Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Pasukan ATM diingatkan hindari rasuah
- Dua beradik rentung dalam kebakaran di Lahad Datu
- Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Malaysia
Pasukan ATM diingatkan hindari rasuah Posted: Pasukan ATM diingatkan hindari rasuah03/01/2014 10:25pm KUALA LUMPUR - Pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) diingatkan supaya menghindari gejala negatif seperti rasuah dan mengatur perlawanan pada saingan Liga Malaysia 2014. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata pasukan itu harus memelihara nama baik dan imej pasukan serta menjadi contoh kepada pasukan lain dengan menujukkan nilai moral yang tinggi. "Gejala negatif mestilah dihindari kerana ini akan meranapkan impian pasukan, memusnahkan masa depan pemain dan menjejaskan nama baik ATM," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran pasukan bergelar 'The Gladiator' musim 2014 di sini hari ini. Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Sepak ATM, Tan Sri Dr Zulkefli Mohd Zin berkata ATM masih mengekalkan sasaran musim lalu iaitu untuk memenangi satu daripada tiga piala yang akan dipertandingkan tahun ini. Pada musim lepas, ATM di bawah jurulatih B. Siathianathan, merangkul Piala Sumbangsih dan menduduki tangga keenam dalam Liga Super serta melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia. - Bernama |
Dua beradik rentung dalam kebakaran di Lahad Datu Posted: Dua beradik rentung dalam kebakaran di Lahad Datu03/01/2014 10:22pm LAHAD DATU - Dua beradik lelaki rentung apabila rumah mereka terbakar di Kampung Teck Guan Batu Satu, di sini hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu, Mohd Apandi Mahmood berkata mayat Mohd Firul Azhar Tamrin, 5, dan Mohd Nur Jihad Tamrin berumur dua setengah tahun ditemui berhampiran antara satu sama lain di dalam sebuah bilik. "Kami menerima panggilan 12.45 tengah hari. Dua jentera bersama tujuh anggota yang diketuai Ketua Operasi Abu Bakar Taraji dikejarkan ke tempat kejadian dan apabila pihak kami sampai, rumah tersebut sudah terbakar 95 peratus," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Beliau berkata, bomba berjaya mengawal kebakaran pada pukul 1.13 tengah hari dan api berjaya dipadam sepenuhnya 21 minit kemudian. Mohd Apandi berkata, semasa kejadian ibu mangsa dikatakan bekerja manakala bapa mangsa Tamrin Sumaila, 31, menunaikan solat Jumaat. Punca dan anggaran kerugian masih disiasat, katanya. - Bernama |
Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Malaysia Posted: Trofi Piala Dunia FIFA tiba di Malaysia03/01/2014 10:41pm PETALING JAYA - Simbol paling ikonik dalam dunia bola sepak, Trofi Piala Dunia FIFA, tiba di Malaysia hari ini dalam siri penjelajahan trofi tersebut selama sembilan bulan merangkumi 88 negara. Trofi bola sepak paling berprestij itu tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang dengan pesawat khas dengan diiringi oleh Duta FIFA dan bekas penyerang Manchester United, Dwight Yorke dan Pengurus Bola Sepak Global, Coca-Cola, Annamaria Gazda. Coca-Cola merupakan rakan kongsi korporat Persekutuan Bola Sepak Dunia (FIFA). Malaysia merupakan persinggahan ke-56 selepas Hanoi, Vietnam dalam siri penjelajahan sejauh 149,576.78km dari Rio de Janeiro, Brazil, yang bermula pada 12 Sept tahun lepas. Selepas Malaysia trofi itu akan singgah di Jakarta, Indonesia, Isnin ini. Trofi Piala Dunia itu berukuran 36.8 sentimeter tinggi dengan berat 6.18 kilogram dan ia diperbuat daripada emas 18 karat serta dihiasi dengan permata 'malachite' pada bahagian tapaknya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |