{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Komuniti Kita

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Komuniti Kita


90 murid kurang mampu terima bantuan persekolahan

Posted:

90 murid kurang mampu terima bantuan persekolahan

90 murid kurang mampu terima bantuan persekolahan


MOHD. KHALID (berdiri enam dari kiri) bergambar bersama sebahagian pelajar SRJKT Jalan Padang Katong pada majlis penyampaian bantuan persekolahan di Kangar, Perlis baru-baru ini.


CERIA. Seramai 90 murid tahun satu Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil (SRJKT) Jalan Padang Katong, Kangar, Perlis teruja apabila menerima bantuan persekolahan yang disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Besar Perlis, Senator Mohd. Khalid Ahmad semalam.

Sumbangan oleh kerajaan negeri itu berbentuk pakaian seragam sekolah, beg, pensil, kotak pensil, pembaris, buku dan bantuan wang tunai sebanyak RM200.

Menurut Mohd. Khalid, majoriti penerima bantuan itu ialah anak yatim dan keluarga yang berpendapatan rendah di negeri ini.

Anggota Rela gotong-royong bersih asrama anak yatim

Posted:

Anggota Rela gotong-royong bersih asrama anak yatim

Anggota Rela gotong-royong bersih asrama anak yatim


ABDUL AZIZ (berdiri sembilan dari kiri) bergambar dengan anggota Rela yang menyertai aktiviti gotong-royong membersihkan asrama Pertubuhan Pembangunan Anak Yatim Bekas Perajurit di Kulim, Kedah baru-baru ini.


GOTONG-ROYONG. Seramai 60 orang anggota pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) Mukim Lunas, Kulim menyertai program gotong-royong membersihkan asrama Pertubuhan Pembangunan Anak Yatim Bekas Perajurit Malaysia, Kulim, Kedah baru-baru ini.

Menurut Pegawai Rela daerah Kulim, Abdul Aziz Abdullah, program itu bertujuan merapatkan hubungan antara anggota Rela dengan kakitangan pertubuhan itu serta anak-anak yatim yang tinggal di asrama berkenaan.

Pada masa yang sama, katanya, aktiviti itu juga dapat memastikan asrama yang dihuni seramai 50 anak-anak yatim berada dalam keadaan bersih sempena sesi persekolahan tahun ini.

Sementara itu, pengerusi pertubuhan berkenaan, Abdullah Ahmad berkata, pihaknya terharu dengan dedikasi yang ditunjukkan oleh anggota Rela yang terlibat di samping berharap ada pihak-pihak lain yang sudi tampil menghulurkan sumbangan dan bantuan pada masa depan.

TNB sumbang baju, beg sekolah baharu di Kijal

Posted:

TNB sumbang baju, beg sekolah baharu di Kijal

TNB sumbang baju, beg sekolah baharu di Kijal


AHMAD (tengah) bergambar bersama murid-murid dari kawasan Kijal yang menerima sumbangan kelengkapan sekolah semasa program Kembali ke Sekolah anjuran TNB di Dewan Sivik Kijal, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.


BANTU. Seramai 200 murid dalam kalangan asnaf di kawasan Dewan Undangan Negeri Kijal terpilih menerima sumbangan kelengkapan sekolah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sempena program Kembali ke Sekolah di Kijal, Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Program berkenaan merupakan tanggungjawab sosial korporat syarikat utiliti tersebut dalam bidang pendidikan bagi membantu golongan kurang berkemampuan menyediakan peralatan sekolah untuk anak-anak mereka.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) Bahagian Perkhidmatan dan Hal Ehwal Korporat TNB, Datuk Mohd. Aminuddin Mohd. Amin berkata, program itu melibatkan 200 penerima yang dipilih daripada 14 buah sekolah di daerah tersebut.

"Setiap murid menerima dua persalinan pakaian seragam sekolah, sepasang kasut dan sebuah beg serta peralatan alat tulis," katanya.

Majlis itu disempurnakan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat