Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- PM Najib lulus cadangan Skim Bazar Ramadan
- Gadis dihanyut ombak ditemui mati lemas di Pantai Tok Bali
- Jawatankuasa khas siasat gangguan elektrik di seluruh Sabah - SESB
PM Najib lulus cadangan Skim Bazar Ramadan Posted: PM Najib lulus cadangan Skim Bazar Ramadan18/01/2014 6:17pm SEREMBAN - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini bersetuju meluluskan cadangan Skim Bazar Ramadan yang menawarkan pinjaman tanpa faedah bagi membantu penjaja dan peniaga kecil di seluruh negara. Berita baik itu diumumkan Perdana Menteri dalam ucapannya pada Majlis Perasmian Hari Penjaja dan Peniaga Kecil Kebangsaan di Dataran Senawang di sini. Turut hadir Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk. Seri Hasan Malek dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Kira-kira 10,000 orang awam hadir pada majlis sambutan tersebut yang diadakan selama tiga hari sehingga esok. - KOSMO! |
Gadis dihanyut ombak ditemui mati lemas di Pantai Tok Bali Posted: Gadis dihanyut ombak ditemui mati lemas di Pantai Tok Bali18/01/2014 5:03pm PASIR PUTEH - Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dihanyut ombak besar ketika mandi bersama rakan di pantai Air Tawar, Kuala Tok Bali di sini, petang semalam, ditemui mati lemas hari ini. Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Mohd Kamal Zainal berkata, mayat Norfarahani Yusoff, 19, dijumpai 12.15 tengah hari ini, kira-kira 100 meter dari tempat dia dilaporkan hilang. "Mayatnya timbul dua kali iaitu pukul 10 dan 11 pagi tetapi pihak kami (pasukan mencari dan menyelamat) tidak sempat mengambilnya ketika itu kerana hilang dibawa arus dan ombak," katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian di sini, hari ini. Dalam kejadian semalam, tiga rakan Norfarahani terselamat apabila sempat berenang ke tepi pantai manakala seorang lagi diselamatkan penduduk. Mohd Kamal berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis, Pasir Puteh untuk bedah siasat. - Bernama |
Jawatankuasa khas siasat gangguan elektrik di seluruh Sabah - SESB Posted: Jawatankuasa khas siasat gangguan elektrik di seluruh Sabah - SESB18/01/2014 4:58pm KOTA KINABALU - Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB) menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menyiasat punca kejadian gangguan bekalan elektrik yang melanda seluruh daerah di Sabah, semalam. Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) SESB, Muhamad Nazri Pazil berkata, jawatankuasa itu dianggotai SESB dan Suruhanjaya Tenaga kawasan Pantai Barat. "Pasukan khas ini akan diketuai saya sendiri dan hasil siasatan penuh akan dimajukan kepada pihak Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia, Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad dan Kabinet Negeri Sabah,"katanya dalam satu kenyataan hari ini. Gangguan bekalan elektrik semalam bermula pada 11.05 pagi namun dapat dipulih secara berperingkat mulai 12.15 tengah hari dengan kawasan terakhir daerah Sandakan pada 10.20 malam. Muhamad Nazri berkata, SESB turut memohon maaf kepada semua pengguna yang terlibat dengan kejadian itu. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |