Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
Posted: AS dilanda sejuk melampau
INDIANAPOLIS - Aliran udara sejuk berbahaya yang melanda bahagian tengah hingga selatan dan timur Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan banyak sekolah serta perniagaan ditutup manakala 16 orang dilaporkan meninggal dunia. Suhu di kawasan tersebut semalam mencecah negatif 27 darjah Celsius sekali gus memecah rekod suhu paling sejuk yang pernah dicatatkan di negara berkenaan. Di Toronto, seorang pegawai di Lapangan Terbang Antarbangsa Pearson memberitahu, suhu sejuk yang ekstrem menyebabkan amaran keselamatan telah dikeluarkan kepada para petugas. Seramai 187 juta penduduk di kawasan terbabit akan terjejas akibat 'pusaran polar' itu apabila ia merebak ke seluruh AS. Sebuah syarikat utiliti, PJM Interconnection yang membekalkan tenaga elektrik kepada lebih 61 juta pengguna di tengah Atlantik, tengah dan selatan AS semalam meminta para pengguna menjimatkan penggunaan tenaga ekoran cuaca sejuk. Dalam pada itu, di Indiana pula lebih 30,000 terpaksa bergelap selepas bekalan elektrik di beberapa kawasan terputus kelmarin. Lebih 500 penumpang terpaksa bermalam di dalam gerabak kereta api apabila tiga perkhidmatan berkenaan yang menuju ke Chicago terpaksa berhenti akibat salji tebal di Illinois. Seorang kakitangan meteorologi, Bob Oravec di Pusat Ramalan Cuaca di College Park, Maryland berkata, aliran udara sejuk meningkatkan kebimbangan jalan raya yang basah akibat salji yang cair pada minggu lalu akan membeku semula. "Bagaimanapun, terdapat tanda-tanda keadaan akan kembali normal apabila suhu kembali meningkat diramalkan di tengah AS,'' katanya. - Agensi | |
Posted: Run Run Shaw meninggal duniaRUN RUN SHAW (dua dari kanan) menghadiri parti ulang tahun kelahirannya pada 19 November 2001 di Hong Kong.- REUTERS HONG KONG - Pengasas Studio Jalan Ampas di Singapura dan bapa filem kung fu, Sir Run Run Shaw (gambar) meninggal dunia di kediamannya di sini semalam pada usia 106 tahun. Satu kenyataan daripada syarikat milik beliau, Television Broadcasts Limited (TVB) memberitahu, mendiang meninggal dunia pada pukul 6.55 pagi waktu tempatan. "Mendiang menghabiskan hayatnya mempromosikan industri hiburan di Hong Kong dan sikap dermawan beliau tidak terhad hanya di bandar ini serta di China tetapi tersebar di seluruh dunia," kata, Ketua Eksekutif Hong Kong, Leung Chun-ying. Mendiang mengasaskan syarikat televisyen TVB pada tahun 1967 yang banyak melahirkan para pelakon berbakat termasuklah Chow Yun-fat, Wong Kar-wai, Andy Lau dan Stephen Chow. Anak bongsu daripada enam beradik itu dilahirkan di Shanghai pada tahun 1907. Bapanya, Shaw Yuh Hsuen merupakan seorang ahli perniagaan tekstil yang kaya. Pada tahun 1937, Shaw yang ketika itu berusia 19 tahun dan abangnya, Runme melebarkan perniagaan mereka dengan mengasaskan studio perfileman di Singapura dan menghasilkan 10 buah filem Melayu tetapi terganggu akibat Perang Dunia Kedua. Runme meninggal dunia pada tahun 1985 pada usia 84 tahun. Selepas Perang Dunia Kedua berakhir pada tahun 1947, dia dan Runme menubuhkan syarikat Malay Film Productions di Jalan Ampas yang selepas itu lebih dikenali sebagai Studio Jalan Ampas. Kegemilangan studio berkenaan dianggap sebagai pencetus zaman emas perfileman Melayu. Bintang filem Melayu yang terkenal, Tan Sri P. Ramlee pernah berlakon dalam beberapa filem keluaran Run Run antaranya Bujang Lapok dan Seniman Bujang Lapok. Pada tahun 1958, Run Run menubuhkan Syarikat Shaw Brothers di Hong Kong yang menghasilkan filem-filem kung fu popular, antaranya The One-Armed Swordsman dan The Magnificent Concubine. Shaw Brothers yang mempunyai kompleks studio yang ketika itu antara terbesar di dunia turut menghasilkan filem untuk Amerika Syarikat seperti Blade Runner yang dibintangi oleh aktor terkenal, Harrison Ford pada tahun 1982. Bagaimanapun, mendiang gagal membawa aktor legenda kung fu, Bruce Lee menyertai syarikat itu kerana masalah kontrak sebelum pelakon berkenaan menandatangani kontrak dengan syarikat Golden Harvest. Mendiang mempunyai empat anak hasil perkahwinan dengan bekas isterinya, Lily Wong Mee-chun yang meninggal dunia pada tahun 1987. Dia kemudian berkahwin dengan seorang penyanyi, Mona Fong. - Agensi | |
Cari kekasih dengan cara yang unik Posted: Cari kekasih dengan cara yang unik
LONDON - Sejumlah pengguna Twitter telah merakamkan gambar seorang lelaki, Gerald Abrahams membawa sepanduk bagi mencari seorang wanita yang sudi untuk dijadikan kekasihnya di sini, lapor portal berita metro.co.uk kelmarin. Abrahams yang berusia 39 tahun merayau-rayau di sekitar kota raya ini dengan membawa sepanduk yang tertera ayat yang menyatakan hasratnya untuk dijadikan kekasih. Namun, dia hanya mahu mencari wanita yang berambut perang sahaja untuk dijadikan kekasihnya. Abrahams pernah memberitahu stesen radio Absolute bahawa dia tidak menyukai laman mencari kekasih di internet. "Saya berpendapat, saya perlu melakukan sesuatu yang lebih kreatif (untuk mencari kekasih)," katanya. - Agensi |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |