Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Beranda rumah runtuh ketika uruskan jenazah
- Fosil tumbuhan kuno ditemui
- Lima perompak larikan RM3.36j
Beranda rumah runtuh ketika uruskan jenazah Posted: Beranda rumah runtuh ketika uruskan jenazah
SANDAKAN - Niat murni sekumpulan penduduk kampung untuk menguruskan jenazah bertukar tragedi apabila tujuh daripada mereka cedera selepas lantai beranda sebuah rumah kayu runtuh dalam kejadian di Kampung Karamunting, Jalan Batu Sapi di sini semalam. Kejadian pukul 11 pagi itu berlaku ketika beberapa orang penduduk sedang mengangkat jenazah seorang penduduk untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Sim-Sim. Difahamkan, kira-kira 40 penduduk berada di atas lantai rumah tersebut yang setinggi hampir tiga meter. Ketua Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, Devi Rashedee Ensoi berkata, antara yang cedera dalam kejadian tersebut ialah tiga warga emas berusia lingkungan 60-an. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Fosil tumbuhan kuno ditemuiOleh KAMARUDIN HAMZAH YUNUS (dua kiri) bersama Shafeea (tengah) melihat fosil tumbuhan kuno yang ditemui di Ampangan Paya Pedu, Besut Terengganu semalam. BESUT – Sebanyak tujuh fosil tumbuhan kuno luar biasa berusia 270 juta hingga 350 juta tahun yang pernah wujud pada Zaman Karbon ditemui di tapak pembinaan Empangan Paya Peda, Hulu Besut di sini baru-baru ini. Fosil itu ditemui dalam bentuk tempelan atau teraan pada permukaan lapisan batuan terawet dan masih mengekalkan bentuk cabang daun, corak urat dan corak batang pokok. Penemuan kepelbagaian genus fosil tumbuhan itu menjadikan Paya Peda boleh diberi penarafan luar biasa ketiga di negeri ini selepas Bukit Keluang dan Bukit Bewah. Tumbuh-tumbuhan pada zaman tersebut terdiri daripada beberapa jenis pokok sahaja dan mudah dikenal pasti. Ia dipercayai tumbuh di kawasan paya yang luas, padat dengan tumbuh-tumbuhan serta terletak dalam kawasan tropika. Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains, Datuk Yunus Abdul Razak berkata, tumbuhan itu mati dan kemudian tertimbus oleh enapan sedimen lalu kekal terawet untuk ratusan juta tahun lamanya. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Lima perompak larikan RM3.36jOleh ADLAN JAAFAR ANGGOTA polis memeriksa van keselamatan yang dibakar penjenayah sebelum melarikan wang tunai RM3.36 juta di Ijok, Kuala Selangor, Selangor semalam. KUALA SELANGOR – Empat pengawal keselamatan yang melakukan tugas rutin memindahkan wang ke mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah stesen minyak di Ijok dekat sini semalam tidak menyangka berhadapan detik menakutkan apabila diikat sebelum wang berjumlah RM3.36 juta yang dibawa dilarikan lima perompak. Dalam kejadian pukul 9.53 pagi itu, van kawalan keselamatan dinaiki empat pengawal keselamatan terdiri daripada seorang wanita dan empat lelaki itu berhenti di stesen minyak tersebut bagi memindahkan wang ke ATM yang terletak di sebuah stesen minyak berkenaan. Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Shukri Dahlan berkata, sebaik pintu gelongsor van tersebut dibuka, sekumpulan lima penjenayah dipercayai lelaki yang memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu ke dalam van keselamatan berkenaan. Menurutnya, salah seorang daripada suspek kemudian bertindak menolak pemandu van berkenaan yang berada di tempat duduk pemandu ke belakang sementara seorang suspek lain merampas selaras senapang patah milik seorang pengawal keselamatan lain. "Selepas itu, kenderaan terbabit telah dilarikan ke sebuah ladang kepala sawit di Jalan Sepakat yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari stesen minyak berkenaan. "Seorang lagi suspek yang memandu sebuah van lain jenis Nissan Vanette berwarna perak telah mengekori van keselamatan itu dari belakang," katanya kepada Kosmo! di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |