Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
- Iran matikan langkah samba di Janda Baik
- ATM kena bedil di Selayang
- Kelantan sudah tahu kelemahan Sarawak
Iran matikan langkah samba di Janda Baik Posted: Iran matikan langkah samba di Janda Baik
SKUAD bawah 16 tahun Iran mematikan langkah samba di Janda Baik, Bentong, Pahang. Semalam, skuad remaja Iran itu mengecewakan wakil Brazil, Internacional FC 3-1 pada aksi separuh akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Antarabangsa Frenz Bawah 16 Tahun (B-16) yang berlangsung di Stadium Frenz Janda Baik. Rentak yang dipamerkan skuad Iran pada perlawanan tersebut cukup mempersonakan tanpa memberi ruang kepada lawan mereka untuk meloloskan diri. Asakan mereka sejak daripada awal permainan cukup garang dan penjaga gol Internacional terpaksa bekerja keras untuk menyelamatkan gawangnya daripada dibolosi. Begitupun, kekebalan pertahanan Internacional FC tewas juga menerusi percubaan Reza Shekari pada minit ke-21 untuk membolehkan Iran mendahului 1-0. Namun kegembiraan Iran hanya seketika apabila Internacional FC pantas memperoleh gol penyamaan menerusi jaringan Tharlis Sartori pada minit ke-42. Selepas waktu rehat, rentak kedua-dua pasukan dilihat lebih seimbang namun, Iran lebih banyak mencipta peluang namun usaha mereka untuk menambah jaringan dinafikan kecekapan penjaga gol pasukan lawan. Kedudukan seri 1-1 itu kekal sehingga tamat masa perlawanan sebenar sekali gus mengheret permainan ke masa tambahan. Pada aksi tambahan itu, Iran dilihat lebih kemas dengan mencipta banyak peluang ke arah gawang lawan. Hasilnya, mereka berjaya memperoleh gol kedua menerusi jaringan Nima Dagestani pada minit ke-105 sebelum Nima Moktari melengkapkan kemenangan 3-1 menerusi jaringannya pada minit ke-118. dengan kemenangan tersebut, Iran melangkah bergaya ke final untuk membuat perhitungan dengan juara bertahan, Slovakia malam esok. Kejohanan kali ini telah disertai 11 pasukan termasuk tuan rumah Frenz United Malaysia. Nasib tidak menyebelahi pasukan tuan rumah apabila gagal mara ke separuh akhir selepas menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga. | |
Posted: ATM kena bedil di SelayangOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI
JURULATIH skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan berpuas hati dengan mutu pengadilan yang dipamerkan Mohd. Zamzaidi Katimin biarpun menyaksikan skuad kendaliannya tewas tipis 0-1 kepada Selangor PKNS pada aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam tadi. Sebelum ini, Sathianathan lantang mengkritik mutu pengadilan yang teruk ketika menyaksikan pasukannya tewas 1-2 kepada Sime Darby di venue yang sama pada aksi pusingan pertama Piala FA, Selasa lalu. Namun, Sathianathan tampil dengan nada berbeza apabila beliau mengakui Zamzaidi telah melaksanakan satu tugasan yang cukup baik biarpun kecewa dengan kekalahan yang dialami pasukan bimbingannya. "Pengadil hari ini (semalam) memang ada 'kelas'. Dia sememangnya seorang pengadil yang bagus dan saya tidak mahu membuat sebarang aduan terhadap mutu pengadilan pada perlawanan ini. "Kami telah tewas dua kali berturut-turut termasuk pada aksi pusingan pertama Piala FA dan ternyata, mental dan moral kami masih belum pulih sejak kekalahan itu. "Perlawanan ini dilihat cukup seimbang dan ATM dilihat tidak bernasib baik. Kita gagal memanfaatkan peluang dan inilah kesilapan kita. "Apa yang pasti, kami perlu pulihkan motivasi kami dalam usaha mencari rentak kemenangan untuk aksi akan datang," katanya kepada pemberita selepas tamat perlawanan. Pada aksi itu, penyerang PKNS, Patrick Ronaldinho muncul sebagai wira apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-72. Dalam masa yang sama, jurulatih PKNS, Wan Jamak Wan Hassan mengakui beliau berpuas hati dengan kejayaan membawa tiga mata pertama di pentas Liga Super. "Kami berjaya bangkit sejak kekalahan 1-2 kepada Terengganu pada aksi pertama Liga Super (18 Januari lalu). "Biarpun sekadar menang tipis tetapi saya tetap berpuas hati dengan kemenangan pertama di liga," katanya. | |
Kelantan sudah tahu kelemahan Sarawak Posted: Kelantan sudah tahu kelemahan SarawakOleh YATIMIN ABDULLAH FORKEY DOE (tengah) bakal mengetuai jentera serangan Kelantan pada aksi menentang Sarawak malam ini. PENGENDALI The Red Warriors (TRW), Steve Darby melancarkan perang psikologi dengan mendakwa dia sudah mengetahui rahsia kekuatan skuad Bujang Senang menjelang pertemuan Liga Super antara kedua-dua pasukan di Stadium Negeri Petra Jaya, Kuching malam ini. Darby berkata, berdasarkan persembahan pasukan berkenaan dalam saingan Piala FA Selasa lalu, dia sudah mengetahui kekuatan dan kelebihan yang ada pada skuad bimbingan Robert Alberts itu. Menurutnya, ia memudahkan sedikit tugasnya untuk menyediakan ramuan terbaik buat TRW untuk menghadapi pertemuan tersebut. "Saya akui Sarawak bukanlah calang-calang pasukan dan mereka mempunyai pemain import yang berkualiti. "Begitu juga dengan pemain tempatan yang mempunyai kelebihan tersendiri. "Berkemungkinan besar saya akan menukar gaya permainan termasuklah mengubah beberapa posisi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan," katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu semalam. Darby memberitahu, tonggak import, Mohammed Ghaddar dan Francis Forkey Doe bakal mengetuai jentera serangan TRW pada pertemuan itu nanti. Katanya, kehadiran dua tonggak tersebut akan memperkemaskan lagi jentera serangan Kelantan pada perlawanan itu kelak. "Kedua-dua pemain ini mempunyai kualiti tersendiri, saya harap mereka dapat menghasilkan banyak jaringan," ujarnya. Dalam perkembangan lain, Darby berkata, seorang lagi tonggak importnya, Mohammad Shawky masih lagi dibelenggu kecederaan. Katanya, pemain tersebut dijangka dapat diturunkan pada pertemuan dengan Selangor PKNS Selasa nanti. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |