{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


MITI dekati pelajar IPT

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Oleh ROSMIZAN RESDI
utusankelantan@utusan.com.my

Azran Deraman beramah mesra dengan sebahagian 120 peserta selepas merasmikan Seminar Cabaran dan Isu Pemanasan Global di Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 23 Nov. - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) terus memainkan peranan mendekati golongan muda khususnya pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) melalui penganjuran program yang berasaskan strategi pemasaran global.

Pengarah MITI Kelantan, Azran Deraman berkata, golongan muda adalah sasaran utama yang perlu menerima pendedahan seawal mungkin tentang cara-cara pengurusan perniagaan antarabangsa.

Menurutnya, ini adalah selaras dengan hasrat Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed untuk menjadikan MITI sebagai ejen penyampai maklumat kepada anak-anak muda.

"Menerusi program yang dianjurkan MITI, golongan muda terutamanya pelajar-pelajar akan didedahkan dengan pelbagai maklumat dalam bidang perniagaan serta pemasaran.

"Selain itu, mereka turut diberi pemahaman yang lebih jelas tentang halangan-halangan yang bakal dihadapi jika menembusi pasaran global," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Cabaran dan Isu Pemanasan Global anjuran MITI dengan kerjasama Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini kelmarin.

Yang turut hadir Pengarah SME Bank Kelantan, Abdul Halim Abdullah; Pengarah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) Kelantan, Ismadi Ismail; Pengarah SME Corporation Malaysia (SME Corp) Kelantan, Nik Muhd. Kamil Ismail dan Pengarah Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) Wilayah Timur, Hasziah Mat Yazid.

Dalam seminar tersebut, sebanyak 120 pelajar UiTM tahun akhir dalam bidang Sarjana Muda Pemasaran telah menyertai perbincangan tentang cabaran serta persaingan dalam pemasaran global bersama beberapa penceramah jemputan.

Azran berkata, penganjuran program sebegini akan diteruskan dan diperluaskan pada masa akan datang bagi memberi keberkesanan kepada para pelajar IPT.

"Saya berharap setiap pendekatan tentang isu-isu yang berkaitan pemanasan global dapat digunakan sebaik mungkin oleh setiap peserta," katanya.

Sementara itu, seorang peserta, Muhamad Budiman Zaharudin, 22, berkata, pendedahan ini telah membuka peluang kepada pelajar untuk memahami selok-belok perniagaan sebenar.

"Selain mengupas pelbagai isu, ia turut membuka mata dan mendorong saya untuk terus maju kerana orang Melayu juga mampu berdaya saing ke peringkat antarabangsa," katanya.

Jailani Timbalan Pengerusi UMNO Terengganu

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

HULU TERENGGANU 23 Nov. - Badan Perhubungan UMNO Terengganu kini mempunyai timbalan pengerusi baharu dengan pelantikan Datuk Jailani Johari yang berkuat kuasa serta-merta.

Jailani yang juga Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata, pelantikannya diumum oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di ibu negara, Khamis lepas.

"Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pucuk pimpinan parti kerana memberi kepercayaan kepada saya menggalas jawatan yang amat penting terutamanya bagi UMNO negeri Terengganu," katanya ketika ditemui dalam majlis berkhatan dan memasak bubur asyura anjuran Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir, Yusof Awang Hitam di sini hari ini.

Beliau juga berikrar untuk memberi sokongan penuh kepada Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan bersama-sama dengan barisan kepimpinan negeri untuk memantapkan lagi UMNO Terengganu.

Sebelum ini jawatan itu disandang oleh Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan II.

Majlis berkhatan itu disertai 75 murid tahun tiga dan enam dari kawasan DUN berkenaan. - BERNAMA

Karnival banteras jenayah 30 Nov.

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

KOTA BHARU 23 Nov. - Polis Kelantan akan menganjurkan Karnival Bersatu Menentang Jenayah selama dua hari bermula 30 November ini bagi meningkatkan kesedaran masyarakat untuk bersama-sama membanteras jenayah di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, karnival yang diisi dengan pelbagai program menarik itu akan diadakan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong dekat sini.

Beliau berkata, pihaknya menjangkakan lebih 12,000 orang akan hadir dalam karnival yang diadakan bermula dari pukul 8 pagi itu.

"Antara program yang diadakan ialah pameran, mini tatu, demonstrasi pencegahan jenayah, pertunjukan unit gempur Polis Marin dan pertunjukan bunga api.

"Program sebegini adalah julung kali diadakan dan mempunyai keunikan tersendiri kerana melibatkan semua pihak dengan mengetepikan sentimen politik bagi mencapai objektif utama dalam membanteras dan menyampaikan maklumat berkaitan trend jenayah semasa," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Jalaluddin berkata, karnival itu akan dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan orang ramai dijemput hadir.

Katanya, selain memberi kesedaran kepada masyarakat, objektif perlaksanaan program sedemikian adalah untuk memperkukuhkan dan mengeratkan hubungan antara polis dengan masyarakat.

"Kita juga mahu memberi kesedaran kepada orang awam tentang pentingnya bekerjasama dengan pihak polis dalam konteks penyaluran maklumat supaya aktiviti jenayah yang berlaku dapat dikawal seterusnya dibendung demi kesejahteraan umum.

"Selain karnival, polis sentiasa berusaha untuk merapatkan hubungan dengan masyarakat dengan membuka tawaran kepada orang ramai untuk menyertai Sukarelawan Polis (PVR) bagi mereka yang layak," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat