Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Rakyat Malaysia dinasihat berhati-hati di Bangkok
- SJKT Castlefield setuju projek LEP Puchong diteruskan
- Khairy terima peletakan jawatan Revington
Rakyat Malaysia dinasihat berhati-hati di Bangkok Posted: Rakyat Malaysia dinasihat berhati-hati di Bangkok20/01/2014 11:28pm BANGKOK - Kedutaan Malaysia di Bangkok menasihatkan rakyat Malaysia yang berkunjung ke bandaraya metropolitan itu agar lebih berhati-hati bila berada di tempat-tempat perkumpulan orang ramai. Ia juga menasihatkan mereka menjauhkan diri dari kawasan perhimpunan di jalan-jalan utama iaitu Lumpini, Chaeng Wattana, Asok-Sukhumvit, Ratchaprasong, Pathumwan, Victory Monument dan Lat Phrao. "Berikutan sekatan jalan raya, anda juga dinasihat menguruskan rancangan perjalanan dengan bijak oleh kerana mungkin berlaku gangguan perjalanan dan bagi mengelakkan ketinggalan penerbangan," katanya dalam satu kenyataan. Mengenai situasi semasa di Bangkok, kenyataan itu berkata, pemprotes gerakan anti-kerajaan telah mengadakan demonstrasi besar-besaran dipanggil 'Bangkok Shutdown' (Penutupan Bangkok) sejak 13 Januari dalam usaha untuk memaksa Perdana Menteri sementara Yingluck Shinawatra untuk berundur. - Bernama |
SJKT Castlefield setuju projek LEP Puchong diteruskan Posted: SJKT Castlefield setuju projek LEP Puchong diteruskan20/01/2014 10:01pm PUTRAJAYA - Projek Penyambungan Jajaran LRT (LEP) di Puchong yang tertangguh sejak Oktober 2011, akhirnya diselesaikan selepas Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Castlefield dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (Prasarana) mencapai kata sepakat. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang mempengerusikan mesyuarat meja bulat antara pihak sekolah dan Prasarana yang berlangsung hampir sejam di pejabatnya hari ini dan kedua-dua pihak bersetuju menghormati kepentingan bersama. "Pihak sekolah bersetuju berpindah ke tapak sekolah baharu yang didirikan 800 meter dari sekolah sekarang di Taman Wawasan, Pusat Bandar Puchong dengan kos pembinaan bernilai RM20 juta yang ditanggung sepenuhnya Prasarana. "Sebagai menghormati keputusan hari ini, satu perjanjian persefahaman akan ditandatangani antara kedua-dua pihak dalam masa sehari dua ini. "Selepas itu, Prasarana boleh mulakan kerja-kerja pembinaan mereka," katanya pada sidang akhbar di sini. - Bernama |
Khairy terima peletakan jawatan Revington Posted: Khairy terima peletakan jawatan Revington20/01/2014 9:17pm PUTRAJAYA - Majlis Sukan Negara (MSN) bersetuju dengan peletakan jawatan Paul Revington sebagai ketua jurulatih ketika skuad hoki negara menghadapi saingan Piala Dunia 2014 di Belanda, Mei ini. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, MSN selaku majikan, menerima keputusan jurulatih kelahiran Afrika Selatan itu selaras dengan keputusan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC). "(Tetapi kali ini), kita nampak macam beliau sudah tiada semangat untuk terus bersama kita," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kontrak antara pelumba go-kart, Adam Haikal Mazrul Haizad dan ART Grand Prix di pejabatnya di sini. Menurut Khairy, skuad negara perlu melihat ke hadapan dengan menumpukan perhatian terhadap banyak kejohanan penting tahun ini. Beliau berkata pembantu jurulatih skuad senior, Muhammad Dharma Raj Abdullah akan mengisi jawatan Revington. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |