Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Sang Saka Biru sudah siap siaga Posted: Sang Saka Biru sudah siap siagaOleh MOHD. TURMADZI MADUN
KEJAYAAN membimbing Pahang menjuarai Piala Malaysia musim lalu membuatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini menagih sentuhan magis Dollah Salleh. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau tidak rela lagi melihat Sang Saka Biru menghuni tangga tercorot liga. Sebaliknya, Zahid yang juga penaung skuad PDRM mahu anak-anak buahnya bangkit seterusnya menjuarai kempen Liga Premier musim ini. "Jika kita jaga kebajikan pemain, mereka akan memberikan yang terbaik buat pasukan. Jadi orang tercorot merupakan perkara yang memalukan. "Ini berdasarkan pengalaman saya ketika bersama pasukan Perak dan Angkatan Tentera Malaysia. Jika gaji, elaun serta bonus dibayar tepat pada waktunya, maka pemain akan gembira," katanya ketika berucap pada majlis pengenalan skuad PDRM musim 2014 di Hotel Marriott di Putrajaya semalam. Pada majlis itu, PDRM yang mendapat penajaan daripada Kappa dan Perkasa Jauhari Sdn. Bhd., memperkenalkan 26 pemain termasuk empat awang import. Dalam pada itu, Zahid menegaskan, beliau tidak akan 'memberi muka' kepada pemain atau pegawai yang terlibat dalam skandal mengatur perlawanan. "Saya tahu, pengurusan terdahulu banyak yang tidak telus atau hanky-panky. Jadi saya tidak mahu perkara yang sama berulang. "Jika berlaku juga, saya tahu hendak buat macam mana ke atas orang yang suka merosakkan pasukan," katanya. Sementara itu, jurularih PDRM, Dollah Salleh (gambar kecil) berkata, sasaran untuk muncul sebagai juara Liga Premier musim ini adalah suatu tugasan yang berat. "Jadi para pemain perlu bekerja keras bagi membentuk pasukan yang mantap," jelasnya. | |
Posted: Gergasi mahu kembali digeruniOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
SELANGOR tidak mahu ketinggalan bersaing hebat dengan pencabar-pencabar utama dalam kancah Liga Malaysia (Liga M). | |
Kelantan letak sasaran satu piala Posted: Kelantan letak sasaran satu pialaANNUAR (memakai topi) bergambar kenangan dengan para pemain dan pegawai skuad Kelantan di Perdana Resort, Kota Bharu semalam. PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) meletakkan sasaran untuk meraih sekurang-kurangnya satu kejuaraan pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini, lapor YATIMIN ABDULLAH. Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, sasaran itu tampak realistik bersandarkan kepada adunan pemain yang membarisi skuad The Red Warriors musim ini selain dibantu kepakaran yang dimiliki pengendali baharu, Steve Darby. "Sejak empat tahun kebelakangan ini, Kelantan cukup sinonim dengan kejuaraan. Pada saya, hasrat kita untuk mengekalkan atau memenangi salah satu trofi yang dipertandingkan musim ini mampu direalisasikan. "Bagi saingan Liga Super pula kita meletakkan sasaran dalam kelompok enam pasukan terbaik walaupun Kelantan dilihat berpeluang untuk berada di kedudukan kedua atau menjadi juara," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar pengenalan jersi baharu Kelantan jenama Warriors di Perdana Resort dekat Kota Bharu semalam. Annuar memberitahu, tajaan yang diterima oleh KAFA dilihat cukup untuk menampung perbelanjaan badan induk itu bagi mengharungi saingan musim ini. Katanya, beliau gembira kerana banyak pihak yang sedia menaja The Red Warriors sehingga terpaksa membuat pilihan untuk mengisi kuota tersebut. "Alhamdulillah, jumlah RM8 juta yang diperlukan untuk menampung perbelanjaan pasukan berjaya dipenuhi hasil sumbangan daripada rakan-rakan penaja musim ini. "Saya berterima kasih kepada semua penaja dan ia menguatkan lagi semangat para pemain Kelantan untuk memberikan persembahan terbaik dalam saingan musim ini," ujarnya. Musim ini menyaksikan KAFA menerima tajaan daripada sembilan buah syarikat - Hotlink, Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Kumpulan Adabi, Syatikat Muda Osman, Tresenergy Sdn. Bhd., Sinar Harian, Konsortium E-Mutiara, Andida dan Bayam Hospitaliti. Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, harga tiket di Stadium Sultan Muhammad IV masih kekal sebagai tanda terima kasih kepada penyokong Kelantan. "Cuma harga tiket yang dibeli secara bermusim ada sedikit kenaikan selaras dengan kemudahan disediakan oleh pihak KAFA," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |