{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Sukan

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Sukan


Slovakia tiada tandingan

Posted:

Slovakia tiada tandingan

Slovakia tiada tandingan

Oleh SHANIKA ABDULLATIB
shanika.latib@kosmo.com.my

BARISAN pemain dan pegawai skuad B-16 Slovakia meraikan kejayaan muncul juara Piala Antarabangsa Frenz B-16 2014 di Stadium Frenz Janda Baik, Bentong malam tadi.


SKUAD Bawah 16 (B-16) tahun Slovakia membuktikan kehebatan mereka apabila menjuarai Piala Antarabangsa Frenz B-16 2014.

Tampil beraksi selaku penyandang juara, skuad B-16 Slovakia merakamkan kemenangan 2-0 ke atas skuad B-16 Iran pada aksi final di Stadium Frenz Janda Baik, Bentong, Pahang malam tadi.

Bagaimanapun, kedua-dua gol itu terhasil pada masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam tempoh 90 minit perlawanan.

Kapten skuad B-16 Slovakia, Martin Macho menjaringkan gol pertama pasukannya pada minit ke-104.

Filip Modorosi menambah gol kedua skuad B-16 Slovakia berselang seminit kemudian, sekali gus memadam sisa-sisa perjuangan skuad B-16 Iran.

Bagaimanapun, pujian juga harus diberikan kepada skuad B-16 Iran yang dibimbing Mostafa Ghanbar apabila menampilkan semangat juang tinggi sepanjang perlawanan.

Skuad B-16 Iran terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain apabila Nima Daghestani Hamid menerima kad merah pada minit ke-65.

Biarpun beraksi dengan sepuluh pemain, skuad B-16 Iran masih mampu memberi tekanan kepada lawan mereka.

Skuad B-16 Slovakia juga boleh dianggap bernasib baik apabila jaringan penyerang skuad B-16 Iran, Reza Shekarighezelhayeh Rahim dibatalkan kerana ofsaid.

Terdahulu, skuad B-16 Slovakia melangkah ke pentas final selepas mengatasi Sporting Lisbon 8-7 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi separuh akhir.

Skuad B-16 Iran pula memadam cabaran Internacional FC dengan kemenangan 3-1 dalam satu lagi pertembungan separuh akhir.

Selaku juara, skuad B-16 Slovakia membawa pulang hadiah wang tunai AS$50,000(RM 160,000) manakala skuad B-16 Iran meraih AS$25,000(RM80,000).

Selaku pemenang tempat ketiga pula, Internacional meraih AS$15,000 (RM48,000) manakala Sporting pulang dengan AS$10,000(RM 32,000).

Pada Piala Antarabangsa Frenz kali ini, saingan Kumpulan A berlangsung di Janda Baik sementara aksi Kumpulan B di Yogjakarta, Indonesia.

FAM masih buat siasatan

Posted:

FAM masih buat siasatan

FAM masih buat siasatan

Oleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE
hidayat.azmie@kosmo.com.my

Sathianathan


NASIB pengendali Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B. Sathianathan serta ketua jurulatih Sime Darby, Ismail Zakaria dijangka diketahui selewat-lewatnya esok.

Kedua-dua jurulatih itu sebelum ini dilaporkan mempertikai mutu pengadilan pada aksi Liga Malaysia (Liga M) yang membuka tirainya pada 18 Januari lalu.

Namun, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak menegaskan, kedua-dua jurulatih itu masih belum terbukti bersalah.

Menurut beliau, buat masa ini kenyataan kedua-dua jurulatih itu masih disiasat.

"Kes itu masih dalam perhatian Jabatan Undang-Undang FAM.

"Mereka (Sathianathan dan Ismail) masih belum terbukti bersalah dan keputusan kes itu dijangka diketahui 28 Januari ini (esok)," kata Taufek kepada Kosmo! semalam.

Terdahulu, Sathianathan mempertikaikan mutu pengadilan ketika The Gladiators tewas 1-2 kepada Sime Darby pada aksi pusingan pertama Piala FA di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selasa lalu.

Ismail pula berang dengan keputusan pengadil memberikan sepakan penalti kepada Kelantan yang menyaksikan Sime Darby tewas 1-2 di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu pada 18 Januari lalu.

Mengulas lanjut, Taufek membayangkan kedua-dua jurulatih tidak terlepas hukuman jika sebarang kenyataan yang mereka keluarkan itu berbentuk kritikan yang negatif biarpun Artikel 88 telah dipinda.

"Seperti yang saya katakan tadi, kenyataan mereka masih disemak sama ada ia berbentuk kenyataan ataupun kritikan.

"Kalau ada kes, kita akan buat tindakan susulan... jadi tunggu 28 Januari (esok)," katanya.

Untuk rekod, Sathianathan dan Ismail kini disiasat di bawah Kod Tatatertib FAM di bawah Perkara 18.

Jika sabit kesalahan, mereka bakal berdepan hukuman minimum digantung empat perlawanan atau maksimum dua tahun penggantungan.

Dalam pada itu, Ismail bersedia disiasat FAM ekoran kenyataannya sebelum ini.

"Terpulang kepada FAM. Mereka lebih arif dalam hal ini dan sebenarnya, saya tidak mengkritik (FAM). Itu saja saya boleh katakan," ujarnya.

Masih ada sebab pulang gembira

Posted:

Masih ada sebab pulang gembira

Masih ada sebab pulang gembira


IMBAS KEMBALI... Pemain MBPJ, Raiq Razin (kanan) bersaing dengan pemain Anderson, Muhammad Nur Azlan Azman pada aksi Liga Hoki Remaja Kebangsaan 2014 di Stadium Hoki Kuala Lumpur pada 12 Januari lalu.


"TUMBANG di tangan 'abang' tidak bermakna kami akan kalah juga dengan 'adik'." Demikian respons pengurus pasukan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zanal Abidin Ismail sejurus kemenangan 4-1 ke atas Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI Juniors) pada aksi Liga Hoki Remaja Kebangsaan (MJHL) 2014 di Stadium Hoki Taman Daya, Johor Bahru kelmarin.

Kejayaan tersebut sekali gus berjaya mengubat kekecewaan (MBPJ) setelah kalah besar 0-6 kepada juara bertahan, SSTMI-Thunderbolt sehari sebelum perlawanan menentang SSTMI Juniors itu.

Zanal mengakui, MBPJ bukanlah tandingan SSTMI-Thunderbolt, namun tetap gembira dengan aksi anak-anak buahnya mengalahkan SSTMI Juniors, seterusnya menyaksikan mereka kembali ke landasan kemenangan dalam kempen kali ini.

"Seperti yang saya maklumkan, pemain kami kurang berpengalaman jika mahu dibandingkan dengan mereka (SSTMI-Thunderbolt)... menentang (SSTMI) Juniors barulah sama padan.

"Para pemain begitu bersemangat sejak kalah (Jumaat lalu) dan perlawanan menentang SSTMI Juniors ini merupakan misi wajib menang.

"Alhamdulillah akhirnya kami berjaya. Perjalanan kami ke selatan ini sekurang-kurangnya berjaya membawa pulang tiga mata penuh daripada dua perlawanan di sini," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pada aksi tersebut, SSTMI Juniors terlebih dulu membuka tirai jaringan menerusi jaringan padang daripada Noor Hafiz Iman Chairul Anwar pada minit ke-14.

Tersentak dengan jaringan tersebut, MBPJ bangkit menggasak kubu lawan dan berjaya memperoleh dua gol jaringan padang pada minit ke-26 dan 47 melalui Nazirul Mubin Zebidi dan Abdul Halim Jalil.

MBPJ turut dianugerahkan tiga pukulan penalti pada perlawanan itu, namun hanya dua yang berjaya disempurnakan oleh Mohamad Helmi Jaafar dan Faiq Razin Zariq Idris pada minit ke-61 dan 65.

MBPJ kini berada di tangga kedua liga dengan sembilan mata daripada empat perlawanan di belakang pendahulu liga, SSTMI-Thunderbolt yang mempunyai kelebihan satu perlawanan.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat