Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 72 kanak-kanak gembira terima peralatan sekolah
- 120 penyelam tanam terumbu karang
- 25 ahli seni silat cekak sertai Konvoi Jubli Perak
72 kanak-kanak gembira terima peralatan sekolah Posted: 72 kanak-kanak gembira terima peralatan sekolah
GEMBIRA. Seramai 72 kanak-kanak yatim dan miskin dari Pusat Jagaan Kesayangan Muntahanah, Taman Huda Murni dan Pusat Jagaan Kesayangan Rohaniah, Kota Bharu menerima peralatan persekolahan sumbangan Hotel Renaissance di Kota Bharu, Kelantan baru-baru ini. Pengarah Kewangan Hotel Renaissance, Mujee Brahiman berkata, sumbangan tersebut merupakan projek tanggungjawab sosial korporat mereka iaitu 'Semangat Untuk Berkhidmat'. "Projek itu antara lain meminta jasa baik pelanggan hotel menyumbangkan apa juga sumbangan kepada golongan kanak-kanak yang kurang bernasib baik. "Hasilnya, kami dapat mengagihkan beberapa peralatan sekolah seperti beg sekolah, pakaian seragam, kasut dan alat tulis," katanya. Mujee berkata, sumbangan itu diharapkan dapat memberi semangat kepada mereka belajar dengan lebih tekun lagi. | |
120 penyelam tanam terumbu karang Posted: 120 penyelam tanam terumbu karangMASIDI (empat dari kanan) dan Mohd. Shukor (enam dari kanan) bersama para penyelam LHDN dan TTS di Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. TANGGUNGJAWAB. Seramai 120 penyelam menyertai aktiviti menurunkan peranti ke dasar laut bagi menanam 3,400 terumbu karang di perairan Pulau Manukan, Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. Aktiviti tersebut merupakan sebahagian daripada Projek Tanggungjawab Sosial Korporat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bersama Taman-Taman Sabah (TTS). Program itu dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Alam Sekitar dan Kebudayaan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Tan Sri Dr. Mohd. Shukor Mahfar, Pengerusi Taman-Taman Sabah, Tengku Datuk Dr. Zainal Adlin Mahamood dan Pengarah Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, Paul Basintal. Menurut Mohd. Shukor, penyelam yang terlibat dalam aktiviti itu melibatkan seramai 90 orang penyelam daripada LHDN dan 30 penyelam yang mewakili TTS. | |
25 ahli seni silat cekak sertai Konvoi Jubli Perak Posted: 25 ahli seni silat cekak sertai Konvoi Jubli PerakMAIDEEN (duduk lima dari kanan) bergambar bersama sebahagian daripada ahli PSSCM dan PSSCMUIAM yang hadir pada Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Jubli Perak di Gombak, Selangor baru-baru ini. ULANG TAHUN. Seramai 350 orang ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) sekitar Lembah Klang hadir memeriahkan Majlis Pelancaran dan Pelepasan Konvoi Jubli Perak anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (PSSCMUIAM) di Gombak, Selangor baru-baru ini. Menurut pengarah program, Ihsanuddin Shuaidi, konvoi yang membabitkan 25 orang ahli PSSCMUIAM itu merupakan program yang pertama dianjurkan sempena sambutan 25 tahun persatuan itu. "Saya berharap majlis itu dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim di antara ahli selain dapat memupuk kesedaran dan jati diri dalam kalangan ahli persatuan berkenaan. "Ia juga merupakan platform untuk ahli kekalkan semangat setia kawan dan menjunjung adat budaya Melayu dalam kalangan belia di samping membina kemahiran insaniah ahli-ahli PSSCM," ujarnya. Turut hadir Presiden dan Guru Utama PSSCM, Datuk Maideen Kadir Shah. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |