{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Timur

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Timur


UniSZA terima pengiktirafan Jepun

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
utusanterengganu@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 5 Nov. - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) bakal melakar satu lagi sejarah apabila ditawar geran penyelidikan nasional bernilai RM30 juta setahun bersama Universiti Tokushima, Jepun yang akan ditandatangani awal tahun depan.

Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Yahaya Ibrahim berkata, kerjasama itu bakal berlangsung selama sembilan tahun melibatkan geran penyelidikan dalam bidang robotik dan bioperubatan.

Katanya, ia akan dilaksanakan di bawah penyelenggaraan Fakulti Reka Bentuk dan Teknologi Kejuruteraan (FRTK) UniSZA merangkumi pelbagai aspek kepakaran termasuk membina rangkaian dengan syarikat teknologi di negara itu.

"Kita berharap kerjasama ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua universiti selain mewujudkan jaringan kerjasama dalam bidang lain termasuk akademik meliputi penyelidikan, pertukaran pelajar dan staf serta penganjuran seminar secara bersama," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini baru-baru ini.

Kerjasama itu diumumkan Universiti Takushima dalam satu kunjungan UniSZA ke Jepun pada 16 hingga 24 Oktober lalu yang diketuai Yahaya bersama Dekan FRTK, Prof. Dr. Mohd. Rizon Mohamed Juhari dan Ketua Pusat Reka Bentuk, Dr. Mohd. Hisham Omar.

Dalam kunjungan itu, UniSZA turut menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Universiti Okayama yang diwakili oleh Prof. Dr. Keigo Watanabe bertujuan memfokuskan kerjasama antara dua universiti itu dalam aspek pengajaran, penyelidikan dalam bidang robotik, kejuruteraan komputer dan teknologi komunikasi.

Melalui MoU itu, dua orang pensyarah perubatan Universiti Okayama yang merupakan pakar bius akan dihantar untuk berkhidmat di UniSZA selama dua tahun.

Mengulas lanjut, Yahaya berkata, UniSZA menjadi universiti pertama di negara yang menandatangani MoU bersama Universiti Okayama dan ia merupakan inisiatif UniSZA untuk lebih berdaya saing di peringkat global.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, UniSZA turut mendapat sokongan daripada sebuah syarikat pembuatan robot di Jepun, A life Robotics Corporation, apabila Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Masanori Sugisaka bersetuju untuk menjadi penasihat kepada penubuhan program teknologi robotik di FRTK.

Tambahnya, persetujuan itu dimeterai melalui satu lagi MoU di antara UniSZA dan syarikat berkenaan bertujuan memberi satu lonjakan paradigma kepada pelajar-pelajar yang berminat dalam teknologi robotik selari dengan penubuhan program Ijazah Sarjana Muda dalam bidang robotik.

"Kerjasama lain yang turut dibincangkan ialah dalam penyelidikan robotik, penganjuran persidangan antarabangsa, melatih staf UniSZA di dalam bidang robotik industri serta memohon geran penyelidikan kerajaan Jepun (JSPJ)," katanya.

UiTM Shah Alam ulangi keunggulan juarai Karisma 2013

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Khairy Jamaluddin (tengah) bersalaman dengan atlet pada majlis penutup Karnival Sukan Mahasiswa Universiti Teknologi Mara (Karisma) di Dungun, Terengganu, baru-baru ini.

DUNGUN 5 Nov. - Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sekali lagi membuktikan keunggulannya apabila muncul juara keseluruhan Karnival Sukan Mahasiswa UiTM (Karisma) 2013 di kampus UiTM Terengganu di sini baru-baru ini.

Pada karnival yang sama tahun lalu, UiTM kampus Shah Alam turut merangkul juara keseluruhan pada temasya yang diadakan secara tahunan itu.

Karisma 2013 berlangsung selama tujuh hari bermula 25 Oktober lalu dengan UiTM Terengganu kampus Dungun selaku tuan rumah.

Lebih 20 acara dipertandingkan pada kejohanan kali ini yang disertai 15 kontinjen dari UiTM seluruh negara membabitkan kira-kira 5,000 atlet.

Antaranya acara bola baling dengan johan disandang UiTM Perlis diikuti Kolej Bersekutu menjuarai bola sepak pantai lelaki, UiTM Terengganu (bola sepak pantai wanita), UiTM Sabah (bola tampar pantai) manakala UiTM Shah Alam menjuarai acara ragbi.

Majlis penutup Karisma 2013 disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin di Dewan Aspirasi UiTM kampus Dungun, semalam yang seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Yang hadir sama, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UiTM, Prof. Datuk Dr. Abdullah Mohamed Said dan Timbalan Rektor UiTM Terengganu, Azahari Abdul Aziz.

Pada majlis itu, UiTM Melaka turut diumumkan sebagai tuan rumah Karisma 2014.

Sasar 70 peratus lepasan Kolej Vokasional dapat pekerjaan

Posted: 05 Nov 2013 10:39 AM PST

Zainuren Mohd. Nor (berdiri empat dari kanan) bergambar bersama pemenang dikir barat Karnival Asrama Vokasional dan Teknik 2013 di Kolej Vokasional Pasir Mas, Kelantan, baru-baru ini. - UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS 5 Nov. - Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyasarkan sebanyak 70 peratus pelajar lepasan Kolej Vokasional mendapat pekerjaan sebaik sahaja menamatkan pengajian dalam bidang kemahiran.

Timbalan Pengarah Pengoperasian Sekolah, Zainuren Mohd. Nor berkata, pihaknya yakin sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan sukatan pelajaran yang mengikuti kehendak semasa pemain industri.

Menurutnya, pelajar yang mengikuti pengajian di Kolej Vokasional ini dedahkan dengan pembelajaran dalam bentuk teori sebanyak 30 peratus dan selebihnya dalam bentuk latihan.

"Pelajar ini akan mengikuti pengajian selama empat tahun tiga bulan dan sebelum menamatkan pengajian mereka akan menjalani latihan industri bagi memantapkan lagi ilmu kemahiran sebelum melangkah ke alam pekerjaan sebenar.

"Untuk makluman, kelulusan pelajar yang mengikuti pengajian di kolej ini bertaraf diploma atau Sijil Latihan Kemahiran Tahap IV dan melayakkan mereka untuk diterima masuk ke dalam dunia pekerjaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Asrama Vokasional dan Teknik (KAVoT) 2013 di Kolej Vokasional Pasir Mas, dekat sini hari ini.

Zainuren memberitahu, baki 20 peratus lagi pelajarnya dijangka akan melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi, manakala selebihnya menceburkan diri dalam bidang keusahawanan.

Katanya, semua pelajar yang mengikuti pengajian di kolej ini adalah lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

"Kita menyediakan sebanyak 53 kursus dalam pelbagai bidang kemahiran dalam usaha melahirkan lebih ramai tenaga mahir di masa hadapan.

"Selain itu, para pelajar turut dibekalkan dengan kemahiran akademik, kendiri dan sebagainya bagi memastikan mereka dibekalkan dengan ilmu secukupnya," ujarnya.

Tambahnya, subjek yang diajar di Kolej Vokasional turut dipelajari oleh penuntut di Institut Latihan Perindustrian (ILP) di seluruh negara dan beberapa buah kolej swasta.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat