Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Gempa sederhana melanda pantai barat Sumatra Utara
- Penganut Hindu di Kelantan minta Thaipusam dijadikan cuti umum
- Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas terus berkurangan
Gempa sederhana melanda pantai barat Sumatra Utara Posted: Gempa sederhana melanda pantai barat Sumatra Utara14/01/2014 10:49pm KUALA LUMPUR - Gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter berlaku di luar pantai barat Sumatra Utara, pada pukul 6.36 petang hari ini. Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata pusat gempa ialah di 211 kilometer sebelah barat daya Simeulue, Indonesia, dan 755 km sebelah tenggara Lumut, Perak. Sementara itu, jurucakap jabatan itu berkata, mereka tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian gempa di Semenanjung. - Bernama |
Penganut Hindu di Kelantan minta Thaipusam dijadikan cuti umum Posted: Penganut Hindu di Kelantan minta Thaipusam dijadikan cuti umum14/01/2014 10:43pm KOTA BHARU - Penganut agama Hindu di Kelantan memohon kerajaan negeri mewartakan perayaan Thaipusam sebagai hari cuti umum di negeri ini. Pengerusi MIC Kelantan, M.Kuppusamy berkata, langkah itu bagi membolehkan penganut Hindu di negeri itu menyambutnya tanpa perlu memohon cuti. "Kita akan membuat permohonan secara bertulis kepada kerajaan negeri bagi membolehkan sambutan Thaipusam dijadikan cuti umum pada tahun hadapan," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Tambahnya, sambutan Thaipusam Jumaat ini akan diadakan di Tumpat dengan dihadiri lebih 500 orang penganut agama Hindu di negeri itu. Ahad lepas, kerajaan Kedah telah mengumumkan Jumaat ini sebagai cuti peristiwa negeri Jelapang Padi itu bersempena sambutan perayaan Thaipusam. - Bernama |
Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas terus berkurangan Posted: Jumlah mangsa banjir di jajahan Pasir Mas terus berkurangan14/01/2014 10:44pm KOTA BHARU - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan jajahan Pasir Mas berkurangan malam ini kepada 1,968 orang berbanding 2,076 orang petang tadi. Menurut portal e-Banjir, mangsa banjir daripada 819 keluarga itu ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara di sekitar Rantau Panjang. Setakat pukul 9 malam ini, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang turun kepada 9.93 meter berbanding 10.03 meter petang tadi, namun masih di atas paras bahaya iaitu 9 meter. Jalan-jalan dinaiki air yang masih ditutup untuk kenderaan ringan ialah jalan alternatif Rantau Panjang ke Jeli di Panglima Bayu, Jalan Pasir Mas-Pohon Tanjung-Rantau Panjang di Kilometer 11 dan Kilometer 3 Jalan Pengkalan Rakit. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |