Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Lelaki tak sempat jual M-16
- Hilang selepas renung bukit
- Sambutan TMM 2014 di 37 pintu masuk utama negara
Posted: Lelaki tak sempat jual M-16Oleh FIRDAUS HASSAN
GERIK – Selepas polis Kelantan merampas raifal M-16 daripada perompak pada Isnin lalu, semalam selaras lagi senjata jenis sama dirampas oleh polis Perak di Kilometer 24 Jalan Gerik-Jeli di sini. Raifal M-16 yang ditemui dalam keadaan dileraikan dalam kereta Proton Waja warna emas itu dipercayai cuba dijual kepada penjenayah di negara ini. Sebelum rampasan itu, satu sumber berkata, pasukan polis Ops Cantas Khas yang melalui kawasan tersebut pada pukul 4 pagi terserempak dengan seorang lelaki berusia 30-an berdiri di luar sebuah kereta Proton Waja dalam keadaan mencurigakan kerana kawasan tersebut gelap dan dikelilingi hutan. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Hilang selepas renung bukit Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN JEMPOL - Sebuah keluarga di Bandar Seri Jempol di sini boleh diibaratkan sudah jatuh ditimpa tangga apabila seorang ahli keluarga mereka hilang hanya tiga hari selepas rumah mereka di Felda Raja Alias Empat dipecah masuk penjenayah pada minggu lalu. Mangsa, Mohd. Nizam Ahmad, 33, dari Felda Raja Alias Empat dilaporkan hilang pada pukul 5 petang Jumaat lalu ketika singgah di tepi jalan di kawasan kebun dekat Felda Raja Alias Dua untuk membuang air kecil. Jarak antara tempat mangsa hilang dengan rumah keluarganya, enam kilometer. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Sambutan TMM 2014 di 37 pintu masuk utama negara Posted: Sambutan TMM 2014 di 37 pintu masuk utama negaraOleh MAHFUZ MOHAMAD BEBERAPA petugas menyambut kedatangan seorang pelancong dari China sempena TMM 2014 di KLIA, Sepang semalam. SEPANG - Acara sambutan Tahun Melawat Malaysia 2014 (TMM 2014) berlangsung dengan meriah di 37 pintu masuk utama di seluruh negara semalam. Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Ong Hong Peng berkata, sambutan secara besar-besaran di seluruh negara itu bagi mengalu-alukan ketibaan pelancong sempena permulaan TMM 2014 serta memberi persepsi yang baik kepada mereka tentang negara ini. "Kejayaan TMM 2014 amat bergantung kepada kempen promosi yang berkesan bukan sahaja oleh kementerian, malah rakyat negara ini juga disaran supaya bekerjasama dalam menjayakan misi tersebut. "Tahun ini merupakan kali keempat TMM dianjurkan dan kerajaan telah menyasarkan ketibaan seramai 28 juta pelancong asing ke Malaysia dengan jumlah pendapatan sebanyak RM76 bilion," katanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |