Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Tiada Hard Rock Cafe di Putrajaya
- 100 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat bantu pembelajaran di Malaysia
- Mayat warga emas ditemui di gerai kosong
Tiada Hard Rock Cafe di Putrajaya Posted: Tiada Hard Rock Cafe di Putrajaya06/01/2014 11:26pm PUTRAJAYA - Perbadanan Putrajaya (PPj) tidak akan melayan sebarang permohonan daripada mana-mana pihak untuk membuka restoran dan pusat hiburan, Hard Rock Cafe di bandar tersebut. Presiden PPj, Tan Sri Aseh Che Mat berkata, sekiranya ada permohonan dihantar selepas ini, pihaknya tidak akan mempertimbangkan sama sekali sebaliknya memulangkan kembali kepada pemohon. "Kita tidak mahu Hard Rock Cafe di Putrajaya, jika ada permohonan dihantar kita pulangkan, tidak perlu timbang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - KOSMO! |
100 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat bantu pembelajaran di Malaysia Posted: 100 tenaga pengajar dari Amerika Syarikat bantu pembelajaran di Malaysia06/01/2014 10:44pm KUALA LUMPUR - Sebanyak 100 siswazah dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat (AS) tiba di Malaysia baru-baru ini bagi memulakan program Pembantu Guru Bahasa Inggeris (ETA) Fulbright selama 10 bulan di enam negeri di sini. Duta AS di Malaysia, Joseph Yun berkata, ETA itu akan ditugaskan di sekolah rendah dan menengah di Terengganu, Johor, Pahang, Perak, Sabah dan Sarawak. "Berdasarkan kepada kejayaan cemerlangnya, program ETA dikembangkan di Sabah dan Sarawak serta bilangan ETA ini meningkat daripada 75 kepada 100 menjadikannya satu daripada program ETA terbesar di dunia," katanya dalam kenyataan di sini. Menurut Joseph, memandangkan program itu terus berkembang persahabatan yang dijalin ETA akan mengeratkan lagi hubungan diplomatik antara AS dan Malaysia. - Bernama |
Mayat warga emas ditemui di gerai kosong Posted: Mayat warga emas ditemui di gerai kosong06/01/2014 9:52pm KOTA TINGGI - Seorang pekerja yang sedang membersihkan kawasan gerai kosong di Jalan Niaga Utama dekat sini hari ini terkejut apabila lelaki warga emas yang disangkakan sedang tidur di sebuah gerai di situ rupa-rupanya sudah meninggal dunia. Mohammad Sulong, 45, berkata, dia menemui mayat Too Chin Kong, 70, pada pukul 9.45 pagi tadi. "Saya ingatkan dia tidur, tapi setelah didekati dan tidak bergerak walaupun berkali-kali dikejutkan, baru saya sedar dia sudah mati," katanya kepada pemberita, di sini. Mohammad berkata, dia kemudian menghubungi pihak berkuasa bagi melaporkan kejadian. "Saya tidak kenal sangat dengan dia tapi pernah bertegur sapa dan dia pernah minta saya hantar dia ke hospital kerana tidak sihat sebelum ini," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman ketika dihubungi berkata, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes kematian warga emas berkenaan. "Barang berharga milik mangsa iaitu wang tunai sebanyak RM794.00 dan dokumen diri masih ada bersama mangsa," katanya. Tambahnya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat. Beliau juga meminta orang ramai yang mengenali mangsa atau warisnya supaya menghubungi pihaknya atau balai polis berhampiran. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |