{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Ketengahkan keunikan bubur asyura

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Badrol Hisham Hashim (dua dari kiri) bersama Suraya Yaacob (empat dari kiri), Badruddin Amiruldin (kanan) dan Pengarah Bahagian Pengiklanan, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia, Datuk Abdul Khani Daud (kiri) mengacau bubur asyura ketika program Karnival Asyura Negeri Kedah 2013 di Menara Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 23 Nov. - Lebih 300 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini bergotong-royong menyediakan 41 kawah bubur asyura bagi menyemarakkan sambutan Maal Hijrah 1435 di pekarangan Menara Alor Setar di sini hari ini.

Karnival Asyura Kedah itu dianjurkan oleh Tourism Malaysia Kedah dengan kerjasama kerajaan negeri, Buraqoil, Menara Alor Setar, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

Persiapan dilakukan seawal pukul 8 pagi oleh para peserta untuk menyediakan bubur asyura dengan pelbagai resipi agensi masing-masing sebelum diedarkan kepada orang ramai yang melintasi jalan utama berhadapan Menara Alor Setar dan mereka berkunjung ke situ selain di hotel-hotel.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan negeri, Badrol Hisham Hashim; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pertanian dan Asas Tani serta Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Suraya Yaacob; Pengerusi FAMA, Tan Sri Badruddin Amiruldin; Pengarah Tourism Malaysia Kedah, Roslan Othman dan Pengurus Besar Menara Alor Setar, Haslinda Abdul Rashid.

Karnival sehingga pukul 5 petang itu turut dimeriahkan dengan aktiviti lain seperti persembahan The Tariking, persembahan artis, kuiz pelancongan, silat, demonstrasi mengisar beras dan persembahan pancaragam pelajar sekolah.

Badrol Hisham berkata, selain menyemarakkan kedatangan bulan Muharam dan tahun baru kalendar Islam, karnival berkenaan juga mengeratkan ukhuwah sesama jabatan dan NGO di negeri ini serta memperkenalkan menu tersebut kepada para pelancong khususnya dari luar negara.

Katanya, karnival juga adalah sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 untuk mewujudkan kepekaan masyarakat terhadap kempen tersebut seterusnya menjadi program Pelancongan Berasaskan Kemasyarakatan (CBT) sebagai salah satu aktiviti pelancongan di Kedah.

"Ini juga memberi peluang kepada pelancong yang berkunjung ke Kedah untuk turut serta dalam komuniti tersebut bagi menimba pengalaman baharu dan merasai aktiviti masyarakat tempatan.

"Para pelancong gemar pada perkara unik dan bubur asyura merupakan makanan tradisional istimewa yang boleh diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Kemungkinan karnival ini diadakan setiap tahun dan lebih besar lagi pada tahun depan," kata beliau kepada pemberita selepas melancarkan karnival tersebut.

Dalam pada itu, Roslan berkata, Tourism Malaysia Kedah cuba mempromosikan bubur asyura sebagai salah satu produk pelancongan dengan mempelopori penganjuran karnival seumpama itu yang mendapat sambutan menggalakkan daripada 41 agensi kerajaan, swasta dan NGO.

Katanya, ini secara tidak langsung dapat mengetengahkan bubur asyura utara kepada orang ramai dan pelancong.

"Penyediaan bubur asyura mempunyai pelbagai cita rasa mengikut wilayah seperti di selatan dan timur tanah air. Secara tidak langsung kita mulakan dengan Kedah dan merupakan satu promosi kepada semua," katanya.

Aliran trafik: Atasi kekeliruan pengguna

Posted: 23 Nov 2013 10:07 AM PST

Ooi Zhi Yi

PULAU PINANG 23 Nov. - Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa mengatasi kelemahan sistem aliran trafik sehala yang diperkenalkan di beberapa jalan utama khususnya di sekitar Pulau Tikus dan Persiaran Gurney.

Setiausaha Pemuda Gerakan negeri, Ooi Zhi Yi berkata, langkah itu perlu memandangkan lebih 100 aduan diterima pihaknya mengenai sistem berkenaan terutama sistem aliran baharu trafik di kawasan tersebut yang diperkenalkan Julai lalu.

Menurutnya, Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dilihat gagal meletakkan papan tanda mencukupi bagi memaklumkan pertukaran sistem jalan berkenaan daripada dua hala kepada sehala.

"Sebelum ini MPPP melakukan tempoh percubaan untuk peralihan sistem aliran trafik di jalan-jalan terbabit tetapi masih ramai pengguna jalan raya yang keliru dengan perkara ini terutama pelancong.

"Garisan-garisan penanda arah lama tidak dicat atau dipadamkan dengan sempurna dan masih jelas dapat dilihat, sekali gus mengundang kekeliruan kepada pengguna," katanya ketika ditemui semasa membuat tinjauan aliran trafik di Jalan Kelawai di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutuan (JKKKP) Ladang Hong Seng, Saravanan Kumar.

Bermula hujung Julai lalu, lebih 20 jalan di sekitar Pulau Tikus seperti Jalan Kelawai, Jalan Burma, Jalan Pemenang, Jalan Concordia, Lorong Kuching, Lorong Pulau Tikus, Lorong Leandros, Lebuh Raya Maktab dan sebahagian Jalan Cantonment ditukar menjadi laluan sehala.

Zhi Yi yang juga Ketua Pemuda Gerakan Bukit Bendera dalam pada itu menambah, sekiranya MPPP gagal mengatasi masalah dan kelemahan tersebut, pihaknya khuatir berlaku kesesakan trafik yang lebih teruk memandangkan ketika ini musim cuti persekolahan dan beberapa perayaan besar bakal disambut tidak lama lagi.

"Kita juga minta penghadang jalan bersifat sementara yang digunakan untuk menutup beberapa laluan ditukar kepada konkrit bagi menjamin keselamatan orang ramai dan mohon kerajaan negeri mengkaji semula kedudukan papan tanda yang menunjukkan aliran trafik baru agar diletakkan di tempat yang lebih strategik.

"Kemalangan kecil sering kali terjadi kerana pengguna tidak dapat melihat dengan jelas papan tanda baharu yang diletakkan itu," katanya.

Selain itu katanya, peralihan sistem aliran trafik yang diperkenalkan bukan sahaja menyebabkan trafik semakin sesak malah turut memberi kesan kepada pendapatan peniaga di jalan-jalan terlibat.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat