{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Kosmo Online

Posted by Tanpa Nama

Kosmo Online


Amaran angin kencang dan laut bergelora

Posted:

Amaran angin kencang dan laut bergelora

Amaran angin kencang dan laut bergelora

02/01/2014 10:44pm

KUALA LUMPUR - Angin kencang dan laut bergelora yang kini melanda perairan Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur kategori ketiga dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin dengan kelajuan 60km sejam dan ombak melebihi 5.5 meter itu boleh menyebabkan kenaikan paras air laut, serta berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pelantar minyak.

Kenyataan itu juga menyebut keadaan angin kencang dan laut bergelora kategori kedua melanda perairan Sabah meliputi kawasan pedalaman, pantai barat dan Kudat serta Labuan dan Sarawak.

Keadaan angin kencang yang bertiup antara 50 dan 60 km/jam serta ombak setinggi 4.5 meter itu dijangka berterusan sehingga Jumaat ini, jelas kenyataan itu.

Keadaan ribut petir pula akan berterusan sehingga lewat malam ini dan berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan, feri dan aktiviti menangkap ikan. - Bernama

Kalimah Allah: NGO Islam akan hantar nota bantahan jika paderi enggan mohon maaf

Posted:

Kalimah Allah: NGO Islam akan hantar nota bantahan jika paderi enggan mohon maaf

Kalimah Allah: NGO Islam akan hantar nota bantahan jika paderi enggan mohon maaf

02/01/2014 9:44pm

KLANG - Sekretariat Solidariti Umat Islam Daerah Klang akan menghantar notis bantahan kepada gereja di sini berikutan kenyataan pengarang majalah mingguan Katolik "The Herald", Paderi Lawrence Andrew berhubung penggunaan kalimah Allah.

Pengerusi Bersama sekretariat itu, Norman Toha berkata langkah itu akan diambil sekiranya Andrew tidak menarik balik kenyataannya dan memohon maaf kepada umat Islam dan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Ahad ini sebagaimana dituntut oleh beberapa NGO yang membuat laporan polis terhadap paderi itu minggu ini.

Nota bantahan itu akan dihantar kepada Ketua Paderi Church of Our Lady of Lourdes di sini, katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pada 27 Disember lepas, Andrew menerusi protal berita, themalaysianinsider.com berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan bahasa Malaysia meskipun Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan menghantar notis peringatan mengenai larangan pengunaan kalimah itu oleh bukan Islam.

Manakala pada November lepas, Sultan Selangor telah menitahkan semua rakyat di negeri ini perlu akur dan patuh terhadap larangan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam seperti termaktub dalam Seksyen 9 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. - Bernama

Kanak-kanak tiga tahun mati lemas terjatuh ke dalam kolam tadahan air

Posted:

Kanak-kanak tiga tahun mati lemas terjatuh ke dalam kolam tadahan air

Kanak-kanak tiga tahun mati lemas terjatuh ke dalam kolam tadahan air

02/01/2014 9:08pm

MELAKA - Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam kolam tadahan air sedalam kira-kira tiga meter di Kampung Balai Panjang, Malim, di sini hari ini.

Kejadian itu berlaku ketika Khairul Nazril Haziq Khairul Nazremy dikatakan sedang bermain bersama-sama abangnya Khairul Nazri Hakimi, 5, di sekitar kolam tersebut yang terletak bersebelahan rumah datuk mereka.

Pegawai Bomba Kanan 2, Mokhtar Othman dari Balai Bomba dan Penyelamat, Jalan Kubu, berkata mereka menerima panggilan pada 2.44 petang dan tiba di tempat kejadian kira-kira 10 minit kemudian.

"Bomba memulakan operasi menyelamat pada pukul 3 petang dan menemui mayat mangsa kira-kira 10 minit selepas itu," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, abangnya turut terjatuh dan lemas namun berjaya diselamatkan oleh bapa saudaranya. - Bernama

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat