Kosmo Online - Varia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Varia |
Keenakan tulang rusuk bakar Bob Republic Burger Posted: Keenakan tulang rusuk bakar Bob Republic Burger
GERAI Bob Republic Burger Bakar di Subang Jaya, Selangor terkenal dengan hidangan menu burger bakar yang diolah mengikut cita rasa tempatan. Gerai berusia tiga tahun yang terletak di Jalan USJ 9/3E itu juga dikenali dengan pembaharuan sajian yang ditawarkan kepada pelanggan. Menu terbaharunya merupakan tulang rusuk bakar yang diberi nama The Killer Rib. Hidangan istimewa itu merupakan tulang rusuk lembu atau kambing yang diperap dengan herba oregano dan thyme sebelum dibakar di atas api kecil selama tiga jam. Ia dihidangkan bersama sos campuran Picco de gallo dan nachos. Seorang pelanggan setia, Azimah Yacob, 32, yang menetap di Selayang, Selangor berkata, gerai berkenaan merupakan lokasi wajib yang akan dikunjunginya hampir setiap hujung minggu. "Antara sebab saya gemar datang ke sini ialah hidangan rusuk bakar yang sedap dan lembut yang ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan. "Saya dapati pemiliknya juga sering melakukan pembaharuan menu bagi menarik pelanggan," katanya ketika ditemui Kosmo! di gerai berkenaan. Selain burger dan tulang rusuk bakar, gerai yang menawarkan 15 jenis hidangan itu juga terkenal dengan sajian Barat seperti quessadillas dan fajita wrap iaitu gabungan daging bakar dan roti tortilla bersama sos salsa dan krim masam. Tanpa MSG Bagi penduduk Subang Jaya, Zahari Zainal, 32, dia sangat menggemari burger bakar dan fajitas wrap di gerai tersebut kerana kelazatan hidangan berkenaan. Bahkan, dia juga diyakini bahawa sajian-sajian yang ditawarkan tidak menggunakan bahan perasa tambahan seperti monosodium glutamate (MSG).
"Saya merupakan peminat burger bakar. Malah sudah banyak gerai burger yang saya cuba. Namun, setiap kali saya memakan burger yang disediakan, saya terasa dahaga dan keadaan ini dipercayai kerana pengusaha gerai-gerai terlibat menggunakan bahan perasa tambahan. "Namun, saya tidak mengaalmi pengalaman itu apabila menikmati hidangan di gerai Bob Republic Burger," katanya yang mengunjungi gerai tersebut sebanyak tiga kali seminggu. Pemilik gerai, Mohd. Najib Muhammad Helme atau lebih dikenali sebagai Bob, 33, berkata, kepuasan pelanggan merupakan keutamaan perniagaannya. "Sehubungan itu, kualiti makanan amat dititikberatkan kerana kami percaya sokongan pelanggan merupakan tunjang perniagaan ini," katanya yang berpengalaman menjadi tukang masak di beberapa buah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Menurut Bob, segala peringkat penyediaan makanan diteliti. Ini termasuk aspek rasa setiap hidangan, penggunaan ramuan halal dan penjagaan kebersihan dapur dan gerai. Menurutnya, para pelanggan Bob Republic Burger kebanyakannya terdiri daripada penuntut di institusi-institusi pengajian tinggi dan penduduk sekitar yang ingin menikmati hidangan lazat seperti di sebuah restoran lima bintang, namun dalam keadaan santai. "Saya percaya antara sebab utama mereka ke gerai ini bukan sahaja disebabkan rasa dan kepelbagaian hidangan tetapi harga yang berpatutan. "Hidangan kami disediakan pada harga serendah RM8 untuk hidangan burger bakar dan RM18 bagi The Killer Rib," katanya sambil memaklumkan gerai tersebut boleh menempatkan kira-kira 50 orang pelanggan pada satu-satu masa. Di samping itu, Bob menambah, pihaknya juga menerima tempahan awal bagi mereka yang berada jauh dari kawasan Subang Jaya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Varia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |