felda chini - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda chini - Google Blog Search |
Blog Felda: <b>felda chini</b> - Google Blog Search - Blogger Posted: 21 Dec 2013 09:01 PM PST | <b>felda chini timur</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 09 Sep 2013 12:00 AM PDT | <b>felda chini timur</b> - Google Blog Search | WARGA FELDA Posted: 09 Sep 2013 11:15 PM PDT | Blog Felda: <b>felda chini timur</b> - Google Blog Search Posted: 11 Jun 2012 11:40 PM PDT
| Summer Sunshine in <b>Felda Chini Timur</b> | Banafsha Posted: 07 Jul 2008 07:56 AM PDT Alhamdulillah, baru dua jam pulang setelah 5 hari 4 malam berkampung di Felda Chini Timur bersama keluarga angkat Encik Salamat dan Pn. Sesiah. Satu pengalaman yang cukup berharga dikutip bersama warga Felda serta 21 lagi rakan-rakan PPIMI di Pekan, Pahang. Kawasan timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato' Najib juga kampung Rifhan Rasuli, anak peneroka Felda Chini Timur merangkap Pengarah Projek Summer Sunshine. Sekiranya dulu peneroka Felda melalui saat-saat getir untuk hidup, yang bercahayakan lilin, bertadahkan air hujan, telaga dan mata air, serta berjirankan hutan belantara yang bertanah merah, kini warga Felda mampu tersenyum puas, menarik nafas lega dengan pencapaian Felda. Pelbagai bentuk bantuan dan keistimewaan ditawarkan untuk warga peneroka dan ahli keluarganya oleh Felda yang kini telah mencapai status kemodenan, tempat kedua selepas PETRONAS. Perkampungan di Felda Chini Timur mendekatkan aku kepada masyarakat Felda, mengenal cara hidup mereka melalui ekonomi, sosial dan rohani yang jauh berbeza dengan dua buah perkampungan keluarga angkat yang pernah aku sertai sebelum ini di Kg. Endah, Banting, Selangor (2002) dan Kg. Temenin, Kota Tinggi, Johor (2007). Apakah perbezaannya? Dari sudut geografi sudah jauh berbeza. Kedudukan Felda di tengah-tengah kawasan penanaman kelapa sawit yang tidak kurang 20km dari jalan utama memperlihatkan keunikan tersendiri. Perkampungan Felda jauh lebih terancang dengan kemudahan sekolah, balai raya, dewan besar, pusat kominiti sukan, kedai-kedai runcit dan pelbagai bentuk kemudahan (just name it la). Sumber pendapatan utama serta pekerjaan yang sama, dan yang menariknya hampir semua rumah di Felda Chini Timur diubah suai semula oleh setiap peneroka dengan landskap dan design yang sama. Jika dilihat dari sudut sosial, amalan kehidupan berkampung seperti gotong-royong, ziarah-menziarahi, bertegur sapa memang kaya namun, masih banyak yang boleh diperbaiki. Sesetengah surau masih sunyi dengan jemaahnya, kebanyakan belianya masih dihimpit budaya 'tidak rajin', kurang keyakinan diri untuk lebih maju. Inilah tugas utama kami ke Felda kali ini. Untuk memberikan semangat dan motivasi kepada rata-rata warga Islam & Melayu agar menggunakan kekuatan dan kebolehan masing-masing untuk meningkatkan kehidupan mereka dan memimpin masyarakat. Program Motivasi Sek. Men Felda Chini Timur 2 Kehadapan adik-adik kumpulan 6, sekiranya terbaca entry akak kali ini. Alhamdulillah, surat-surat adik telah dibaca. Terima kasih atas perkongsian pengalaman dan perasaan. Harapan akak, agar adik-adik dapat memanfaatkan masa dan peluang yang masih cerah untuk SPM 2008 untuk lebih cemerlang. Ingatlah, sekiranya adik-adik mampu menjaga solat fardhu di awal waktu dengan baik dan berusaha mengelakkan diri dengan perkara-perkara yang sia-sia, adik telah berjaya memulakan satu langkah untuk berjaya, iaitu dengan berDISIPLIN. Menjaga solat mampu membentuk DISIPLIN diri. Insya'Allah, nantikan kiriman surat dari akak. Work hard and Pray Hard. Mungkin ini saja untuk kali ini. Penat memandu selama 4jam masih tidak hilang. Kaki dan tangan masih sakit penangan futsal. Pertama kali main futsal dan menjadi goalkeeper. ho ho. Yang pasti memang Felda Chini Timur menaikkan sinar-sinar cahaya di mata hati tatkala musim panas yang semakin mangaktifkan melanin di wajah hitam manis tak bersusu ini. Ergh.. Mungkin ada lagi yang akan dikongsi. Minggu ini, minggu berkahwin untuk sahabat-sahabat saya. Bakal makan nasi minyak free untuk tiga hari berturut-turut. Alahai, naikla minyak. | |||||||||||||||||||
!Selagi Nadi Ku Berdenyut!: Kenduri 24/11/2013 @ <b>Felda Chini</b> <b>...</b> Posted: 27 Nov 2013 05:13 AM PST Lambat betul aku nk update cite aku...bukan apa aku penat, stress balik kj je rehat...pastu tido....mn nk pikir psl audit yg dh nk sampai masanye....so bila hari ni dh settle baru la aku ade mood nk menaip cerita aku pada hujung minggu lepas... skg ni cuti sek...sana sini ade kenduri...kali ni SIL aku...adik dia kawen....ingat-ingat aku mls nk pegi tido situ..nk pegi balik hari je...tp dh SIL mintak tlg ssgt..so aku pun pegi la... bertolak dari KL ari sabtu...dlm kul 4.00pm mcm tu...kali ni gatal sikit...nk ikut Kuala Pilah...salu ikut Karak....melalui highway LEKAS...terus ke Seramban....lalu Ulu Bendul.....singgah kat sini kejap...sambil menjamu mata....nk mandi dah x cukup masa...perjalanan masih jauh lg ni.... Air terjun di Ulu Bendul berbeza ngan air terjun yg lain,,,ade pool lagi.... Kalau nk mandi kt air terjun semula jadi pun boleh... Habis je menjamu mata...perjalanan harus diteruskan..rupa2nye kami sesat...patutnye lepas je Bandar Serting tu...iku la Bdr Seri Jempol....ni tak kami terus dh sampai ke Jelebu...patut la sepjg perjalanan cuma nmpk Karak, Bentong...tak nmpk pun Bdr Muazam....lepas je tny org...perjalaan pun diteruskan ke destinasi...kami sampai ke Felda Chini Timur 1 dalam pukul 10.00pm...sampai je parent SIL n abg aku dh sedia menanti....wah...ade ayam percit, satay ayam, satay perut, nasi goreng kg n bihun sup...mak mertua abg aku tu siap buatkan kopi o panas.....teh tarik...baik sungguh layanan makcik sekeluarga.... aku nk tido...esok aku ade tugas yg dah menanti..... esoknnye bgn je...pg2 lg SIL dh ajak buat operasi...nk tau apa dia....masak makanan pengantin la... Ni antara makan adap adap yg aku buat...tp bukan aku buat sorang la...byk yg membantu...SIL, Mak Su SIL, Ana dan akak2 yg lain...aku ni mcm ketua la hari tu....cewah... Ikan Masam Manis yg belum disira kuah nye.... Bunga Ros dari buar tomato...comei tak.... Tengah buat final touch utk gubahan ayam golek aku....nugget lak mkn nan brown sos...tp dh tak kaler brown pun...dh gelap terletak kicap pekat...huhuhu.... Nugget, koktail n udang goreng bersama sos tiram... Ni ayam golek aku...Ayam golek masak berempah.....fuh...nasib baik siap...kot tak mau tergolek aku... Gubahan buah-buahan...ni bukan aku buat...tak sempat..so suruh orang lain yg buat.... Tada....ikan masak masam manis....ni kena la ngan tekak aku... Selamat pengantin baru buat Misya dan pasangan nya.. HB aku lak kena masak kt bahagia utama la...masa ni hujan renyai-renyai...tu psl la seluar tu berlipat.... Bila pengantin dh hbs mkn....tu Fatahul dapat bakul tembikai...bakul je...isi nye dh takde... bergambo sikit selepas kepenatan .... Tapi apa-apa pun...aku bersyukur dengan layanan yg SIL sefamily berikan...mereka tak la sombong or kerek kan...ok la...blh la join ngan family ni....tak terasa asing mcm tu..... hbs je kenduri dalam pukul 3.00 kami balik ke KL...masih mengunakan jalan yg sama...dgn jem bagai...dlm pukul 9.00pm kami sampai ke KL.... |
You are subscribed to email updates from felda chini - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |