamak terlalu mementingkan keuntungan mengatasi sikap amanah dalam berniaga demi membantu pengguna. Kalau hendak untung sekalipun janganlah sampai cekik darah" kerana tindakan ini menindas pengguna. Diyakini peniaga yang terlalu mementingkan keuntungan dan mengabaikan kebajikan pengguna ini pun akan berasa tidak puas hati jika sebaliknya berlaku kepadanya. Ini kerana setiap daripada kita juga adalah pengguna termasuklah peniaga itu sendiri. Kenaikan harga barangan dan perkhidmatan sudah menjadi lumrah sampaikan pengguna tidak mampu membuat apa-apa. Pengguna hanya sekadar pasrah dengan kenaikan harga barangan. Sememangnya setiap kali harga barangan dan perkhidmatan dinaikkan, maka, kedengaran usaha untuk memboikot peniaga. Tidak diketahui sama ada tindakan memboikot benar-benar memberi kesan ke atas jualan peniaga dan membuatkan mereka sedar. Ini kerana terdapat peniaga di Malaysia terutamanya yang bukannya peniaga kecil-kecilan tetapi yang menguasai pasaran, mereka inilah yang selalu menggunakan kuasa kartel" untuk menindas pengguna. Disebabkan itulah, terdapat suara-suara peniaga yang mempunyai kuasa pasaran tidak puas hati apabila kementerian berkenaan ingin menghapuskan pengaruh" mereka seperti menghapuskan orang tengah", sedangkan pengguna akan mendapat manfaat yang besar apabila tiadanya orang tengah. Begitu juga, nasib pengusaha asal seperti nelayan dan petani akan lebih terbela. Bayangkan mereka inilah yang bersusah payah pergi ke laut dalam untuk mendapatkan hasil laut seperti ikan dan sotong tetapi yang mengaut keuntungan berlipat kali ganda adalah orang tengah. Orang tengah membeli hasil tangkapan nelayan dengan harga yang murah tetapi menjualnya kepada pengguna akhir dengan harga yang amat tinggi. Diharapkan cadangan yang dibuat oleh kementerian berkenaan benar-benar direalisasikan agar pengguna benar-benar mendapat manfaatnya. Selain menaikkan harga, banyak lagi situasi yang mana peniaga sering kali bertindak menindas pengguna seperti menipu tanda halal dan menjual produk yang tidak sesuai lagi untuk digunakan. Adakah sikap ini akan berterusan atau ia akan terhenti seiring dengan kemajuan negara? Sesuatu perlu dilakukan bagi memperbetulkan keadaan ini demi kemaslahatan pengguna dan rakyat secara keseluruhannya. PENULIS ialah Pensyarah Kanan Perakaunan dan Kewangan Pusat Pengajian Perakaunan (SOA) Kolej Perniagaan (COB) Universiti Utara Malaysia |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Rencana To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |