{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


Sedia hadapi musim banjir

Posted: 22 Nov 2013 11:25 AM PST

Oleh NURUL AKMAR AIDA SUHAIMI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 22 Nov. - Jabatan Kesihatan Kelantan bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi penyakit berjangkit ketika musim banjir yang bakal melanda negeri ini tidak lama lagi.

Pengarahnya, Datuk Dr. Ahmad Razin Ahmad Mahir berkata, pihaknya sentiasa memantau perkembangan kesihatan orang ramai di setiap kawasan yang sering dinaiki air di seluruh negeri ini.

Dalam masa yang sama, beliau meminta orang ramai menjaga kebersihan kerana penyakit berjangkit mudah merebak pada ketika itu.

"Kita akan meningkatkan pengawasan di kawasan-kawasan yang sering dinaiki air kerana musim tengkujuh sudah bermula.

"Selain itu, kita juga akan memantau perkembangan kesihatan mangsa banjir bagi memastikan tidak ada kes berjangkit berlaku," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tentang persedian jabatan itu bagi menghadapi musim tengkujuh yang baru bermula di negeri ini.

Ahmad Razin berkata, pihaknya juga menasihati orang ramai supaya mengadakan gotong-royong ketika cuaca kembali cerah.

"Orang ramai yang menghidap demam, batuk atau simptom seperti cirit-birit dan muntah-muntah seeloknya segera mendapatkan rawatan bagi mencegah sebarang jangkitan kuman semasa musim banjir ini," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga menasihati ibu yang akan melahirkan anak dan tinggal di kawasan rendah pada musim banjir supaya berpindah ke rumah waris atau ke hospital.

"Ini bagi mengelakkan mereka mengalami kesulitan untuk bersalin sekiranya berlaku banjir di tempat mereka," katanya.

Muhamad Pehemi Exco baharu Terengganu

Posted: 22 Nov 2013 11:25 AM PST

Muhammad Pehimi Yusof mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu yang baharu di Istana Syarqiyyah Kuala Terengganu, Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 22 Nov. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jerteh, Muhamad Pehimi Yusof dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu dalam satu istiadat di Istana Syarqiyyah di sini semalam.

Istiadat pelantikan itu serta majlis angkat sumpah berlangsung di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.

Majlis itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said; Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari dan Speaker Dewan Undangan Negeri, Mohd. Zubir Embong.

Sewaktu ditemui pemberita selepas majlis itu, Muhamad Pehimi menyatakan rasa terharu dengan pelantikan itu dan beliau mengucapkan setinggi penghargaan atas kepercayaan yang diberi pucuk pimpinan kerajaan.

Beliau seterusnya berjanji untuk berusaha sedaya upaya dalam memikul amanah serta tanggungjawab demi kepentingan rakyat Terengganu.

"Saya amat terharu dan saya ucap setinggi terima kasih kepada pucuk pimpinan kerajaan negeri atas kepercayaan melantik saya sebagai Exco Kerajaan negeri, saya berjanji akan memikul amanah ini dengan sebaik mungkin.

"Buat masa ini saya belum tahu apa portfolio yang akan saya pegang, malah saya difahamkan perkara itu hanya akan diketahui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan negeri nanti," katanya sambil menambah, beliau bersedia menerima apa juga bidang tugas yang diamanahkan kepadanya.

Muhamad Pehimi yang berkelulusan diploma dalam bidang pertanian sebelum ini menjawat jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri selain pernah menjadi ADUN Kota Putera.

Pada masa ini, portfolio bagi Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri masih belum diisi berikutan kematian penyandangnya yang juga bekas ADUN Kuala Besut, Allahyarham Dr. A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

MOSTI tumpu dana penyelidikan di Pantai Timur

Posted: 22 Nov 2013 11:25 AM PST

Ewon Ebin

KUALA TERENGGANU 22 Nov. - Negeri-negeri di Pantai Timur berpotensi menjadi penyumbang utama dalam penyelidikan sains dan teknologi terutamanya dalam bidang akuakultur, tenaga boleh diperbaharui, perikanan serta pertanian.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Ewon Ebin berkata, wilayah ini yang kaya dengan sumber alam semula jadi seperti flora dan fauna membolehkan lokasinya menjadi tumpuan dan dijayakan melalui penyaluran dana penyelidikan, pembangunan dan pengkomersialan di bawah kementerian itu.

Katanya, dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), sebanyak 107 projek penyelidikan telah diluluskan di Zon Timur di bawah dana kementerian dengan jumlah peruntukan sebanyak RM63.88 juta.

Tambahnya, daripada jumlah itu, sebanyak 44 projek dilaksanakan oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan pembiayaan bernilai RM10.3 juta sementara 14 projek dengan pembiayaan sebanyak RM11.16 juta diluluskan kepada Universiti Malaysia Pahang (UMP) manakala setakat ini masih tiada peruntukan untuk Universiti Malaysia Kelantan (UMK).

"Untuk tempoh Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) pula, sebanyak 35 projek bernilai RM14.59 juta telah diluluskan iaitu 20 projek untuk UMT berjumlah RM4.85 juta manakala untuk UMP sebanyak lapan projek dengan pembiayaan RM1.44 juta," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam Program Sesi Dialog Bersama Penerima dan Pemohon Dana MOSTI di UMT dekat sini semalam.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Dr. Rosli Mohamed; Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UMT, Prof. Dr. Mohd. Effendy Abdul Wahid dan Timbalan Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan UMT, Prof. Madya Dr. Mohd. Zul Helmi Rozaini.

Ewon berkata, siri sesi dialog di seluruh negara ini membolehkan pihak kementerian menerangkan dengan lebih jelas tentang dana di bawah MOSTI dalam usaha menggalakkan lebih banyak penyelidikan dilakukan.

Dalam pada itu, beliau berkata, selain penggalakkan dalam penghasilan penyelidikan, MOSTI bersama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) menerusi program Jejak Inovasi turut menjejak produk-produk inovasi yang dihasilkan oleh masyarakat di Zon Timur.

Jelasnya, pelbagai produk yang dihasilkan oleh penduduk tempatan khususnya di negeri ini telah dikenalpasti berpotensi untuk dikomersialkan dalam industri.

"Kita bukan sahaja menggalakkan mereka di universiti menghasilkan penyelidikan bahkan masyarakat juga kita beri peluang bagi menginovasikan produk mereka agar dapat bersaing dengan produk antarabangsa, sekali gus meningkatkan produktiviti," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat