Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Wanita warga emas disamun lelaki dikenali di Marang
- Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mati dibunuh
- Thailand isytihar perintah darurat
Wanita warga emas disamun lelaki dikenali di Marang Posted: Wanita warga emas disamun lelaki dikenali di Marang21/01/2014 11:15pm MARANG - Seorang wanita trauma selepas disamun seorang lelaki yang dikenalinya bersenjatakan parang, selepas diperdaya mengikut lelaki itu ke sebuah chalet di sini untuk membantu menyelesaikan masalah rumah tangga suspek. Dalam kejadian 12.30 tengah hari, ketika mangsa berusia 66 tahun itu berseorangan di rumahnya di Kampung Seberang Marang di sini, suspek, 27, datang meminta mangsa mengikutnya ke chalet itu untuk menemui isteri suspek. "Namun ketika tiba di chalet berkenaan, suspek terus membawa mangsa ke kawasan belakang pantai dan mengacukan parang di leher mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner K. Manoharan kepada Bernama di sini hari ini. Beliau berkata, rantai dan gelang tangan emas mangsa disamun suspek yang berasal dari Marang itu, namun warga emas itu tidak dicederakan dan ditinggalkan di pantai berkenaan. Beliau berkata, gerakan memburu suspek giat dijalankan kerana dia mempunyai beberapa rekod jenayah dan dikehendaki polis. - Bernama |
Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mati dibunuh Posted: Kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun mati dibunuh21/01/2014 10:49pm DUNGUN - Mayat seorang kanak-kanak perempuan dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam sebuah rumah kosong di Taman Permint Fasa Dua Seberang Paka di sini petang tadi. Mangsa yang dianggarkan berusia 2 tahun ditemui di dalam bilik air oleh seorang pengawal keselamatan kira-kira pukul 3.30 petang. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pengawal keselamatan terbabit yang curiga melihat pintu utama rumah berkenaan terbuka membuat pemeriksaan sebelum terhidu bau busuk. Menurut Manoharan, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang ditemui dengan kesan darah dipercayai mati dibunuh. - KOSMO! |
Thailand isytihar perintah darurat Posted: Thailand isytihar perintah darurat21/01/2014 10:19pm BANGKOK - Kerajaan sementara Thailand mengisytiharkan perintah darurat bagi mengekang demonstrasi oleh kumpulan Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC), yang telah menggugat pentadbiran kerajaan serta menjejaskan aktiviti komersil dan kewangan di Bangkok. Perintah darurat itu akan berkuat kuasa selama 60 hari bermula esok dengan merangkumi kawasan Bangkok, wilayah Nontaburi, daerah Lat Lumkaew di Pratumthani dan daerah Bangphli di Sumutprakarn, kata Surapong Tovijakchaikul, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar kerajaan sementara Thailand, dalam sidang berita di Tentera Udara Diraja Thailand di sini, petang tadi. Beliau membuat pengumuman itu selepas mengadakan mesyuarat dengan agensi-agensi keselamatan. Beliau berkata para penunjuk perasaan telah mengancam dan mengganggu penjawat awam yang bertugas dan meminta mereka memberi sokongan kepada protes jalanan itu. Surapong berkata, kerajaan sementara telah menjemput duta-duta asing di Thailand untuk menghadiri satu majlis taklimat bagi menjelaskan mengenai pengumuman dekri darurat itu esok. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |