Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Ibu, kekasih ditahan bunuh anak
- Lima barang kawalan turun harga
- Lelaki direman kes bakar kekasih, anak
Ibu, kekasih ditahan bunuh anak Posted: Ibu, kekasih ditahan bunuh anakOleh RADIAH SAORI
KUALA TERENGGANU – Ibu kanak-kanak yang ditemui mati dibunuh di sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka, Dungun kelmarin merupakan antara empat individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian mangsa itu. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, keempat-empat individu terbabit ditahan di sekitar Kuala Paka antara pukul 1.30 petang kelmarin hingga pukul 1.30 pagi semalam. Menurut beliau, suspek pertama yang merupakan kekasih kepada ibu mangsa ditahan dalam keadaan khayal akibat mengambil dadah, kira-kira dua jam sebelum mayat Nursyafiqah Adawiyyah Abdullah, 2, ditemui pada pukul 3.30 petang. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Lima barang kawalan turun harga Posted: Lima barang kawalan turun hargaOleh MOHD. TURMADZI MADUN PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan semalam mengumumkan penurunan harga terhadap lima jenis barangan di bawah Skim Kawalan Harga menjelang Tahun Baru Cina pada 31 Januari ini. Barangan itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, bawang putih dan ikan bawal putih. Menterinya, Datuk Seri Hasan Malek berkata, harga ayam di seluruh negara telah diseragamkan kepada RM7.50 sekilogram berbanding RM7.70 sebelum ini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Lelaki direman kes bakar kekasih, anak Posted: Lelaki direman kes bakar kekasih, anakOleh KHAIRIYAH HANAFI LELAKI yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes bakar kekasih, anak di Setapak kelmarin. KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang penganggur bagi membantu siasatan kes bakar sebuah rumah yang didiami oleh teman wanitanya di Perumahan Awam, Desa Rejang, Setapak di sini kelmarin. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Desa Bernam Indah, Hutan Melintang, Perak kira-kira pukul 3 pagi semalam. "Dalam tangkapan tersebut, kita menemui satu plastik lutsinar mengandungi dadah dipercayai ganja seberat 2.15 gram bersama lelaki tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |