felda sungai tengi - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda sungai tengi - Google Blog Search |
Penubuhan JKKK Penaja Kg.<b>Sungai Tengi</b> Selatan | BLOG <b>FELDA</b> <b>...</b> Posted: 04 Jan 2014 02:07 AM PST JKKK Penaja Kampung Sungai Tengi Selatan telah mengadakan majlis penubuhan secara rasminya pada 25 Okt 2013 yangmana telah dihadiri Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Tuan Haji Mohamad Nazar bin Yakin. Hakikatnya banyak agenda yang dirancangkan untuk membangunkan Kg. Sungai Tengi Selatan, dengan demikian Kampung Sungai Tengi Selatan tidak tersisih dengan arus pembangunan yang direncanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Dari segi latar belakang kampung ini, sebenarnya penempatan Kg. Sungai Tengi Selatan telah mula dibuka pada tahun 1988 dengan jumlah penduduknya seramai 139 keluarga peneroka Felda. Kebanyakkan yang menghuni kampong ini dari rumpun generasi kedua dari Felda Gedangsa, Felda Soeharto dan Felda Sg. Tengi. Selain dan ada juga yang datang dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Tanjong Karang, Kuala Langat dan Klang. JKKK di Sungai Tengi Selatan pernah dibentuk pada tahun 1995 hingga 2004. dimana semasa itu penempatan Felda Sungai Tengi Selatan keluar dari pengurusan Felda, ekoran terdapat rancangan dari Kerajaan Negeri untuk memajukan 4 skim Felda di Gugusan Sungai Dusun. Disebabkan kegawatan ekonomi dan perubahan struktur politik negeri pada masa itu terbantut. Dengan demikian, pada tahun 2005 kesemua Gugusan Felda Sungai Dusun telah kembali dibawah pengurusan Felda untuk menstabilkan keadaan ladang sawit yang terbiar dan kedudukan ekonomi peneroka Felda pada masa itu yang kian meruncing. Sebagaimana yang termaklum, sebenarnya Kg. Sungai Tengi Selatan pada dasarnya telah tertinggal dalam arus pembangunan material dan sosial melalui perhubungan dengan Kerajaan Negeri Selangor sejak memerintah 5 tahun lepas di negeri ini. Jika dibandingkan dengan 3 penempatan Felda yang lain seperti di Kg. Gedangsa, Kg. Soeharto dan Kg. Sungai Tengi… dimana semuanya sudah menubuhkan JKKK masing-masing sejak 5 tahun lalu. Kemungkinan kami disini mengalami senario terlepas pandang ataupun miss komunikasi dengan pihak-pihak yang berwajib Kerajaan Negeri Selangor. Justeru kepada kedudukan inilah kami penduduk-penduduk di Kampung Sungai Tengi Selatan mengharapkan sangat supaya kami dapat mewujudkan sebuah organisasi JKKK bagi faedah dan manfaat penduduk setempat dalam menangani situasi-situasi semasa yang dianggap terpenting bagi penduduk-penduduk kampong ini dengan Kerajaan Negeri Selangor. Dengan adanya organisasi JKKK dikampung Sungai Tengi Selatan, kami dapat menyelaras dan mentadbir kepada aspek-aspek berikut:
JKKK Penaja di Kg. Sungai Tengi Selatan telah pun mengemukakan permohonan kepada pihak yang berwajib khususnya Kerajaan Negeri Selangor untuk mendapatkan pertimbangan dan kelulusan sejak bulan Jun 2013 lagi. Sedia maklum, kedudukan kami perkampungan di Felda Sungai Tengi Selatan sebenarnya belum digazetkan Group Settlement Area (GSA) ataupun Akta Penempatan Berkelompok sejak kami menduduki pada tahun 1988 lagi. Dengan penubuhan JKKK di Kg. Selatan dapat dijadikan platform mata dan telinga Kerajaan Negeri Selangor dalam perbagai perkara dan agenda, dimana Kerajaan Negeri Selangor telah pun mengambilalih tanah-tanah rezab di Felda Sungai Tengi Selatan yang dianggarkan lebih kurang 2000 ekar bermula November 2013 dari ladang buah-buahan Felda Pertanian Sdn. Bhd dan ladang sawit Felda Plantation Sdn. Bhd. Selain daripada itu, kawasan rezab kampong telah pun dikenalpasti oleh Kerajaan Negeri Selangor seluas lebih kurang 60 ekar untuk dijadikan tapak rumah generasi kedua Felda yang masih belum memiliki rumah kediaman, dimana telah dilancarkan secara rasmi oleh YB Dato Seri Anwar Ibrahim tahun lepas. Fokus JKKK adalah untuk memohon kepada Kerajaan Negeri supaya penduduk-penduduk di kampong ini dapat dianugerahkan Geran Tanah Kebun dan Tapak Rumah Peneroka Felda. Ini memandangkan kami warga Peneroka Felda sejumlah 139 orang telah menduduki penempatan di Felda Sungai Tengi Selatan sejak tahun 1988 lagi iaitu lebih kurang sudah 25 tahun yang lalu kami sudah tinggal disini. Permohonan untuk mendapatkan geran atau hakmilik ini telah pun dimajukan kepada Felda dan diharapkan Kerajaan Negeri dapat memberi perhatian dan keutamaan kerana penduduk-penduduk disini yang kebanyakannya telah dikategorikan warga emas dan amat berharap sebelum mereka kembali kerahmatullah dapat melihat surat hakmilik yang sudah layak dimiliki. Permohonan Penganugerahan Tanah Lebihan (Rezab) Felda Kepada GenerasiKedua Felda. Kerajaan Negeri Selangor telah pun berhasrat melalui Task Force Felda untuk mendapatkan tanah lebihan (rezab) di Felda Sungai Tengi Selatan yang keluasannya dianggarkan lebih kurang 2,000 ekar untuk dianugerahkan kepada generasi kedua Felda dan diharap perkara ini menjadi kenyataan. Untuk makluman Yang Berbahagia Tuan, jumlah penduduk di Felda Sungai Tengi Selatan mempunyai seramai 139 keluarga dan kami amat menyokong penuh usaha-usaha murni kepimpinan Kerajaan Negeri untuk merealisasikan pertambahan penduduk di kampong kami khususnya menjayakan skim perumahan generasi kedua Felda. Dengan terlaksananya pertambahan penduduk di kampong ini dapat terlerai permasaalahan yang serius dan berbangkit di kampong kami, antaranya:
|
You are subscribed to email updates from felda sungai tengi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |