{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


Melaka akan turun harga rumah

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

Oleh AMRAN MULUP
utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 3 Nov. - Kerajaan negeri merancang menurunkan harga rumah bagi membantu lebih ramai rakyat berpendapatan rendah dan sederhana khususnya bumiputera dapat memiliki rumah kediaman mereka mulai tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ismail Othman berkata, beberapa resolusi hasil daripada seminar 'Bagaimana Hendak Mengurangkan Harga Rumah 'baru-baru ini akan dibentangkan pada mesyuarat Exco tidak lama lagi.

Menurutnya, antara perkara utama yang diberikan tumpuan ialah mengurangkan kos binaan, masalah pekerja, kadar premium tanah yang tidak setara dan caj yang tinggi dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) serta pejabat tanah dan galian di negeri ini.

''Ini adalah antara faktor utama mengapa banyak rumah yang dibina di negeri ini masih belum dibeli kerana harga yang terlalu mahal hingga menyekat golongan berpendapatan rendah memiliki rumah sendiri.

''Setakat ini, sebanyak 2,600 unit rumah bagi kuota bumiputera berharga antara RM80,000 hingga RM150,000 bernilai RM886 juta belum terjual yang mungkin disebabkan harga yang terlalu tinggi dan sebagainya," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Expo Hartanah Malaysia (MAPEX) 2013 ke-3 - Ekspo Jualan Rumah Khas Untuk Bumiputera Melaka di sini kelmarin.

Ismail berkata, kerajaan negeri dijangka mempertimbangkan resolusi tersebut serta beberapa cadangan daripada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REDHA) Melaka ke arah pengurangan kos pembangunan perumahan di negeri ini.

Dalam pada itu beliau berkata, penjualan rumah kuota bumiputera yang tidak dibeli sebenarnya boleh menghalang usaha kerajaan untuk melaksanakan pembinaan Skim Rumah Mampu Milik.

''Pihak pemaju kini dibeban dengan masalah kuota bumiputera sebanyak 2,600 unit iaitu 900 unit yang telah dibina dan 1,700 unit dalam pembinaan yang belum dibeli setakat ini," katanya.

Justeru katanya, pameran MAPEX tahun ini di Mahkota Parade menjadi platform bagi membantu golongan bumiputera membeli rumah idaman mereka.

Kerajaan sokong usaha pembangunan belia melalui persatuan

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

NORPIPAH Abdol (bertudung) bersama ahli pertubuhan GBBM pada Mesyuarat Agung GBBM Ke-36 di Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA 3 Nov. - Kerajaan sentiasa komited dan memberi sokongan penuh kepada persatuan-persatuan belia di negara ini terutamanya dalam usaha membangunkan golongan tersebut.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Warisan negeri, Datuk Norpipah Abdol berkata, pembangunan belia dipandang serius oleh kerajaan, malah usaha tersebut tidak pernah terhenti.

Menurutnya, ini jelas dilihat apabila kerajaan menyeru semua pihak dan persatuan untuk menekankan prinsip 'Memaksimumkan Potensi Belia Untuk Pembangunan Negara' dalam sebarang penganjuran program.

"Justeru, pelbagai inisiatif dan usaha murni persatuan dalam menggerakkan program pembangunan belia di negara ini disahut positif dan menjadi contoh dalam usaha mengukuhkan tali persaudaraan antara kaum di negara ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia (GBBM) di Ayer Keroh di sini hari ini.

Yang hadir sama Presiden GBBM, Low Eng Tuck dan timbalannya, Chin Vui Kai.

Jelas Norpipah, kerajaan berbesar hati dengan usaha persatuan seperti GBBM yang menggerakkan semua jenteranya di peringkat cawangan, bahagian, negeri dan pusat untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pembangunan belia di seluruh negara.

"Antaranya termasuklah Program Tanaman Bunga Kebangsaan Sempena Hari Malaysia dan Program Penggerak Perpaduan dan Patriotisme yang dilihat dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia," ujarnya.

Sementara itu, Eng Tuck berkata, generasi muda mesti dan perlu terlibat dalam usaha meningkatkan perhubungan antara budaya, dialog budaya berasaskan toleransi dan pemahaman antara agama.

"Oleh itu, GBBM menyeru generasi muda di negara ini supaya mengamalkan semangat kesukarelaan dan jati diri untuk menyumbang tenaga demi pembentukan masyarakat majmuk dan maju," jelasnya.

Empat lanun aktif curi bot, enjin diberkas

Posted: 03 Nov 2013 10:17 AM PST

Mohd. Fauzi Mohd. Zainal menunjukkan kerosakan pada botnya selepas penjenayah yang mencuri bot tersebut merempuh bot kastam di Kuala Lukut Chuah, Port Dickson, semalam.

TELOK KEMANG 3 Nov. - Pihak berkuasa menumpaskan sekumpulan lanun warga Indonesia yang aktif mencuri enjin dan bot fiber milik nelayan di perairan ini hasil tangkapan empat lelaki di Kuala Lukut di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supritendan Abd. Wahab Harun berkata, kumpulan lelaki berasal dari Pulau Rupat, Indonesia itu ditahan oleh anggota peronda Jabatan Kastam ketika mereka cuba melarikan tiga buah bot berserta enjin milik nelayan di Jeti Zainal Kampung Kuala Lukut Chuah di sini.

Menurutnya, empat suspek warga Indonesia yang menaiki sebuah bot fiber itu pada mulanya dikesan melarikan tiga buah bot fiber beserta enjin milik nelayan di jeti itu kira-kira pukul 3.50 pagi.

"Beberapa nelayan yang menyedari kejadian itu cuba mengejar suspek namun gagal kerana keadaan gelap sebelum membuat laporan polis.

"Bagaimanapun, ketika berada di perairan Chuah suspek terserempak dengan sebuah bot peronda Jabatan Kastam yang mengarahkan semua mereka berhenti sebelum menahan suspek," katanya di sini hari ini.

Ujarnya, penguat kuasa Jabatan Kastam juga terpaksa melepaskan beberapa das tembakan amaran apabila salah seorang penjenayah dalam sebuah bot yang ditahan cuba melarikan diri dan hampir merempuh bot yang dinaiki mereka.

"Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek berusia 18 hingga 35 tahun itu bukan warganegara ini dan disyaki berasal dari Pulau Rupat, Indonesia.

"Kita juga menjumpai tiga bilah parang dan satu tukul besi dalam salah sebuah bot yang ditahan ini," jelasnya.

Tambah beliau, pihak polis percaya dengan tertangkapnya semua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan beberapa kes kecurian bot dan enjin milik nelayan di kawasan ini sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, kesemua suspek sanggup merentas lautan untuk mencuri bot dan enjin di negara ini sebelum menjualnya di negara mereka.

"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat dengan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Jabatan Kastam dan agensi penguatkuasaan yang lain bagi membanteras aktiviti jenayah ini.

"Semua suspek kita tahan reman selama 14 hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959," ujarnya.

Sementara itu, mangsa, Mohd. Fauzi Mohd. Zainal, 35, yang juga pengusaha sewa bot dan kelong memancing memberitahu, dalam kejadian itu dia kerugian hampir RM50,000 berikutan kerosakan pada botnya.

"Mereka melarikan dua buah bot milik saya serta sebuah bot milik Persatuan Koperasi Pelanduk 2020 yang telah dipotong tali penambat," katanya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat