{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Asah kemahiran

Posted: 02 Jan 2014 04:52 PM PST

Pada wajah mereka ada keceriaan walaupun suatu masa dulu perjalanan hidup tidak semanis seperti diimpikan.

Akui sebahagian ahli Persatuan Wanita dan Ibu Tunggal Nur Iman Kuala Lumpur & Selangor (WITUS) yang terdiri daripada golongan asnaf dan ibu tunggal itu, dulu hidup mereka dirundung derita dan kepayahan disebabkan kekangan kewangan.

Kini, selepas menyertai WITUS, mereka mendapat sinar cahaya untuk meneruskan sisa kehidupan.

Pengerusinya, Shiella Tukimin, berkata objektif utama penubuhan WITUS adalah untuk membantu golongan terbabit berdiri di atas kaki sendiri.

"Dengan lain, kami mahu mengajar wanita berdikari dan tidak mengharapkan bantuan semata-mata," katanya ketika ditemui di pejabat WITUS yang beroperasi di Gerai Majlis Perbandaran Selayang, Taman Sri Selayang, Batu Caves, baru-baru ini.

Usaha perniagaan francais

Shiella berkata, antara program terbaru dijalankan WITUS adalah mengusahakan perniagaan francais Mum's Best dan Mummy Sandwich ditawarkan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) Selangor dan Wilayah Persekutuan sebagai salah satu usaha mengukuhkan kewangan persatuan.
"Program ini menjadi saluran ibu tunggal dan wanita yang ingin menambah pendapatan dan ternyata, ia cukup praktikal.

"Selain ice blended, jagung manis dan sandwic, WITUS turut menghasilkan makanan kering seperti rempeyek, popia kering dan pelbagai jenis roti dan kek untuk diedarkan ke kedai yang membuat tempahan.

"Ternyata, apabila ada label, ia lebih mudah dijual dan kami berhasrat menghasilkan label sendiri bagi produk makanan dihasilkan ahli," katanya yang mengalu-alukan bantuan pakar rekaan yang berminat menghasilkan rekaan label bagi produk WITUS.

Mummy Sandwich yang dihasilkan ahli secara bersama itu turut diedarkan untuk jualan di premis perniagaan yang membuat tempahan.

Tidak mengehadkan sumber dalam menjana pendapatan persatuan, WITUS turut menjalankan perniagaan andaman, menerima tempahan katering, peralatan sistem suara, kompang, teksi dan terbaru perkhidmatan sewaan bas.

"Secara keseluruhannya, saya berpuas hati dengan pencapaian WITUS. Saya juga berterima kasih kepada pegawai JPW Selangor dan Wilayah Persekutuan yang banyak membantu kami untuk terus berkembang bersama ahli lain.

"Justeru, saya berharap supaya pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan memberi sokongan terhadap usaha kami ini," katanya sambil memberitahu berhasrat membawa masuk produk WITUS ke dalam agensi kerajaan, AirAsia dan Petronas.

Telus membantu

Beliau mahu wanita belajar berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri dan semangat itu yang mendorong Shiella cekal menguruskan WITUS sejak 2009.

"Saya sudah banyak menyertai persatuan sejak mula-mula jadi ibu tunggal dulu dan pelbagai ragam saya temui. Ada yang hanya mengutip yuran bulanan dan selepas dipersoal, apa aktiviti, mereka berang dan beri saya beras.

"Sebagai ibu tunggal, saya tahu apa kehendak hati wanita senasib. Kami sunyi, kami perlukan rakan untuk mendengar cerita dan berkongsi kemahiran demi meneruskan hidup.

"Kerana itulah apabila saya membina WITUS, saya pastikan saban minggu jadual kami sentiasa padat dengan pelbagai aktiviti. Jadi, semuanya terpulang kepada ahli, sama ada hendak ikut atau tidak," katanya.

Segala aktiviti dan berita semasa persatuan dihebahkan melalui laman Facebook persatuan WITUS dan 'group' di WhatsApp.

Kata Shiella, pelanggan yang berminat membuat tempahan perkhidmatan WITUS juga boleh melayari Facebook WITUS untuk sebarang pertanyaan, selain menghubungi talian 017-310 1093.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat