Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Ahli perniagaan maut, anak melecur dalam kebakaran di Pandan Perdana
- Dua beranak maut selepas beli kek hari jadi
- Mayat lelaki dengan kesan tikaman dijumpai bersebelahan lelaki lain
Ahli perniagaan maut, anak melecur dalam kebakaran di Pandan Perdana Posted: Ahli perniagaan maut, anak melecur dalam kebakaran di Pandan Perdana12/01/2014 11:14pm KUALA LUMPUR - Seorang ahli perniagaan maut manakala anak perempuannya melecur di badan selepas sebahagian rumah teres dua tingkat mereka hangus dalam kebakaran di Pandan Perdana di sini hari ini. Dalam kejadian pukul 5.40 petang itu, lelaki berusia 52 tahun serta anaknya berusia 17 tahun itu ditemui di sebuah bilik di tingkat atas kediaman itu. "Gadis itu ditemui terbaring dalam keadaan separuh sedar dengan kesan melecur di sebelah ayahnya sebelum dikejarkan ke Hospital Ampang," kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Hulu Langat, Penguasa Hamdan Daud kepada pemberita di lokasi kejadian di Jalan Perdana 10. Katanya, mendiang yang dikenali sebagai Ng Chee Wai dan anaknya, Ng Qi Jang dipercayai hanya tinggal berdua di rumah itu. Tambahnya, siasatan awal bomba mendapati kebakaran bermula daripada tingkat bawah rumah dan ia mula disedari selepas kedengaran bunyi salakan anjing milik keluarga mangsa sebelum jiran tetangga dan orang ramai cuba memadamkan api. - Bernama |
Dua beranak maut selepas beli kek hari jadi Posted: Dua beranak maut selepas beli kek hari jadi12/01/2014 9:33pm KOTA TINGGI - Seorang bapa dan anak perempuannya maut selepas motosikal yang dinaiki terbabas sebelum dilanggar oleh dua buah kereta di Kilometer 76, Jalan Johor Bahru-Mersing, semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 1.45 petang itu, Mohamad Anwar Razali, 32, bersama anak tunggalnya, Nurul Elyanatasha, 9, dari Felda Tenggaroh 5, Mersing dilaporkan dalam perjalanan menuju ke bandar Kota Tinggi selepas membeli kek hari jadi anak perempuannya itu. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, motosikal yang dinaiki mangsa telah hilang kawalan lalu terjatuh di tengah jalan sebelum dirempuh oleh dua buah kereta dari arah yang bertentangan. "Nurul meninggal dunia di tempat kejadian manakala bapanya meninggal dunia ketika sedang mendapat rawatan kecemasan di Hospital Kota Tinggi (HKT) petang semalam," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - Bernama |
Mayat lelaki dengan kesan tikaman dijumpai bersebelahan lelaki lain Posted: Mayat lelaki dengan kesan tikaman dijumpai bersebelahan lelaki lain12/01/2014 8:28pm JOHOR BAHRU - Seorang pekerja syarikat percetakan dijumpai mati dengan kesan tikaman bersebelahan seorang lelaki lain yang terbaring berhampiran sebuah pub di Taman Nusa Bestari di sini kira-kira pukul 6.10 pagi hari ini. Kedua-dua mereka dipercayai mabuk teruk selepas mengunjungi pub tersebut. Polis segera bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan orang ramai mengenai penemuan dua lelaki yang tidak sedarkan diri itu. "Kedua-dua lelaki ditemui terbaring bersebelahan satu sama lain. Hasil pemeriksaan, polis mendapati mangsa dengan kesan tikaman berusia 36 tahun dan bekerja di Singapura itu sudah tidak bernyawa. Manakala seorang lagi berada dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintenden Noor Hashim Mohamad kepada pemberita di sini. Lelaki yang tidak sedarkan diri dan berusia 38 tahun itu ditahan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |