{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda besout - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda besout - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda besout</b> - Google Blog Search - Blogger

Posted: 03 Jan 2014 12:00 AM PST

Jalan Felda Besout-Kuala Slim Dijangka Siap Ogos

JALAN FELDA BESOUT

IPOH – Projek pembinaan jalan baharu Felda Besout ke Kuala Slim sepanjang 11.8 kilometer yang tertangguh sejak 2010 ekoran pelbagai masalah teknikal kini menampakkan perkembangan positif dan dijangka dapat disiapkan selewat-lewatnya Ogos tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd. Khusairi Abdul Talib berkata, perkembangan positif projek bernilai RM50 juta itu berikutan pertukaran syarikat pemaju JJM Integrated Sdn. Bhd. yang dilantik Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meneruskan kerja ditinggalkan syarikat sebelumnya, Azam Teknik Sdn. Bhd.

Katanya, JJM Integrated yang dibekalkan dana sejumlah RM23.84 juta, memulakan kerja sejak 8 Februari 2013 bagi menyiapkan projek jalan terbengkalai itu dalam tempoh 19 bulan.

"Dalam taklimat dan lawatan yang diadakan baru-baru ini, pihak JKR menaruh keyakinan bahawa jalan yang menyambungkan Felda Besout ke Slim River itu dapat disiapkan dalam tempoh lebih awal bagi membolehkan rakyat menggunakan kemudahan tersebut sebelum Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada minggu ketiga bulan Julai tahun ini," katanya di sini hari ini.

Kerja pembinaan jalan Felda Besout ke Kuala Slim dimulakan pada Julai 2008 dan berdasarkan jadual asalnya, projek berkenaan sepatutnya siap dalam tempoh dua tahun, iaitu pada Julai 2010.

Walau bagaimanapun, pelbagai masalah teknikal timbul, khususnya berkaitan kuantiti tanah yang tidak dimasukkan dalam skop asal, menyebabkan pihak kontraktor asal, Azam Teknik Sdn. Bhd. gagal meneruskan kerja.

Mengulas lanjut, Mohd. Khusairi memberitahu, kemajuan fizikal projek sudah pun mencapai tahap 52 peratus termasuklah kerja-kerja menambak, mengorek, memecahkan tanah dan batu, membina longkang dan pembetung, membaik pulih cerun yang terhakis, membina jalan di hujung jajaran sebelah Besout dan membina dua buah jambatan menyeberangi Sungai Telau serta Sungai Teras.

"Semasa taklimat, saya telah membangkitkan keperluan pembinaan bahu jalan kerana skop pembinaan ketika ini tidak memasukkan keperluan itu. Bahu jalan amat penting bagi keselamatan penunggang motosikal.

"Pengarah JKR negeri telah mempertimbang untuk mengemukakan permohonan peruntukan tambahan bagi tujuan itu. Semoga jalan ini dapat disiapkan pada pertengahan Julai nanti, bagi kemudahan penduduk Felda Besout dan masyarakat yang tinggal di luar untuk pulang berhari raya," jelas beliau. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada January 4, 2014 - 3:22 pm oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat