{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Dunia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Dunia


Rusuhan di Ukraine semakin tidak terkawal

Posted:

Rusuhan di Ukraine semakin tidak terkawal

Rusuhan di Ukraine semakin tidak terkawal

BEBERAPA orang penunjuk perasaan melemparkan bom petrol ke arah anggota-anggota polis di Kiev kelmarin.


KIEV - Rusia semalam memberi amaran tunjuk perasaan di Ukraine semakin berada di luar kawalan pihak berkuasa selepas pertempuran antara penunjuk perasaan yang pro-Kesatuan Eropah (EU) bertempur dengan anggota-anggota keselamatan di sini kelmarin.

Pertempuran di Kiev semakin memuncak apabila lebih 10,000 penunjuk perasaan melemparkan bunga api, bom petrol dan batu ke arah polis antirusuhan.

Pasukan polis kemudian melakukan serangan balas dengan melepaskan tembakan peluru getah dan gas pemedih mata.

Kekacauan itu menjadikan beberapa kawasan di Kiev umpama medan perang apabila banyak kenderaan dibakar dan penunjuk perasaan berkeliaran sambil membawa kayu dan besi.

Suasana pada waktu malam juga diterangi cahaya bunga api yang ditembak penunjuk perasaan ke arah pihak berkuasa manakala beberapa penunjuk perasaan turut cedera apabila pakaian mereka terbakar.

Konflik itu yang menyebabkan beratus-ratus orang cedera menyebabkan situasi di negara ini semakin kecoh yang berpunca selepas kerajaan pimpinan Presiden Viktor Yanukovych meminggirkan satu perjanjian untuk menjalinkan hubungan lebih erat dengan EU.

Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov berkata, beberapa gesaan pemimpin pembangkang Ukraine yang meminta kekacauan dihentikan tidak dihiraukan para penunjuk perasaan sekali gus menjadikan situasi di negara ini semakin tidak terkawal.

"Keganasan itu sangat menakutkan dan bercanggah dengan norma-norma yang diterapkan di negara-negara Eropah,'' katanya. - AFP

55,000 gambar bukti kekejaman regim Bashar

Posted:

55,000 gambar bukti kekejaman regim Bashar

55,000 gambar bukti kekejaman regim Bashar

BASHAR


KAHERAH - Sebanyak 55,000 gambar yang diseludup keluar oleh seorang anggota tentera Syria yang belot menjadi bukti jelas kerajaan negara itu menyeksa dan membunuh 11,000 tahanan, kata sekumpulan peguam jenayah perang, lapor agensi berita dpa semalam.

Tiga bekas pendakwa raya di tribunal untuk bekas Yugoslavia dan Sierra Leone meneliti gambar-gambar dan fail yang diserahkan oleh seorang bekas anggota polis tentera Syria.

Mereka berkata, gambar berkenaan menunjukkan bukti jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah perang yang dilakukan regim Presiden Bashar Al-Assad.

Gambar berkenaan memaparkan imej-imej mayat tahanan lelaki dengan kesan jerutan di leher, dipukul dengan kejam dan terdapat tanda-tanda mereka diseksa dengan kejutan elektrik selain kebuluran.

Laporan itu dikeluarkan menjelang persidangan keamanan Geneva II yang bertujuan mencari satu penyelesaian politik untuk konflik di Syria yang telah berlanjutan selama tiga tahun.

"Gambar itu sangat penting kerana ia merupakan bukti penting yang menunjukkan pembunuhan ini adalah dirancang secara sistematik dan arahannya datang terus dari pihak atasan,'' kata kumpulan itu.

Menurut kumpulan Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia sekurang-kurangnya seramai 130,000 orang terkorban pada perang saudara itu yang berlaku sejak Mac 2011.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Julai lalu meletakkan angka korban kematian dalam perang itu adalah seramai 100,000 orang. - dpa

Warga emas terkejut membaca pemberitahuan tentang kematiannya

Posted:

Warga emas terkejut membaca pemberitahuan tentang kematiannya

Warga emas terkejut membaca pemberitahuan tentang kematiannya


SVENSSON bersama keratan akhbar tentang pemberitahuan mengenai kematiannya sendiri.


STOCKHOLM - Seorang lelaki warga emas, Sven-Olof Svensson, 81, terkejut membaca pemberitahuan tentang kematian dirinya yang disiarkan dalam sebuah akhbar tempatan di sini selepas berlaku silap faham antara doktor dengan seorang ahli keluarganya.

Svensson berkata, dia dirawat di sebuah hospital selatan Sweden semasa jatuh sakit pada Krismas lalu sebelum terkejut apabila membaca satu obituari yang memberitahu tentang kematiannya baru-baru ini.

Menurutnya, kesilapan itu berlaku apabila seorang kakaknya yang berusia 90 tahun menghubungi hospital untuk bertanya keadaannya tetapi dia silap faham apabila menganggapnya telah meninggal dunia.

"Kakak saya menelefon doktor dan bertanya mengenai keadaan saya dan apa yang dia fahami, saya telah meninggal dunia.

"Kakak saya yang terkejut dan bersedih kemudiannya menulis obituari mengenai saya dan menyiarkan di sebuah akhbar tempatan,'' katanya.

Bagaimanapun, kesilapan tersebut disedari oleh seorang rakan Svensson, Lars Faltskog yang datang ke hospital untuk menziarahinya dan mendapati rakannya itu masih hidup. - Agensi

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat