Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Noor Jan ditahan depan isteri
- Penyelia maut akibat injap paip terpelanting ke muka
- Diseret komuter tiga kilometer
Posted: Noor Jan ditahan depan isteri Oleh SOFIATUL SHIMA WAN CHIK dan NUZULSHAM SHAMSUDDIN
JASIN - Noor Jan Tuah yang mencetuskan kontroversi lebih lapan tahun kerana mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka ditahan di Jeti Anjung Batu, Serkam di sini semalam bagi membantu siasatan di bawah Akta Hasutan. Noor Jan (gambar kecil), 56, ditahan pada pukul 10.50 pagi ketika berada di jeti bersama isteri dan 30 pengikutnya untuk menaiki feri ke Pulau Besar. Noor Jan mahu ke Pulau Besar bagi menghadiri upacara penyembelihan kambing sempena sambutan Maulidur Rasul. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, Noor Jan ditahan bagi membantu siasatan ekoran polis menerima lapan laporan yang dibuat oleh pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) yang menyatakan rasa tidak puas hati atas tuntutan Noor Jan yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka. "Noor Jan ditangkap ekoran penduduk negeri ini curiga dan gusar atas kebenaran tuntutan penama Noor Jan yang mengiktiraf dirinya Sultan Melaka. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Penyelia maut akibat injap paip terpelanting ke muka Posted: Penyelia maut akibat injap paip terpelanting ke mukaMAYAT Muthu Krishnan terbaring dengan injap paip gas di sisinya di Melaka semalam. MELAKA - Seorang penyelia loji gas menemui ajal apabila saluran injap yang menyambungkan hos tiba-tiba tercabut ketika proses pemindahan gas ammonia dilakukan dan terpelanting ke mukanya di Kawasan Perindustrian Tangga Batu di sini semalam. Dalam kejadian pukul 2.15 pagi itu mangsa yang dikenali sebagai Muthu Krishnan, 53, dari Kota Laksamana cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. Difahamkan, ekoran kejadian itu, seorang lagi lelaki yang juga pemandu treler di loji itu dikejarkan ke hospital sama bagi menerima rawatan lanjut selepas terhidu gas ammonia. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian tersebut pada pukul 2.19 pagi dan seramai 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tangga Batu, Kubu dan Ayer Keroh bersama tiga jentera termasuk sebuah jentera Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dikejarkan ke lokasi kejadian. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Diseret komuter tiga kilometer Posted: Diseret komuter tiga kilometerOleh SHAHRULANOOR ISHAK DI SINILAH lokasi sepasang suami isteri warga emas maut dilanggar komuter di Kajang, Selangor semalam. KAJANG – Niat murni sepasang suami isteri warga emas untuk menziarahi saudara mereka yang terlantar sakit di Sungai Long di sini tidak kesampaian apabila mereka terbunuh akibat dirempuh dan diseret tren komuter di sini semalam. Kejadian berhampiran Stesen Komuter Kajang dekat Jalan Reko pada pukul 12.35 tengah hari itu menyebabkan Md. Nor Lian, 69, dan isterinya, Noriah Mat Ani, 65, maut selepas diseret sejauh tiga kilometer. Menurut adik ipar mangsa yang enggan dikenali, pasangan suami isteri berkenaan kerap menziarahi ibunya yang sakit pada setiap minggu. Ujar ipar mangsa lagi, Md. Nor dan Noriah yang tinggal bersama tiga anak lelaki mereka berhampiran stesen komuter di Kajang Utama kerap melintas landasan tersebut sebelum menaiki kenderaan awam di hentian. "Pukul 10 pagi tadi (semalam) abang telefon dan beritahu hendak ke rumah. Selepas melintas landasan, mereka akan menunggu teksi atau bas di hentian Kajang seperti biasa. "Biasanya kurang daripada sejam mereka akan sampai ke rumah saya, tetapi kira-kira pukul 2 petang pula, kami dikejutkan dengan kejadian itu," katanya semasa ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Kajang di sini. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, kedua-dua mangsa yang tinggal kira-kira 200 meter dari tempat kejadian maut serta-merta akibat cedera parah. "Mangsa adalah warga emas yang tidak bekerja dan disara oleh tiga orang anak lelaki. Mayat dihantar ke Hospital Kajang untuk bedah siasat. "Kedua-dua mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas dilanggar komuter yang dalam perjalanan dari Seremban ke Rawang," kata beliau. Dalam pada itu, Pengurus Komunikasi Korporat Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), Siti Badariah Wan Hanafi berkata, pasangan tersebut melintas di kawasan yang tidak dibenarkan. "Justeru, pihak KTMB menasihati orang awam supaya tidak menceroboh landasan dan mengambil risiko berbahaya untuk melintas," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |