{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online - Varia

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online - Varia


Merungkai falsafah kehidupan dan agama

Posted:

Merungkai falsafah kehidupan dan agama

Merungkai falsafah kehidupan dan agama

SETAKAT ini, Noor Aishah berjaya menghasilkan dua buah novel iaitu Velvet di Durham dan Akrilik Atas Kanvas.


NOVEL-NOVEL cinta kian mendapat perhatian pembaca di negara ini, khususnya kaum wanita. Rentetan itu, ramai penulis berlumba-lumba menghasilkan novel genre romantis agar tidak ketinggalan dalam trend semasa.

Namun, berbeza dengan Noor Aishah Mat Dahan, 25, yang memilih novel fiksyen. Dia turut menerapkan ilmu berkaitan akidah dan falsafah dalam novelnya, Velvet di Durham.

Menurut anak jati Kuantan, Pahang itu, novel berkenaan dihasilkan bagi memberi lebih pilihan kepada peminat-peminat novel di negara ini.

"Saya dapati para pembaca novel ini adalah mereka yang memang sudah lama mencari bahan bacaan berbeza berbanding lambakan novel romantis di pasaran," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Dia yang bekerja sebagai tutor bahasa Inggeris mendapat idea menulis novel fiksyen itu setiap kali berasa tidak berpuas hati dengan bahan bacaannya.

"Setiap kali saya membaca novel, pasti wujud banyak persoalan yang tidak terjawab. Ini menyebabkan saya berasa tidak puas dengan buku yang sedang dibaca dan bertekad menghasilkan buku yang lebih baik," jelasnya.

Ilham

Ujar graduan Universiti London dalam bidang pengajian Sarjana Falsafah Greek dan Ideologi Moden itu, ilham tersebut tercetus sejak dia menuntut di tahun kedua peringkat Ijazah Sarjana Muda Ilmu Wahyu dan Warisan Islam (Usuluddin dan Perbandingan Agama) di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Disebabkan kesibukan sebagai pelajar, dia hanya menulis dan menyiapkan novel tersebut setelah tamat pengajian di UIAM pada tahun 2012.

"Saya menyiapkan novel ini dalam tempoh kurang 37 hari. Tiada sebarang masalah dihadapi ketika menyiapkan novel ini," katanya.

Ceritanya lagi, dia mula meminati bidang penulisan sejak di bangku sekolah. Sejak itu, minatnya semakin berkembang terutamanya ketika menuntut di universiti. Pada waktu itu, dia aktif menulis cerpen dan puisi untuk kepuasan diri sendiri.

Tambahnya, penulisan merupakan satu proses untuk berfikir secara kreatif dan kritikal untuk memahami kehidupan dengan lebih baik.

"Penulisan berkualiti bukan sahaja memberi manfaat dan kepuasan kepadanya malah pembaca juga turut puas," ujar Noor Aishah yang menggunakan nama pena Aishah Madadiy.

Ketika ini, lebih 4,000 naskhah novel Velvet di Durham yang diterbitkan oleh Jemari Seni Sdn. Bhd. (Jemari Seni) pada Mei 2012 telah dijual.

Menurutnya, novel itu mengisahkan perjuangan Fid, seorang pelajar falsafah di United Kingdom yang kehilangan seluruh ahli keluarga dalam satu kemalangan maut.

Ekoran kejadian itu, Fid berusaha untuk bangkit semula dan mencari jawapan kepada makna sebuah kehidupan, jiwa, persahabatan, cinta dan impian.

Pengukuhan akidah

Menurut Noor Aishah, walaupun novel itu mengandungi sedikit sentuhan kisah cinta, namun tema utamanya adalah berkenaan pengukuhan akidah seorang Muslim dan falsafah kehidupan.

"Dalam novel ini, saya menceritakan serba sedikit ilmu falsafah dengan menyentuh persoalan tentang ketuhanan, etika dan matlamat hidup melalui perbincangan idea falsafah Barat seperti Friedrich Nietzsche dan David Hume.

"Selain itu, saya juga mengambil pandangan ilmuan Islam seperti Imam Al-Ghazali dalam bab mencari ketenangan diri dan kebahagiaan yang hakiki," jelasnya sambil memaklumkan penghasilan novel berkenaan banyak merujuk kepada bahan-bahan bacaan seperti buku dan internet.

Selain buku Velvet di Durham, Noor Aishah juga menghasilkan buku berjudul Akrilik Atas Kanvas yang diterbitkan Jemari Seni pada Ogos 2013.

Membicarakan hasil kerja semasa, beliau memaklumkan sedang giat menyiapkan beberapa manuskrip untuk dihantar kepada penerbit.

Hadiah misteri buat pelanggan setia Tesco

Posted:

Hadiah misteri buat pelanggan setia Tesco

Hadiah misteri buat pelanggan setia Tesco


FISCHER (tiga kiri) memotong kek semasa merasmikan promosi sempena Tahun Baru Cina di Tesco Kepong Village Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.


TUAH ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Jika anda pelanggan setia rangkaian pasar raya besar terkemuka, Tesco yang dimiliki Tesco Stores (Malaysia) Sdn. Bhd. (Tesco Malaysia), musim perayaan ini adalah masa terbaik untuk anda mencuba nasib memenangi hadiah misteri melalui pembelian anda di sana.

Apa yang anda perlu lakukan adalah mendengar isyarat Peraduan Ong Mali di stesen Astro Radio seperti My FM, Mix FM atau Melody FM untuk mendapatkan pembayang bagi peraduan tersebut.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Tesco Malaysia, Georg Fischer, peraduan yang bermula pada 10 Januari lalu itu menawarkan baucar beli-belah bernilai RM188,000 kepada 16 orang pemenang setiap hari selama 21 hari.

"Isyarat peraduan dalam siaran radio tersebut akan memaklumkan lokasi rangkaian Tesco yang terlibat mengikut tarikh yang ditetapkan. Pelanggan kemudian dikehendaki mencari barangan misteri dan mendapatkan pekerja Tesco yang menyimpan kad kemenangan dengan mengungkapkan kata laluan 'Ong mali mali ong' kepadanya.

"Sekiranya pekerja berkenaan membalas dengan ungkapan kata laluan yang sama dan memberikan kad istimewa tersebut kepada peserta, maka dia layak menerima hadiah misteri berkenaan," katanya pada majlis pelancaran kempen itu di Tesco Kepong Village Mall, Kepong, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Fischer berkata, penganjuran peraduan yang bersempena dengan kempen Ong Mali menawarkan pelbagai promosi, ganjaran dan aktiviti menarik untuk para pelanggannya.

"Pelanggan yang berbelanja di Tesco turut berpeluang memenangi tiket tayangan perdana filem Ah Beng: Mission Impossible. Sebanyak 3,000 tiket filem ditawarkan, di samping memberi peluang kepada mereka yang bernasib baik untuk bertemu barisan pelakon filem berkenaan di pasar raya besar Tesco terpilih.

"Selain itu, kami juga akan mengadakan aktiviti Ong Mali on Wheels yang menawarkan baucar berjumlah RM80,000 yang ditaja oleh penyewa-penyewa kami seperti rangkaian restoran Burger King, KFC, King's Confectionery, Pak Hailam, Sushi King dan The Chicken Rice Shop," jelasnya.

Tambah beliau, Tesco juga akan mengadakan tawaran harian produk-produk Tahun Baru Cina sehingga 5 Februari ini, sekali gus memberikan penjimatan kepada pelanggan. Antara barangan tersebut ialah limau mandarin, buah ngaku, biskut dan barang hiasan rumah.

Selain tawaran hadiah peraduan lumayan dan harga barangan yang berpatutan, Tesco Malaysia tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik dengan menyumbangkan sejumlah RM260,000 melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya pada sambutan kali ini. - NADIA SHAIFUL BAHARI

Semarakkan cinta melalui deria anda

Posted:

Semarakkan cinta melalui deria anda

Semarakkan cinta melalui deria anda


DARI kiri: Sazzy, Nazril dan Jojo Struys bergambar selepas majlis pelancaran produk Enchanteur di Kuala Lumpur baru-baru ini.


BULAN Februari sering dikaitkan dengan bulan cinta. Namun, anda dan pasangan tidak perlu menunggu bulan hadapan untuk meraikan cinta kerana perasaan sayang-menyayangi tidak hanya hadir sekali setahun.

Selain menyemarakkan cinta dengan membawa insan tersayang keluar bercuti, keharuman wangian juga mampu membuat si dia tertarik untuk mendekati anda.

Jenama wangian terkenal, Enchanteur memperkenalkan tiga seleksi wangian bagi peringkat perhubungan berbeza yang diinspirasikan daripada cinta. Seleksi yang diberikan nama Enchanteur Love itu terdiri daripada Celebrate Love, Forever Love dan Passionate Love.

Ketiga-tiga varian tersebut mampu memukau anda dengan keunikan bau tersendiri. Celebrate Love mengeluarkan haruman yang bertema meraikan cinta bersama yang tersayang manakala Forever Love menjanjikan bau wangian cinta abadi si pemakai. Sementara itu, Passionate Love mengusik rasa penggoda cinta untuk wangian yang lebih intim.

Duta wangian Enchanteur Love yang juga pasangan selebriti popular, Sazzy Falak dan Nazril Idrus, sempat berkongsi perasaan kerana diberi peluang mewakili wangian tersebut.

"Wangian Enchanteur Love kegemaran saya ialah Forever Love kerana paling sepadan dengan cita rasa saya.

"Saya juga rasa bertuah kerana diberi peluang sekali lagi menjadi duta produk kerana saya pernah mengimpikan gelaran 'Gadis Enchanteur' ketika di usia remaja. Tidak sangka pula tawaran itu datang kini walaupun saya bukan lagi gadis remaja," ujar Sazzy pada majlis pelancaran di Restoran Top Hat, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Difahamkan pasangan itu telah memasuki tahun ketiga menjadi duta produk terkenal itu.

Enchanteur Love bersaiz 50 mililiter dijual pada harga RM31.90 sebotol dan boleh didapati di pusat beli-belah dan rangkaian farmasi utama di seluruh negara.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat