Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Shahidan mahu FAM beri penjelasan Posted: 16 Nov 2013 10:51 PM PST Oleh ZAMZURINA AHMAD ROMPIN 17 Nov.- Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mahu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberi penjelasan secara bertulis mengenai kedudukannya selepas Artikel 88 di bawah Statut FAM 2010-2014 dipinda. Bekas Presiden Bola Sepak Perlis itu juga mahu FAM memulangkan denda RM39,000 yang dikenakan ke atasnya sebelum ini. Katanya, setakat ini beliau tidak mendapat sebarang kenyataan rasmi daripada badan induk itu mengenai kedudukannya yang digantung dua tahun walaupun akta tersebut dipinda. - UTUSAN ONLINE |
Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST Oleh ZAZALI JAMIAN Timbalan Presiden FAS, Datuk Abdul Mokhtar Ahmad (kanan) memperkenalkan Mehmet Durokovic kepada media di Petaling Jaya, semalam. - MINGGUAN/WAHIDIN SALIM PETALING JAYA - Jurulatih baharu yang juga bekas kapten Selangor Mehmet Durakovic menyuarakan keinginannya mahu mendapatkan penyerang kebangsaan Safee Sali bagi menguatkan kempen The Red Giants menghadapi Liga Malaysia musim depan. Durakovic berkata, dia akan cuba untuk menggunakan peranannya sebagai jurulatih Selangor bagi mempengaruhi Safee agar kembali semula menyertai The Red Giants. "Bagi saya Safee masih pemain yang bagus untuk dimiliki tambahan pula pengalamannya amat diperlukan. "Bagaimanapun, itu semua terpulang kepada pihak pengurusan tertinggi untuk membuat keputusan sama ada mahu terus berusaha mendapatkan pemain tersebut atau sebaliknya," katanya kepada pemberita dalam satu majlis memperkenalkan jurulatih tersebut di sini, semalam. Durakovic yang juga bekas pemain kebangsaan Australia yang berasal dari Montenegro memeterai kontrak selama tiga tahun bersama The Red Giants dan akan memulakan tugasnya untuk persiapan menghadapi kempen Liga Malaysia 2014 pada Isnin ini. Sementara itu Durakovic memberitahu, kedatangannya ke Selangor bertujuan mengembalikan semula kegemilangan The Red Giants yang pernah disertai dahulu. "Selepas 15 tahun saya kembali semula ke Selangor dan ada banyak yang perlu dilakukan termasuk memperkasakan pemain muda dimiliki Selangor ketika ini. "Saya juga berterima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) kerana memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengendalikan pasukan ini. ''Malah, saya akan berusaha memberikan yang terbaik pada saingan Liga Malaysia musim depan," kata Durakovic. Durakovic, 48, pernah bersama Selangor sepanjang musim 1995 hingga 1998 dan sepanjang tempoh tersebut bekas jurulatih Melbourne Victory itu telah membantu meraih tiga gelaran Piala Malaysia iaitu pada tahun 1995, 1996 dan 1997. Pemilihan Durakovic ini bermakna dia menjadi jurulatih asing pertama Selangor sejak sembilan tahun lalu dengan Omar Rueben Larossa menjadi pengendali terakhir pada tahun 2004. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |