{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Celik ilmu pelaburan meningkat

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Anuar Mohd. (tiga kanan) dan ahli-ahli Koperasi Rakyat Kelantan Berhad menunjukkan tanda isyarat bagus sebagai simbolik merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali kedua koperasi tersebut di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - MINGGUAN/ROSMIZAN RESDI

KOTA BHARU 16 Nov. - Tahap kesedaran rakyat terutama di negeri ini terhadap pelaburan semakin meningkat apabila permintaan untuk pendaftaran koperasi mencecah 100 permohonan sepanjang tahun ini.

Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Kelantan, Anuar Mohd. berkata, berdasarkan jumlah permohonan tersebut, menunjukkan masyarakat sudah mula sedar kepentingan pelaburan dalam koperasi.

Menurutnya, sehingga kini terdapat hampir 670 koperasi yang berdaftar di negeri ini dan daripada jumlah itu hanya 10 hingga 20 peratus yang tidak aktif.

"Daripada peratusan koperasi yang tidak aktif itu, hanya sebahagian kecil pendaftarannya dibatalkan kerana sudah melebihi tempoh selama tiga tahun.

"Selain itu, pendaftaran tersebut juga akan dibatalkan sekiranya bilangan anggota serta keahlian tidak mencapai bilangan minimum iaitu seramai 50 orang ahli bagi setiap koperasi," katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Kali kedua Koperasi Rakyat Kelantan Berhad 2013 di Kelantan Trade Centre di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengerusi Koperasi Rakyat Kelantan Berhad, Mohd. Sabri Abdullah.

Anuar berkata, walaupun tahap kesedaran rakyat terhadap pelaburan koperasi semakin meningkat, masih ada segelintir yang masih kurang yakin dengan konsep koperasi itu sendiri.

"Konsep koperasi yang perlu ditekankan ialah kerjasama antara anggota untuk mencapai tujuan yang sebenar kerana modal serta komitmen daripada ahli sangat penting.

"Masyarakat kebanyakannya memang mahu melabur tetapi kerana kurang keyakinan menyebabkan mereka mengambil jalan untuk melihat dahulu apa yang koperasi boleh beri kepada ahlinya.," katanya.

Beliau berkata, sesebuah koperasi perlu mempunyai matlamat khusus dan setiap amanat ahli harus dipegang bagi mengelak sebarang penyelewengan berlaku," katanya.

300 murid sertai kempen keselamatan jalan raya Allianz 2013

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KOTA BHARU 16 Nov. - Hampir 300 murid sekolah rendah menyertai kempen advokasi keselamatan jalan raya sekolah rendah yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tapang, dekat di sini baru-baru ini.

Kempen anjuran Allianz Malaysia dengan kerjasama Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) itu bertujuan memupuk kesedaran keselamatan jalan raya dalam kalangan murid sekolah dan golongan dewasa berikutan kes kemalangan maut yang meningkat saban tahun.

Pengurus Allianz Cawangan Kota Bharu, Wan Salma Wan Sulaiman berkata, kempen itu juga salah satu usaha pihaknya mengurangkan jumlah kemalangan dalam kalangan kanak-kanak di negeri ini.

"Tahun ini kita menumpukan kepada sekolah-sekolah rendah kerana kemalangan melibatkan kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun adalah yang tertinggi," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Katanya, berdasarkan kajian yang dijalankan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS) pada 2011 sebanyak 18.5 peratus kematian akibat kemalangan jalan raya melibatkan pejalan kanak-kanak berumur 10 hingga 14 tahun dicatatkan.

Menurutnya, sebelum memulakan kempen bertema 'Mula Semasa Mereka Muda' itu, para pelajar diberi asas mengenai keselamatan jalan raya yang mana mereka perlu mengambil bahagian dalam aktiviti yang dianjurkan.

"Program ini memberi penekanan kepada lima elemen iaitu keselamatan jalan raya, bagaimana untuk menyeberangi jalan raya dengan selamat menggunakan 'lintasan zebra', memahami lampu isyarat, memakai topi keledar untuk basikal dan motosikal, mengamalkan tabiat memakai tali pinggang keledar serta mematuhi peraturan keselamatan jalan raya asas dan papan tanda," ujarnya.

Festival Teater Terengganu mulai hari ini

Posted: 16 Nov 2013 10:15 AM PST

KUALA TERENGGANU 16 Nov. - Sebanyak 12 kumpulan akan bersaing dalam Festival Teater peringkat negeri Terengganu 2013 yang dijadual berlangsung di sini mulai esok hingga 23 November ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Terengganu, Zahari Mat berkata, hadiah wang tunai bernilai lebih RM8,000 ditawarkan kepada para pemenang untuk dua kategori iaitu monodrama dan teater moden.

Selain itu, pihaknya turut menyediakan hadiah sampingan untuk kategori sinografi terbaik, pelakon terbaik, pelakon pembantu terbaik, pelakon harapan terbaik untuk kategori lelaki dan wanita.

"Melalui festival dwitahunan ini, kita akan memilih wakil negeri untuk bertanding di peringkat kebangsaan,'' katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, bagi monodrama, antara kumpulan yang telah mengesahkan penyertaan ialah Kelab Teater Layar Opera Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Grup Teater Asyik Terengganu, Aura Production, Pertubuhan Kebudayaan dan Kesenian Daerah Setiu, Is Nur Teater dan sebagainya.

"Kategori teater moden pula disertai oleh Dramatic Pictures, Kumpulan Kesenian Orang Ulu (Keulu), Seni Pujangga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun, Terengganu; Pertubuhan Teater Tamu Terengganu (Tetamu) dan Kelab Teater Layar Opera (UMT).

"Kesemua kumpulan ini akan membuat persembahan secara bergilir-gilir setiap malam sepanjang festival berkenaan di Auditorium Kompleks JKKN Terengganu di Kuala Ibai di sini," ujar beliau.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat