Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: Revington mahu letak jawatan
PERSIAPAN skuad hoki senior negara menjelang kempen Kejohanan Hoki Piala Dunia 2014 di The Hague, Belanda pada Mei depan terencat seketika apabila ketua jurulatih, Paul Revington membuat keputusan mengejut untuk melepaskan jawatannya. Difahamkan, jurulatih kelahiran Afrika Selatan berusia 41 tahun itu memutus- kan untuk mengundur diri atas alasan kesihatan. Perkara itu disahkan oleh Timbalan Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (MHC), Datuk Nur Azmi Ahmad kepada Kosmo! semalam. Beliau yang enggan menjelaskan lebih terperinci berhubung perkara tersebut berkata, satu sidang akhbar khas akan diadakan hari ini. "Pihak MHC telah menerima surat peletakan jawatan daripada Revington pada Jumaat lalu. "Saya tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana esok (hari ini) kami akan mengadakan sidang akhbar bagi menjelaskan perkara sebenar," kata Nur Azmi ketika dihubungi Kosmo! semalam. Revington telah menghantar surat peletakan jawatannya sehari selepas sidang akhbar yang beliau turut hadir ketika mengumumkan 35 pelatih skuad senior negara yang dipengerusikan oleh Nur Azmi sendiri pada Khamis lalu. Ini merupakan kali kedua Revington melepaskan jawatannya selepas beliau dikatakan tidak berpuas hati dengan campur tangan bekas jurulatih skuad Projek 2013, Muhammad Dhaarma Raj Abdullah dan Pengarah Pembangunan Hoki 1MAS, Lim Chiow Chuan pada Jun tahun lalu. Bagaimanapun, Reving- ton menarik kembali keputusannya dan bersetuju meneruskan tugas dengan skuad hoki senior negara selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. Revington dilantik sebagai jurulatih skuad senior pada 22 Ogos 2012 apabila menandatangani kontrak selama dua tahun serta pilihan sambungan kontrak selama dua tahun lagi. Sementara itu, bekas kapten skuad negara, Nor Saiful Zaini menganggap keputusan Revington itu bakal mengundang masalah kepada anak- anak buahnya sebelum mereka berlepas ke Belanda. "Daripada pandangan saya, ia tidak sepatutnya berlaku kerana kita ada empat bulan sahaja lagi sebelum bermulanya Piala Dunia. "Sepatutnya, dia (Reving- ton) meletakkan jawatannya lebih awal," jelasnya. Skuad senior negara akan berdepan jadual padat sepanjang tahun ini dengan menyertai beberapa kejohanan seperti Piala Sultan Azlan Shah (13-23 Mac); Cabaran Juara-Juara I (26 April-4 Mei); Kejohanan Dusseldorf Jemputan Empat Negara (15-18 Mei); Piala Dunia (31 Mei-15 Jun); Sukan Komanwel (23 Julai-3 Ogos) dan Sukan Asia (18 September-27 Oktober). | |
Sepakan penalti cetus kontroversi Posted: Sepakan penalti cetus kontroversiOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI TONGGAK pertahanan Kelantan, Obinna Nwaneri menanduk bola ke gawang Sime Darby pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin. JURULATIH Sime Darby, Ismail Zakaria secara terbuka meluahkan kekecewaan terhadap mutu pengadilan pada aksi pembukaan Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam kelmarin. Ismail menegaskan bahawa kerja keras anak- anak buahnya bagaikan 'dirompak' oleh pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin yang memberikan sepakan penalti kepada The Red Warriors ketika aksi berbaki sembilan minit. Penyerang import, Mohammad Ghaddar tidak berdepan masalah untuk menyempurnakan sepakan tersebut, sekali gus menyaksikan Kelantan mencipta kemenangan 2-1. Sebelum itu, impian The Giant Killer untuk sekurang- kurangnya meraih satu mata hampir berjaya direalisasikan. Sime Darby terlebih dulu merobek gawang Kelantan hasil jaringan Mohd. Fadzli Shaari menerusi sepakan percuma seawal minit ketujuh. Bagaimanapun, Ghaddar berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-60 sebelum meledak gol kedua hasil sepakan penalti yang mencetuskan kontroversi itu. Mengulas lanjut, Ismail memberitahu, pihak pengurusan Sime Darby telah mengemukakan aduan kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). "Dalam insiden itu, pengadil tidak sepatutnya memberikan sepakan penalti. "Selepas melihat rakaman video, jelas ketika perebutan bola antara pemain saya (Mohd. Firdaus Mohd. Faudzi) dan pemain Kelantan, ia dikira sebagai ball to hand, bukannya pemain saya sengaja mahu memegang bola tersebut. "Pengadil seperti lebih terburu-buru hendak jatuhkan hukuman, bukannya mengadili perlawanan ini dengan lebih baik," kata Ismail kepada dihubungi Kosmo! semalam. Dalam perkembangan lain, Ismail kini mahu memberikan tumpuan kepada aksi pusingan pertama Piala FA menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok. "Buat masa ini, saya mahu melupakan kekecewaan kami di Kota Bharu dan memberikan fokus kepada aksi bertemu ATM. "ATM bukanlah satu pasukan yang asing bagi kami kerana kami telah beberapa kali bertemu mereka dalam aksi persahabatan mahupun kejuaraan Piala FA musim lalu. "Saya berharap kami dapat memberikan prestasi baik nanti," katanya. | |
Posted: Tonik berharga KelantanOleh YATIMIN ABDULLAH JURULATIH baharu Kelantan, Steve Darby lulus ujian pertama apabila skuad bimbingannya meraih tiga mata penuh selepas menumbangkan Sime Darby 2-1 pada aksi pembukaan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu kelmarin. Darby berkata, kemenangan yang dilakar di hadapan ribuan penyokong The Red Warriors itu adalah hasil kerja keras yang ditunjukkan oleh barisan pemainnya sepanjang perlawanan berlangsung. Menurut Darby, tiga mata yang diraih menjadi tonik berharga buat pasukannya untuk terus memperagakan aksi terbaik dalam perlawanan selepas ini. "Ini bukan kemenangan nasib kerana anda sendiri boleh lihat sendiri bagaimana pemain saya bekerja keras untuk mendapatkan jaringan selepas ketinggalan 0-1 kepada pasukan lawan pada babak pertama. "Kami bermain sebagai pasukan profesional dan semestinya mahu tiga mata dan saya berharap pemain akan meningkatkan prestasi selepas kejayaan pertama malam ini (kelmarin)," katanya ketika ditemui pemberita sejurus tamat perlawanan kelmarin. Kelantan yang beraksi di gelanggang sendiri dikejutkan dengan jaringan awal pelawat pada minit ketujuh menerusi sepakan percuma Mohd. Fadzli Shaari dari luar kotak penalti, sekali gus mengelirukan Khairul Fahmi Che Mat di gawang The Red Warriors. Penggempur sensasi Lubnan, Mohammad Ghaddar dijulang sebagai wira The Red Warriors apabila jaringannya pada minit ke-60 dan ke-81 memastikan Kelantan meraih tiga mata berharga. Namun, gol kedua Ghaddar menimbulkan kontroversi selepas pengadil perlawanan, Muhammad Nazmi Nasaruddin menghadiahkan sepakan penalti kepada Kelantan apabila bola terkena tangan pemain pertahanan Sime Darby, Mohd. Firdaus Mohd. Faudzi. Darby memberitahu, meskipun meraih kemenangan pada perlawanan tersebut, masih terdapat beberapa kelemahan yang perlu diatasi segera menjelang saingan selepas ini. Beliau mengakui, The Red Warriors masih bergelut untuk mencari keserasian tetapi pujian harus diberikan kepada para pemain kerana tetap berusaha bermain secara berpasukan sehingga tamat perlawanan. Kelantan juga terpaksa 'membayar' harga yang tinggi dengan kemenangan itu apabila kehilangan tonggak import tengah, Mohamed Shawky akibat kecederaan hamstring. "Shawky mengalami kecederaan hamstring dan perlawanan malam ini (kelmarin) sedikit terjejas kerana dia terpaksa dikeluarkan. "Saya akan lihat tahap kecederaannya dan jika teruk, dia mungkin tidak dapat beraksi dalam perlawanan kedua menentang Sarawak pada 25 Januari ini di Kuching," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |