{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Mayat mangsa serangan berani mati tiba di KLIA malam ini

Posted: 24 Jan 2014 12:39 AM PST

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Mayat rakyat Malaysia yang terbunuh dalam serangan berani mati di Kabul, Afghanistan pada 17 Januari lalu, Dr. N. Gnanathurai dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Mayat Gnanathurai, 66, yang diterbangkan dari Kabul akan transit di Dubai sebelum tiba di KLIA.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, prosedur penghantaran pulang mayat mendiang Gnanathurai dilakukan dengan kerjasama daripada pihak majikannya, Adam Smith International (ASI).

Urusan penghantaran pulang mayat mendiang turut mendapat kerjasama daripada Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dan Konsulat Malaysia di Dubai.

Dalam kejadian 17 Januari lalu, Gnanathurai maut setelah terlibat dalam kejadian serangan berani mati dan tembakan rambang di restoran Taverna du Liban di Kabul.

Mangsa yang merupakan Penasihat Dasar Bajet dan Reformasi, ASI antara 21 orang yang terbunuh dalam serangan berani mati di restoran berkenaan. - UTUSAN ONLINE

Dakwaan Majlis Fatwa diperguna kerajaan tidak berasas - Jamil Khir

Posted: 23 Jan 2014 11:06 PM PST

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menyangkal dakwaan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan kononnya dipergunakan oleh kerajaan sebagai platform menyekat perbezaan pendapat.

Menegaskan dakwaan itu sebagai tidak berasas, beliau berkata, majlis itu menerusi mufti-muftinya menjalankan tanggungjawab mereka atas nama Islam dan sebarang keputusan dibuat berlandaskan al-Quran dan Sunnah dan bukannya atas kepentingan mana-mana pihak.

"Terdapat 14 mufti di sini dan tidak mungkin mereka dipergunakan, tambahan ia tidak melibatkan kepentingan peribadi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)/Jabatan Agama Islam Negeri (KESUJA) 2014, di sini.

Jamil Khir mengulas laporan sebuah portal berita yang memetik beberapa pengamal perundangan sebagai berkata, Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan diri mereka dipergunakan oleh kerajaan sebagai alat menyekat perbezaan pendapat walaupun tidak mempunyai asas perundangan terhadap Islam. - BERNAMA

Halang kalimah Allah digunakan Kristian di Semenanjung - Tun M

Posted: 23 Jan 2014 10:59 PM PST

TUN Dr. Mahathir Mohamad melancarkan buku "Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam" di Dewan Muktamar, Pusat Islam di ibu negara hari ini. - UTUSAN/SAIFUL BAHARI ASHARI

KUALA LUMPUR 24 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan perlu kembali kepada perjanjian asal yang hanya membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak sahaja.

Bekas Perdana Menteri berkata, sebarang permohonan oleh pihak tertentu untuk menggunakan kalimah tersebut di Semenanjung mesti dihalang kerana hampir semua penduduk yang menggunakan bahasa Melayu di sini adalah orang Melayu beragama Islam.

Menurut beliau, cubaan pihak berkenaan untuk menggunakan kalimah Allah di Semenanjung dilihat lebih kepada rancangan untuk menarik orang Melayu dan Islam di sini kepada agama Kristian.

"Saya berpendapat, kalimah Allah adalah hak eksklusif orang Islam kerana kalimah itu tidak ada di dalam Bible atau terjemahannya di dalam mana-mana bahasa sebelum kedatangan Islam.

"Di zaman pemerintahan British dahulu pun, pihak Kristian dilarang mengembangkan agama mereka kepada umat Islam tetapi sekarang ada usaha untuk berbuat demikian dan ini boleh merosakkan masyarakat," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Forum Kebangsaan dan Pelancaran Buku Hak Asasi Kemanusiaan Dalam Tradisi Islam di Pusat Islam di sini, hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat