Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Hotel Grand Puteri sumbang kelengkapan sekolah
- Program memerangi jenayah dapat sambutan masyarakat
- Sembilan pelajar UMS tekad catat MBOR
Hotel Grand Puteri sumbang kelengkapan sekolah Posted: Hotel Grand Puteri sumbang kelengkapan sekolah
PRIHATIN. Hotel Grand Puteri, Kuala Terengganu menyampaikan sumbangan kelengkapan persekolahan kepada 24 orang anak-anak yatim dan miskin dari Rumah Tunas Harapan Darul Hilmi, Kuala Terengganu, Terengganu baru-baru ini. Kesemua mereka dibawa ke pasar raya Mydin Wholesale, Kuala Terengganu untuk memilih sendiri barangan keperluan persekolahan. Selain itu, Hotel Grand Puteri yang bernaung di bawah Kumpulan Hotel Puteri International turut meraikan anak-anak berkenaan dalam majlis makan tengah hari. Turut hadir Pengurus Kumpulan Hotel Puteri International, Razmi Rahmat dan Pengurus Hotel Grand Puteri, Wan Mohd. Ariffin Wan Mustafa. | |
Program memerangi jenayah dapat sambutan masyarakat Posted: Program memerangi jenayah dapat sambutan masyarakatAZMAN (dua dari kiri) melancarkan program Memerangi Jenayah Bersama Masyarakat di Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini. MERIAH. Kira-kira 300 penduduk tempatan berbilang kaum menghadiri program Memerangi Jenayah Bersama Masyarakat yang diadakan di pekarangan pasar raya besar, AEON Big, Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini. Program anjuran Polis Diraja Malaysia kawasan Bukit Minyak itu dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Seberang Prai Tengah, Asisten Komisioner Azman Abd. Lah. Menurut Azman, polis begitu komited untuk memerangi jenayah, justeru masyarakat harus memberi kerjasama dalam menjayakan usaha untuk menurunkan indeks jenayah di kawasan itu. "Program itu juga bertujuan mendekatkan masyarakat setempat dengan pihak polis," kata Azman. Pada majlis itu, Azman turut menyampaikan hadiah kepada pemenang kuiz berupa hamper. | |
Sembilan pelajar UMS tekad catat MBOR Posted: Sembilan pelajar UMS tekad catat MBORMOHD. HARUN (berdiri enam dari kiri) bergambar bersama pelajar UMS yang bakal mencatat rekod dalam MBOR bagi acara larian tanpa henti di atas treadmill selama 264 jam di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. SEMANGAT. Seramai sembilan pelajar dari Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal melakukan larian tanpa henti di atas treadmill selama 264 jam dalam usaha mencatatkan rekod baharu dalam Malaysia Book Of Records (MBOR ). Rekod dalam acara itu sebelum ini dipegang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Samarahan yang melakukan 120 jam tanpa henti pada tahun 2012. Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. Mohd. Harun Abdullah berkata, larian yang dilakukan selama 11 hari bermula 20 Januari ini adalah sempena sambutan ulang tahun ke-20 universiti itu. "Larian itu merupakan percubaan pertama UMS untuk mencipta kejayaan di peringkat kebangsaan," katanya selepas majlis penyerahan tajaan acara itu di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |